Buku latihan Fizik dibuka lalu membuat latihan yang diberi oleh gurunya dengan teliti. Mestilah kena teliti kalau jawapan salah kena rotan tak pun kena cubit. Sakit woo! Alang-alang cikgu mesyuarat lebih baik siapkan kerja daripada berbual kosong dengan minah dua orang ni.
"Yuya! Cikgu Azyanie nak jumpa kau dekat bilik sukan." Eby memandang ketua kelas yang paling hot iaitu Nazmi di hadapan dengan muka pelik. Cikgu Azyanie? Dia ada buat salah apa-apa ke? Tapi kenapa bilik sukan? Dia bukannya cikgu sukan.
"Helloooooooo!!! Kau ada lagi ke tu??" Nazmi melambai-lambaikan tangannya di depan mukanya.
"Yeee..aku nak pergilah ni." Dengan lemah dia bangun lalu menuju ke bilik sukan di blok paling belakang. Dah la tempat tu sunyi.
Pintu bilik sukan dibuka perlahan. Nafas lega kedengaran apabila Azyanie menyuruhnya masuk. Ingatkan hantu tadi.
"Tutup pintu tu Yuya." Dia menutup dengan perlahan pintu tersebut dengan debaran di dada. Tak pernah Azyanie berjumpa dengannya waktu sekolah macam ni. Dekat biik sukan pulak tu. Kalau jadi apa-apa pada dia,orang takkan dengar dia menjerit sebab dekat blok tu jarang orang lalu-lalang.
"Ermm..cikgu kenapa cikgu panggil saya?" Takut dia melihat muka Azyanie,masam je.
"Awak tahu apa salah awak?" Soalan dibalas dengan soalan. Kuat suara Azyanie menengking Eby. Jelas muka Azyanie yang merah seperti menahan marah. Eby mula takut dengan keadaan sebegini. Pantas dia menggelengkan kepalanya.
"Kau tahu tak kau tu cuma budak hingusan? Nak sesuatu masih mintak dengan mak bapak kau!" Meja dihadapannya menjadi mangsa tamparannya yang kuat. Terhinggut bahu Eby akibat tamparan di meja itu. Eby perasan cara Azyanie bercakap dengannya dah berubah,dia guna aku-kau.
Azyanie mendekati Eby berdekatan dengan rak kayu hoki. Eby semakin mengundur ke belakang sehingga belakang tubuhnya tersentuh dengan rak itu. Matanya mula berkaca,tangannya mula berasa sejuk. Abang..Eby takut..
Dada Azyanie berombak kencang menahan amarah. Kalau diikutkan hati dah lama dia memukul budak ini dengan kayu hoki. Dia tidak faham kenapa Daniel sukakan budak yang tak cukup umur. Kenapa Daniel tak pernah perasan akan kewudan dirinya.
Dia sakit hati melihat Eby menangis dan semakin bertambah sakit apabila teringatkan senyuman mesra Daniel kepada Eby.Terus muka Eby dicengkam kuat sehingga menghasilkan lebam.
"Aku nak kau tinggalkan Daniel! Ini first warning aku Yuya. Kalau kau tak nak tinggalkan dia,aku yang akan pastikan dia yang akan tinggalkan kau! Faham?!" Muka Eby dilepaskan dengan kasar sehingga terhantuk pada besi rak kayu hoki. Azyanie terus keluar dari bilik sukan dan menuju ke bilik guru di blok A.
Dahi yang terhantuk tadi disentuh.Berdarah..patutlah sakit. Bahagian rahangnya pula dipegang,dia pasti ada kesan lebam. Cengkaman Azyanie terlalu kuat.
Tangisannya mula kedengaran. Dia takut sesuatu yang buruk berlaku pada Daniel. Dia tak nak Daniel yang menjadi mangsa Azyanie. Kenapa semua ni berlaku apabila mereka mula bahagia bersama?
'Abang..Eby takut..Eby takut kehilangan abang.'
💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗
Daniel memberi salam kepada Puan Wardi yang menyidai pakaian. Tangan ibu mertuanya dicium penuh sopan.
"Eby dah sampai ke mak?" Dia mengintai-intai ke dalam rumah untuk melihat kekasih hatinya.
"Amboi! Baru sampai dah tanya buah hati." Daniel tersengih malu dengan teguran ibu mertuanya. Tak boleh berenggang langsung dengan Eby."Mana tahu Eby tak sampai lagi ke. Nanti Niel jugak yang susah hati." Puan Wardi akui Daniel sekarang dah berubah. Dia lebih bertanggungjawab. Setiap bulan pasti dia menghulurkan duit belanja walaupun ditegah.
"Ada tu dekat dalam. Baru nak mandilah tu." Daniel cuma ouhh dan terus meminta izin untuk masuk ke dalam.
Seperti biasa,Daniel akan mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk. Pintu bilik dibuka setelah Eby membenarkannya.
Tangan Daniel dikucup lembut. Senyuman tetap dihadiahkan kepada suaminya walaupun terrasa sangat perit untuk senyum. Kedua belah pipi Eby dicium lembut sebelum matanya singgah pada dahi Eby yang luka.
"Kenapa dahi sayang ni?" Luka di dahi Eby disentuh lembut. Eby mengaduh sakit walaupun disentuh dengan lembut. Terus Daniel meminta maaf dengan riak risau pada wajahnya.
Ubat gamat diambil di dalam laci meja solek lalu tangan Eby ditarik lembut ke arahnya yang duduk di birai katil. Eby di dudukkan di atas ribanya. Ubat gamat disapu perlahan sambil memerhati segenap wajah sehingga dia perasan rahang isterinya lebam.
"Eby,macam mana boleh jadi macam ni?" Ubat gamat ditutup lalu diletakkan di sebelah. Tangannya kembali menyentuh wajah Eby.
"Ni kenapa rahang lebam? Bagitahu abang apa terjadi dekat sekolah. Sayang kena buli ke?" Eby menggeleng perlahan. Dia tidak boleh beritahu Daniel perkara sebenar. Kalau Azyanie tahu pasti dia akan buat perkara di luar jangkaan.
"Eby..jatuh tangga dekat sekolah. Eby tak perasan ada plastik kat tangga tu,jadi Eby jatuh la. Dahi Eby kena bucu tangga. Rahang ni pula Eby tak perasan pun ada lebam."
Dagunya diletakkan di atas bahu Daniel untuk mengelak daripada Daniel melihat matanya. Dia dapat baca melalui mata je kalau Eby berbohong dengannya.
"Hmm..lain kali hati-hati. Nasib baik kena dekat dahi je,kalau dekat mata bahaya." Rambut Eby pada paras pinggang diselitkan pada telinga.
Sebenarnya Daniel dapat rasa yang Eby berbohong. Cuma dia tak nak Eby lebih tertekan je. Lagipun rahangnya lebam seperti kesan cengkaman,tak mungkin jatuh tangga rahang akan lebam macam tu sekali.
"Abang nak mandi kejap. Eby tidurlah. Mesti sakit kepala sayang abang ni." Eby diletakkan atas katil lalu membaringkannya. Selimut ditarik sehingga paras bahu. Sempat dia mencium dahi isterinya yang hampir terlelap sebelum berlalu ke bilik air.
Sis dh mula sakit hati nk tulis psl azyanie ni. Kang ada jugak yg mkn penampo😂
Please vote and comment💕
YOU ARE READING
Daniel's Girl
Teen FictionPenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...