Bab 81

9.3K 436 48
                                    

"Eby.."

"Kau buat apa dekat sini!?" Jerkah Eby sambil merampas Darwish di dukungan Daniel dengan kasar.

"Eby,abang.."

"Stop Daniel! Kau bukan sesiapa pada aku!" Tercebik-cebik bibir Darwish melihat Eby memarahi Daniel. Lagi pula,dia tidak pernah melihat Eby dalam keadaan marah begini.

"Abang minta maaf." Daniel menunduk daripada menatap wajah Eby. Dia dapat mengagak semua ini akan berlaku dan dia tidak menyalahkan Eby kerana semua masalah ini berpunca dari dirinya sendiri.

"Maaf? Hehh..dah tiada kemaafan untuk kau Daniel. Dah banyak aku bagi peluang untuk kau,tapi kau sia-siakan semua tu!" Eby cuba menahan tangisan dari terhambur keluar. Darwish di dukungan sudah teresak. Daniel memandang simpati pada anaknya.

"Eby..abang tahu Eby marahkan abang. Tapi abang tak nak kita bergaduh depan anak kita."

"Darwish bukan anak kau! Dia anak aku. Kau yang cakap dia pembawa sial dan kau juga pernah kata yang kau takkan ambil tahu pasal dia! Sekarang ni,kenapa kau sibuk nak ambil tahu pasal anak aku?! Berambus lah Daniel!"

Daniel menggeleng perlahan. Dia takkan pergi selagi Eby tidak memaafkannya. "Abang minta maaf." Tangan Eby cuba diraih namun cepat tangannya ditepis kasar oleh Eby.

"Aku bagi kau amaran Daniel..kau jangan berani nak jumpa dengan anak aku lagi. Darwish dah tak ada ayah. Ayah dia dah mati masa dia dalam kandungan lagi." Suaranya mula mengendur apabila dia dapat mengawal perasaan. Belum sempat dia melangkah masuk ke dalam rumah bersama Darwish,dirinya dipeluk oleh Daniel.

"Abang minta maaf,sayang. Abang merayu bagi peluang untuk abang buat kali kedua. Izinkan abang tebus kesalahan abang selama ini. Abang perlukan Eby dan juga Darwish. Eby dan Darwish penting untuk abang. Abang merayu Eby..bagi peluang untuk abang." Air mata lelakinya jatuh buat perempuan yang dicintainya. Biarlah dia kelihatan terdesak untuk menagih kasih dari Eby. Mereka berdua penting untuk dirinya.

"Lepaskan aku,Daniel..hati aku dah tertutup untuk kau. Kau tak tahu betapa peritnya aku untuk menelan semua kepahitan yang dah kau bagi pada aku. Satu je aku minta dari kau..ceraikan aku." Tangan Daniel dipinggangnya dileraikan. Dia melangkah masuk bersama Darwish. Tidak lepas Darwish memanggil Daniel. Eby tidak mengendahkan anaknya yang mahukan papanya itu.

Puan Wardi yang memerhati sedari tadi mengambil cucunya dari dukungan Eby. Kasihan melihat anak kecil itu menjadi mangsa pergaduhan antara ibu bapanya. Jika dibiarkan, ia akan menjejaskan emosi Darwish

"Shh..tak apa,sayang. Tak nak nangis." Ditepuk perlahan belakang Darwish sambil memujuknya. Eby sudah hilang ke dalam biliknya. Dia perlu memberi masa kepada anaknya untuk menenangkan perasaannya.

Puan Wardi melemparkan pandangan ke arah Daniel. Dia berasa simpati dengan nasib menantunya itu. Kalau lah kemalangan itu tidak berlaku pasti anak dan menantunya bahagia bersama Darwish.

Daniel yang berdiri di tengah panas didekati. Lengan menantunya digosok perlahan. "Niel sabar ya. Bagi Eby masa untuk terima semua ni. Jangan terlalu memaksa dia. Banyak kenangan pahit yang susah dia nak lupakan Niel."

Daniel hanya mengangguk perlahan. Hatinya yang luka dirawat sendiri. Darwish di ambil dan dicium lama pipi montel anaknya. Masih kedengaran esakan kecil dari kanak-kanak itu.

"Maafkan papa,Darwish." Mengalir air matanya untuk kesekian kali. Tubuh Darwish dipeluk erat. Darwish seakan-akan faham perasaan Daniel membalas pelukannya.

Terasa sebak di dada melihat kedua anak beranak itu sedih untuk berpisah. Daniel menghulurkan Darwish semula kepadanya setelah dapat melepaskan rindu kepada anaknya.

Darwish tercebik-cebik melihat Daniel memboloskan diri ke dalam kereta. Tangan kecilnya diangkat oleh Puan Wardi dan dilambaikan kepada Daniel. Darwish menangis semula apabila kereta Daniel menghilang dari pandangan.

Eby terduduk sambil memeluk lututnya setelah kereta Daniel meninggalkan perkarangan rumah. Terasa sesak nafasnya akibat terlalu kuat menangis. Sakit hatinya apabila mengingati apa yang dilakukan oleh Daniel dahulu. Bertambah sakit hatinya mendengar Darwish menangis teresak-esak di luar rumah. Betul ke apa yang aku buat ni?

"Abang.."



















































Nahh!! Utk readers sis yg trtunggu-tunggu DG. Sorilahh kalau hambar👉👈 sis dh buat yg trbaik






































Please vote and comment💕











Daniel's GirlWhere stories live. Discover now