Bab 79

6.7K 265 13
                                    

Daniel memberhentikan kereta di hadapan rumah teres dua tingkat. Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke rumah ini. Mungkin mereka akan menghalaunya dari sini. Apa-apa pun berlaku dia tetap juga memohon maaf daripada mereka.

"Assalamualaikum." Salam dilaungkan dari luar rumah. Berdegup kencang jantungnya menunggu tuan rumah untuk keluar.

"Waaalaikumussalam.." Daniel menundukkan kepala apabila terdengar pintu rumah dibuka. Nafas dihembus perlahan sebelum dia mengangkat kepalanya dan melemparkan senyuman kepada wanita yang berusia 50-an.

"Mak." Terkedu Puan Wardi melihat gerangan yang bertandang ke rumahnya. Menantunya yang telah lama yang tidak dijumpainya.

Daniel mendekatinya lalu tangan dihulurkan untuk bersalam dengan ibu mertuanya. Puan Wardi menarik Daniel ke dalam pelukannya. Dia tahu apa yang berlaku antara Daniel dan Eby. Dia tidak pernah menyalahkan Daniel kerana semua ini berlaku tanpa kehendak Daniel sendiri.

"Mak sihat?"

"Mak sihat,Niel. Kenapa Niel datang sini?" Daniel senyum segaris. Siapa yang tak pelik orang yang telah lama tidak datang berjumpa dengannya,tiba-tiba terpacak depan rumah dia.

"Niel mengganggu mak ke? Kalau Niel mengganggu,Niel minta diri dulu." Pantas Puan Wardi menghalang Daniel sambil menggeleng. Hatinya gembira apabila menantunya datang ke rumahnya.

"Niel tak mengganggu pun. Mak dah anggap Niel macam anak mak sendiri." Sebab inilah Daniel datang ke rumah ini untuk meminta maaf. Mertuanya terlalu mengambil berat tentangnya dari dulu sehingga sekarang.

"Mak,Niel datang sini sebab Niel nak minta maaf dengan mak. Niel tahu Niel dah banyak buat salah pada mak dengan ayah. Niel mungkir janji. Niel tak jaga Eby dengan baik.

Niel biarkan Eby menanggung sakit seorang diri sedangkan Niel masih suami dia. Semua tanggungjawab Niel sebagai suami Niel abaikan. Sembilan bulan mak..sembilan bulan Eby mengandungkan zuriat Niel. Tapi sedikit pun Niel tidak mempedulikan dia. Tapi,Niel seksa Eby,pukul Eby sehingga Eby..hampir gugur. Semuanya salah Niel,mak. Sekarang ni Eby dah benci pada Niel."

Merah mata Daniel menahan tangisan. Peristiwa dia memukul Eby bermain di mindanya. Dia cuba untuk melupakan semua itu tetapi dirinya tidak kuat. Semua bayangan selalu terlayar di fikirannya tanpa dipinta.

"Niel,mak tak marah Niel. Mak faham. Niel tak ingat siapa Eby walaupun semua orang kata Eby isteri Niel.

Mak kenal anak mak. Dia marah macam mana pun, suatu hari nanti dia akan memaafkan Niel juga. Niel cuma perlu bersabar dan terus berdoa supaya Allah lembutkan hati Eby." Bahu Daniel digosok perlahan. Datin Ros sudah memaklumkan padanya yang Daniel kembali sihat seperti dulu.

"Mak,Eby takkan halang Niel berjumpa dengan Darwish,kan?" Puan Wardi beriak biasa. Dia tahu Datin Ros membawa Darwish berjumpa dengan Daniel sebelum pergi ke London.

"Mak tak tahu,Niel. Tapi Niel ada hak untuk berjumpa dengan Darwish. Darwish tetap darah daging Niel." Daniel terdiam. Hatinya gusar jika Eby tidak membenarkan dia berjumpa dengan Darwish.

"Dah. Niel jangan fikir benda bukan-bukan. In Sha Allah Eby takkan halang Niel daripada berjumpa dengan Darwish." Pujuk Puan Wardi. Daniel hanya mengangguk sambil tersenyum kepada ibu mertuanya walaupun pahit.

💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗

"Daddy!" Tempik Maira di seluruh rumah agam milik Dato' Hisyam. Berdesing telinga orang tua itu dengan jeritan satu-satunya anak yang disayangi.

"Apa ni Maira? Pagi-pagi buta dah menjerit macam ni. Terkejut daddy." Maira memeluk tubuhnya sambil mencebik tidak puas hati. Orang tegur sikit mula nak tarik muncung.

"Yalah. Sorry. Daddy nak tahu sesuatu tak?" Ujar Maira sambil menaikkan keningnya beberapa kali.

"Apa dia?"

"Masa Maira balik dari New York kan, Maira terserempak dengan bekas mertua Maira." Dato' Hasyim membuat muka menyampah. Memang dari dulu dia tidak sukakan bekas besannya. Disebabkan Maira,dia terpaksa melayan mereka dengan baik. Dan demi Maira juga,dia membenarkan Daniel bekerja di syarikatnya walaupun hatinya tidak rela.

"Then? Kenapa dengan diorang? Jangan cakap Maira pergi tegur dia. Jangan nak memalukan daddy,Maira." Keras suara Dato' Hisyam memberi amaran.

"No,daddy. Maira tengok dari jauh je. Daddy tahu tak diorang ada dukung budak dalam lingkungan tiga atau empat tahun. Dan Maira rasa budak tu..." Katanya tergantung sambil tersenyum sinis memandang Dato' Hisyam.

Lelaki berusia itu dapat mengagak apa yang bakal keluar dari mulut anaknya. "Anak Daniel dan Eby."

Dato' Hisyam mengulum senyuman penuh makna. Lebih senang kerjanya dan Maira untuk menjatuhkan mereka sekeluarga. Disebabakan dendam,mereka nekad untuk melakukan perkara di luar jangkaan walaupun salah di sisi agama.

"Jadi, Maira sasarkan budak kecil tu?"

"Of course,daddy. Kalau budak tu mampus,dengan serta merta diorang pun akan merana. Lebih-lebih lagi Daniel dengan Eby." Maira ketawa seperti orang gila.

Dia sudah merangka rancangan yang bakal dia lakukan. Dan semestinya rancangan itu dia akan buat selepas Eby balik dari London. Itu pun dia mengupah penyiasat untuk menyiasat aktiviti Dato' Kamal dan Datin Ros di London selepas dia terserempak dengan mereka di airport. Tak sangka budak kolot tu sudah maju,dapat belajar di London.

Hatinya sudah tawar dengan Daniel. Dia buat semua ini kerana dia ingin membalas dendam pada Daniel kerana lelaki itu telah memperbodohkan dirinya dan takkan sesekali kalah padah Eby.

'Bersiap sedialah korang. Aku akan pastikan korang rasa apa yang aku rasa. Korang akan kenal siapa sebenarnya Maira.'

































Please vote and comment💕

Daniel's GirlWhere stories live. Discover now