Bab 53

4.3K 258 50
                                        

Semakin hari Daniel mula boleh berjalan semula menggunakan tongkat ketiak setelah menjalani fisioterapi selama empat bulan lebih. Selama empat bulan lebih juga Eby terpaksa menghadap segala caci maki Daniel dan kemesraan antara Maira dan suaminya. Eby sering dihalau dari bilik tidur mereka kerana Daniel rimas apabila berduaan bersama Eby.

"Pa..boleh tak kalau Niel nak bekerja dengan papa?" Daniel memecahkan kesunyian makan malam mereka.

Dato' Kamal mengerling sekilas ke arah Daniel. "Habis tu kerjaya Niel sebagai seorang guru nak ditinggalkan macam tu je?" Dulu bukan main tak nak terlibat dalam bisnes, sekarang ni siap tawarkan diri lagi.

"Niel dah bagi surat berhenti. Lagipun takkan la Niel nak pergi mengajar dengan kaki macam ni. Niel minta tolong dari tiga orang kawan Niel dekat sana untuk uruskan." Wajah Dato' Kamal dipandang dengan penuh harapan.

"Ye la. Kalau itu yang Niel nak. Tapi tunggu kaki betul-betul sembuh dahulu. Niel tu, kalau dah bekerja tak ingat dunia. Nanti makin sakit pula kaki tu." Daniel tersenyum mendengar balasan Dato' Kamal. Tak perlulah 24 jam menghadap muka perempuan yang dibencinya itu.

Eby hanya senyap mendengar. Kalau menyampuk nanti kena marah. Daniel sekarang semakin panas baran. Tidak boleh membuat kesalahan sedikit pasti di maki jawabnya.

"Eby, tinggalkan je pinggan dalam sinki tu. Biar Mak Timah yang buat. Nanti Datin marah pula tengok Eby yang buat kerja." Mak Timah melarang menantu majikannya.

"Biarkan dia Mak Timah. Memang sesuai sangat dengan dia jadi orang gaji dalam rumah ni." Daniel yang menuangkan air masak ke dalam gelas, pedas membidas Eby dengan kata-katanya.

Eby hanya diam tidak berkutik. Tak nak bergaduh dengan suaminya. Seusai menghabiskan air, gelas diletakkan di dalam sinki dengan kasar. Habis basah baju Eby terkena percikan air. Eby mengeluh dengan sikap Daniel.

Mak Timah menggosok perlahan bahu Eby menyalurkan kekuatan kepada menantu majikannya. Dia sentiasa berdoa supaya ingatan Daniel pulih dan dapat mengingati kembali isterinya ini.

💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗

"Eby!" Pekik Daniel memanggil isterinya.

Bergegas Eby pergi ke ruang rehat apabila namanya diseru. "Buatkan aku air." Seperti orang gaji Eby dilayan oleh suaminya. Eby hanya akur mengikut arahan Daniel.

Eby meletakkan secawan kopi di atas meja setelah siap dibancuh. Daniel mengerling ke arah Eby yang masih tercegat di sebelah sofa yang didudukinya. "Kau tak reti nak berambus ke? Benci la aku tengok muka kau tu!"

"Maaf abang.." Lirih suaranya memohon maaf. Baru sahaja dia ingin melangkah pergi, cawan yang dipegang oleh Daniel sudah berkecai di atas lantai.

"Kau ni pandai buat air ke tak?! Ke kau memang saja nak aku dapat penyakit lain hah?!" Eby menunduk. Takut untuk melihat muka Daniel yang bengis.

Semakin membuak-buak rasa marah terhadap gadis ini apabila melihat wajah itu basah dengan air mata. Marah sikit menangis. Tak ada benda lain ke nak buat.

"Tercegat apa lagi? Kemaslah bodoh!" Eby terus pergi ke dapur mengambil plastik dan penyapu. Eby yang mengutip kaca di atas lantai diperhati. Tanpa rasa bersalah, tangan kecil itu dipijak. Tidak dipeduli isterinya yang meringis kesakitan. Sakit dipijak dan sakit terkena kaca.

"Abang..sakit. Tangan Eby..abang.." Eby sudah teresak menangis. Tangannya cuba ditarik tetapi Daniel semakin kuat memijak tangannya.

"Daniel! Apa yang kamu buat ni?" Datin Ros meluru ke arah anak dan menantunya. Tangan Eby dialihkan dari kaca di atas lantai. Diperhati tangan Eby yang berlumuran darah.

"Kamu ni tak ada hati perut ke Daniel?! Kenapa sampai macam ni sekali kamu buat Eby?" Daniel mendengus mendengar leteran mamanya. Asyik budak ni yang dibelanya.

"Sebab Niel dah benci tengok muka perempuan sial ni! Serabut otak Niel hadap muka dia tiap-tiap hari!" Terus dia bangun dan masuk ke dalam bilik. Pintu dihempas kuat akibat tidak puas hati dengan mamanya.

"Hushh..tak apa sayang. Jangan nangis. Kita pergi klinik ye.." Eby dipujuk dengan lembut. Hati tuanya begitu sedih melihat Eby. Dia begitu takut jika suatu hari nanti Eby meninggalkan mereka sekeluarga.

























Sorry..sis lambat update😭 sis tk ada idea huwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaa😭😭😭😭😭😭😭😭😭 ni pon sis tk tahu dtg dri celah mana idea ni huhuhuhu😣 tpi sis cuba sedaya upaya untk update. Jngn kecam sis please😆





Please vote and comment💕

Daniel's GirlTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang