Segenap ruang bangunan usang diperiksa oleh Daniel. Namun, Maira dan Darwish masih belum dijumpai. Telefonnya dikeluarkan dan diperiksa semula alamat yang diberikan oleh rakannya. Memang tepat di sinilah tempatnya.
Kakinya diusung ke rooftop. Telinganya menangkap tangisan budak kecil. Semakin kuat tangisan kanak-kanak itu apabila mendengar bunyi yang kuat. Daniel menguatkan hatinya. Dia perlu bertindak sebelum berlaku yang tidak sepatutnya kepada Darwish.
.
Maira melepaskan marah sepuas hatinya kepada Darwish. Memang jantan keparat itu tidak boleh diharap langsung. Duit dia mahu tetapi kerjanya tidak jalan. Kalau macam tu biar dia sahaja yang menamatkan riwayat budak ni.
Darwish yang diikat ketat diseretnya. Dia mengacah untuk menolak Darwish dari bagunan. "Kenapa nangis ni sayang? Rindu mama ehh? Nanti auntie panggil mama datang sini ya. Biar kau dengan mama kau tu mampus!"
Kepala Darwish ditolak dengan kasar. Pistolnya dikeluarkan lalu menunjukkan pada Darwish. "Nampak tak benda ni? Sekali peluru ni kena dekat kepala kau memang kau mampus. Kau tahu tak kenapa aku buat macam ?" Picu pistol ditarik sehingga menghasilkan bunyi klik.
"Sebab mama bodoh kau tu! Mama kau dah rampas hak milik aku. Kalau bukan sebab dia nasib kau takkan jadi macam ni tau. Hidup kau akan senang-lenang sekarang."
Maira tetap memberitahu Darwish walau satu pun kanak-kanak lelaki itu tidak memahaminya.
Pintu tiba-tiba ditendang dari dalam sehingga memeranjatkan Maira. Dia berundur ke belakang sehingga ke hujung bangunan. Sekali kakinya tergelincir nyawa akan melayang.
"Kau jangan dekat dengan aku Daniel! Kalau tak anak kau mati!" Pistol diacukan di kepala Darwish. Daniel mematikan langkahnya memandangkan nyawa anaknya dalam bahaya.
"Maira, Darwish tak berdosa. Kalau kau berdendam dengan aku,bunuh aku. Bukan anak aku. Dia tidak terlibat dalam masalah ni." Daniel cuba memujuk untuk dilepaskan anaknya.
"No! Dia penyebab masalah ni. Kalau perempuan tu tak mengandungkan budak sial ni, kau takkan ceraikan aku. Kau dengan aku mesti bahagia sekarang ni." Maira mula menangis mengenangkan nasibnya. Sedikit pun dia rasa masalah yang melanda rumahtangganya bukan berpunca dari dirinya sendiri.
"Tapi dia masih kecil, Maira. Dia tak tahu apa-apa pun. Dia cuma menjadi mangsa keadaan. Please..lepaskan dia." Suaranya cuba dikendurkan. Daniel tidak boleh menggunakan kekerasan sekarang ini.
"Aku kata tak nak! Kau jangan paksa aku, kalau tak aku tembak budak ni biar mampus."
"Jangan! Jangan buat macam tu Maira." Daniel mengalihkan pandangannya. Terasa mahu gugur jantungnya melibat Eby berada di sini.
"Maira, saya tahu awak cintakan Daniel. Saya minta maaf sebab saya dah rampas milik awak. Semua ni salah saya. Kalau saya tak kahwin dengan Daniel semua perkara ni takkan berlaku. Maira,saya janji dengan awak kalau awak lepaskan Darwish, saya dan Daniel.."
Eby berhenti seketika dan memandang Daniel.
"..akan bercerai. Saya janji saya takkan ganggu kepunyaan awak lagi."
Pandangan Daniel terhadapnya tidak diendahkan. Dia mahu Darwish selamat. Ya..dia cuma mahukan anaknya sahaja. Daniel bukan sesiapa lagi pada dirinya.
"Kau tak payah nak bohong aku! Aku tahu kau dengan Daniel dah rancang benda ni. Aku tak bodoh macam kau!"
Pistolnya makin dieratkan. Tepat muncung pistol berada di kepala Darwish. Dia nekad. Dia akan pastikan anak Eby dan Daniel mati.
"Maira please jangan.." Daniel masih cuba memujuk.
Maira memandang wajah Eby dan Daniel dengan pandangan sinis. Dia sempat mengucapkan selamat tinggal kepada mereka berdua dan dilepaskan dua das tembakan di kepala Darwish. Sekelip mata dia terjun dari bangunan.
"Darwish!"
"Maira!"
Lemah lutut pasangan itu melihat anaknya yang berlumuran darah. Dan sekelip mata juga Maira sudah terjun dari bangunan. Mereka belum sempat bertindak apa-apa pun untuk menyelamatkan Darwish dan Maira.
Eby mendekati Darwish tubuh kaku anaknya dipeluk erat. "Darwish..tolong jangan tinggalkan mama. Mama sayangkan Darwish. Mama..mama dah belikan mainan yang Darwish nak. Tolong jangan pergi,sayang. Mama merayu.."
Daniel mendekati Eby dan Darwish. Wajah anaknya dipandang dengan perasaan sebak di dada.
"Papa minta maaf,sayang..papa minta maaf. Papa yang bersalah."
Rasa sebak yang menyelubungi dirinya tidak dapat ditahan. Tangisnya terhambur jua. Kini, hanya penyesalan yang menghimpit diri mereka berdua..
YOU ARE READING
Daniel's Girl
Novela JuvenilPenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...