Selepas bersarapan,semua berkumpul di kawasan lapang menunggu pasangan sejoli yang masih keluar dari chalet.
"Cehh! Korang ingat sweet ke?" Rifqie dan mulut puaka berpisah tiada. Semua dia nak komen,suka hatilah orang nak berpegangan tangan pun.
Daniel memberi jelingan semaut-mautnya. "Aku tahu kitorang sweet. Kau belum kahwin diam,aku tumbuk jugak karang." Penumbuknya yang besar ditunjukkan pada Rifqie.
"Dah..jangan bergaduh. Daniel dengan Eby dah sarapan?" Datin Ros menjampuk apabila dua orang lelaki mula bercakaran.
"Dah mama. Eby dengan abang makan roti." Datin Ros tersenyum penuh makna. Dah berubah panggilan antara mereka. Syukur dipanjatkan kepada yang maha berkuasa.
Rifqie dan Hariz tidak habis dengan perangai tidak senonoh. Mereka buat-buat muntah mendengar perkataan abang yang disebut oleh Eby.
"Abang Daniel..Eby rasa nak muntah." Rifqie menggoyangkan tangan Hariz dengan lagak manja dengan membahasakan dirinya Eby dan Hariz sebagai Daniel. Macam pondan pun ada.
"Kenapa ni baby? Jangan cakap baby abang pregnant? Omaiigadddd...." Perut Rifqie yang keras diusap kasar sambil dipeluk kemas tubuh Rifqie.
"Geli gila! Hahahaha!!" Tubuh Hariz ditolak jauh darinya. Matanya berair dengan lakonan yang dibuat oleh mereka.
Eby mula berasa panas pipinya mendengar perkataan 'pregnant'. Tak guna punya orang,benda tu juga dia nak sebut. Hariz dan Rifqie didekati dengan perasaan marah. Kakinya di hayun kuat ke arah kaki Rifqie. Terus tersungkur ke atas pasir. Hariz mula untuk membuka langkah tapi sempat dihalang oleh Daniel.
"Kau nak pergi mana sayang?" Sinis Daniel bertanya. "Eby ni seorang lagi." Eby pergi ke arah Daniel yang memegang Hariz. Jari telunjuk diketuk perlahan pada dagunya seolah-olah memikirkan masalah negara.
"Ermm..abanglah buat." Eby meninggalkan mereka berdua lalu mengikut langkah Datin Ros ke arah tikar yang dibentangkan oleh Puan Wardi. Malas nak layan perangai entah apa-apa."Sebab aku baik hari ni,aku tak buat kasar sangat." Kepala Hariz di kepit dengan lengannya yang besar. Tangan sebelah lagi menonyoh di atas kepala Hariz.
"Sakitlahh gila!" Daniel melepaskan kepala Hariz setelah berpuas hati. Kusut habis rambutnya. Daniel berjalan meninggalkan Hariz untuk turut serta yang lain.
"Ceh! Laki bini sama je perangai. Kasar nak mampus." Daniel berpaling mendengar omelan Hariz. Sengihan tak bersalah ditayang kepada Daniel. Nasib baik muka hensem.
💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗
Daniel memerhati dari jauh Eby bermain di gigi air berseorangan. Setiap perlakuan Eby diambil gambar dengan kamera Nikonnya. Bahagia melihat muka isterinya tersenyum apabila menjumpai cengkerang yang cantik.
"Daniel."
Daniel berpaling melihat mamanya duduk di sebelahnya. Senyuman manis diberikan kepada mamanya. Kameranya diletakkkan diatas tikar. Banyak gambar Eby yang diambilnya secara senyap.
"What? Kenapa pandang Niel macam tu?" Gelisah dengan pandangan misteri mamanya.
"Mama happy sangat tengok anak mama bahagia." Belakang anaknya diusap dengan sayang. Tidak lekang senyuman di bibirnya.
"Terima kasih ma. Kalau bukan sebab mama dan papa Niel takkan kahwin dengan Eby. Mungkin anak mama ni meroyan tanpa bantuan mama dan papa." Daniel tergelak dengan kata-katanya sendiri. Ya, dia akan meroyan kalau Eby jatuh ke tangan orang lain.
"Boleh mama tahu,sejak bila Niel mula cintakan Eby?" Wajah tampan anaknya yang bersandar pada bahunya dipandang.
Daniel ketawa perlahan mendengar solan Datin Ros. "I don't know. Tapi sebelum kahwin lagi. Niel cemburu lihat Eby rapat dengan lelaki lain. I'm jealous because I love her so much." Daniel tidak lepas dari memandang Eby.
Datin Ros juga menumpukan pandangan ke arah Eby. Ketawanya terlepas melihat Eby takut-takut mencuit siput laut yang berjalan dengan jarinya. Betul la orang kata,kalau kerap bergaduh,perasaan benci itu bertukar menjadi sayang. Anaknya sendiri yang mengalami situasi itu.
"Mama, abang!" Eby berlari menuju ke arah Daniel dan Datin Ros, teruja ingin menunjukkan cengkerang yang dikutipnya.
Keterujaannya berakhir apabila kakinya tersadung pada dahan pokok yang reput sehingga badannya menyembah bumi. Cengkerang yang dikutipnya bertaburan di atas pasir dan tangan kanannya tertekan pada satu botol kaca yang telah pecah mengakibatkan tangannya luka.
"Eby!" Terus Daniel bangun dari duduknya, berlari menuju ke arah Eby. Tubuh Eby diangkat dan diletakkan atas ribanya yang berlutut di atas pasir. Mata Eby mula berkaca menahan sakit di tangan.
"Abang, tangan Eby sakit." Daniel memegang kedua pergelangan tangan Eby. Matanya tertancap pada tangan kanan Eby yang mengeluarkan banyak darah.
"Shh..shh.." Daniel menenangkan Eby menangis kesakitan. "It's okay sayang. Kita pergi klinik." Tangan Eby yang luka dibalut dengan sapu tangannya dahulu untuk mengelakkan darah keluar dengan banyak lagi.
Tubuh kecil isterinya didukung lalu menuju ke arah keretanya. Kereta dipandu laju ke klinik yang berdekatan sebelum terjadi perkara buruk pada Eby.
Please vote and comment💕
YOU ARE READING
Daniel's Girl
Fiksi RemajaPenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...