Ruang rehat meriah dengan kehadiran Darwish yang tidak berhenti membuat bising. Suka sangat dia apabila semua ahli keluarga berkumpul. Tidak lepas menegur orang walaupun tidak boleh bercakap lagi. Kuat dia ketawa apabila dapat bermain dengan saudaranya.
Eby mengambil peluang itu untuk memberitahu keputusannya selepas meminta petunjuk dari Maha Besar dan berfikir masak-masak. Dia mendekati keluarganya lalu duduk bersimpuh sebelah Puan Wardi. Darwish mula merengek mahu duduk bersama mamanya apabila melihat mamanya berada di situ. Rifqie terpaksa memberi Darwish kepada Eby sebelum dia mula menangis.
"Ermm..mama,papa,mak,ayah. Eby dah buat keputusan pasal sambung belajar tu.." Semua mata menumpu ke arah Eby. Darwish di riba dipeluk supaya dapat menyalurkan sedikit kekuatan kepada dirinya.
"Jadi, apa keputusan Eby?" Soal Datin Ros. Dia nak sangat melihat menantunya berjaya seperti orang lain.
Eby menghembus nafas sebelum memberitahu keptusannya. "Eby..akan sambung belajar dekat London." Semua memanjatkan kesyukuran dengan keputusan Eby. Dato' Kamal meraupkan mukanya tanda bersyukur dengan keputusan menantunya. Tidak menyangka Darwish mengikut perbuatan Tok Panya sehingga mengundang ketawa semua orang. Terkebil-kebil matanya melihat semua orang ketawakannya dan mula menyorokkan mukanya di leher mamanya. Malulah tu budak comel ni..
Walaupun Eby sudah membuat keputusan, jelas mukanya kelihatan murung. Puan Wardi perasan anaknya seperti sedih. Tangannya naik ke bahu Eby dan digosok perlahan. Dia faham perasaan Eby. Pasti susah untuk dia meninggalkan anak lelakinya. Lagipun, Darwish masih kecil dan perlukan kasih sayang daripada mamanya. Tambahan pula, dia masih belum mengenali siapa Daniel padanya.
"Pasal Darwish, Eby jangan risau. Mak dengan ayah akan jaga macam kitorang jaga Eby masa Eby kecil dulu." Kata Puan Wardi, cuba berseloroh dengan anaknya. Eby hanya tersenyum pahit. Macam manalah dia akan hidup di negara orang tanpa Darwish. Jika dia membawa Darwish sekali pasti akan ditentang oleh keluarganya.
"Betul tu Eby.. Bila Eby rindu Darwish, Eby call je mama. Mama akan bawa Darwish jumpa Eby dekat London." Datin Ros cuba untuk memujuk hati menantunya yang sedih. Tengok dari air mukanya sahaja sudah dapat mengagak yang hati menantunya berat untuk berpisah dengan Darwish.
"Dan satu lagi Eby.." Eby memandang tepat pada Dato' Kamal. "Eby tak perlu pasal wang perbelanjaan. Pasal tu, biar papa je yang uruskan."
Puan Wardi ingin membantah tetapi dihalang oleh Datin Ros. "Tak apa Kak Wardi. Eby pun menantu kitorang. Apa salahnya kitorang taja Eby untuk pergi belajar." Puan Wardi terdiam. Kalau dihalang pun adik dan adik iparnya bukannya nak dengar. Dah banyak mereka menolong mereka sekeluarga sebelum ini.
Eby hanya bersetuju sahaja. Jika itu yang keluarganya mahukan, dia akan bersetuju. Asalkan dia dapat berjumpa dengan Darwish dan tahu perkembangan Darwish membesar sudah memadai baginya..
💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗
Maira melemparkan telefonnya ke dinding biliknya. Kenapa you tak nak jawab panggilan I , Daniel!? I minta maaf dengan sikap I sebelum ni. I janji I akan berubah demi you. I akan layan you dengan baik. Tolonglah balik sayang..
Badannya melorot jatuh di penjuru dinding. Tidak berhenti air matanya keluar. Sungguh dia menyesal kerana berkata begitu pada Daniel dan sekarang Daniel sudah menceraikannya.
Dato' Hisyam masuk ke dalam biliknya apabila terdengar seperti barang pecah. Sedih hatinya melihat anak kesayangannya menangis teresak-esak. Sejak Daniel menceraikannya, diri Maira tidak terurus. Sakit hatinya mengingati perbuatan Daniel terhadap anaknya. Dulu, bukan main dia nakkan Maira sehingga sanggup tinggalkan isteri pertamanya. Sekarang, dia buat Maira seperti Eby. Memang dia takkan maafkan Daniel. Sesuka hati dia buang Maira. Dia perlu buat sesuatu supaya Daniel menyesal dengan perbuatannya.
"Sayang, please. Berhenti menangis. Tak ada guna Maira menangis untuk lelaki tu." Maira hanya menggeleng mendengar kata daddy-nya.
"No, daddy! Maira nak Daniel. Maira sayangkan Daniel. Tolonglah cari Daniel untuk Maira." Tubuh Dato' Hisyam ditumbuk-tumbuk. Rasa menyesal setelah Daniel meninggalkannya.
Dato' Hisyam menekup muka anaknya sambil memandang tepat pada mata anaknya. "Maira! Listen to daddy. Daddy tak akan terima balik Daniel dalam family kita. Dia dah buat anak daddy sedih macam ni dan daddy takkan sesekali terima dia balik. Dia patut menerima balasan yang setimpal dan daddy juga takkan lepaskan Eby."
Maira memandang wajah tua Dato' Hisyam. Merah matanya kerana terlalu banyak menangis. "Maira..daddy baru dapat tahu dari Doktor Aizad yang Daniel sebenarnya sudah sembuh. Ingatan dia dah pulih dan dia dah ingat siapa Eby. Daddy pasti, sekarang ni dia mesti mencari Eby dan anak dia."
"Mak-maksud daddy.. Selama ni Daniel cuma berlakon depan kita?" Dato' Hisyam mengangguk lemah. Maira mula membentak marah. Dirinya terasa bodoh kerana dipermainkan oleh Daniel. Dia ingatkan Daniel tidak tahan kerana perangainya. Rupa-rupanya dia mencari perempuan tak guna tu. Patutlah sebelum ini dia tidak lepas dari telefon dia. Daniel terus tutup telefonnya apabila dia mendekatinya.
"Jantan tak guna! Dia dah buat Maira macam perempuan bodoh menagih kasih sayang dari dia. Tapi dia pergi cari perempuan tak guna tu daddy.. I hate him, daddy! I hate him.." Dato' Hisyam menenangkan Maira apabila dia hendak mengamuk lagi. Belakang anaknya digosok perlahan.
Aku memang takkan lepaskan korang berdua. Sebab korang anak aku menjadi begini. Di mana pun korang berada, aku tetap akan mencari sehingga dapat. Korang perlu mendapat balasannya. Memang elok korang menjadi pasangan suami isteri. Perangai macam sial! Marah Dato' Hisyam di dalam hati.
Please vote and comment💕

ANDA SEDANG MEMBACA
Daniel's Girl
Teen FictionPenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...