"Daniel, ambil pesanan pelanggan dekat meja 8." Suruh Abang Wan. Daniel mengangguk lalu berjalan ke arah meja yang disebut oleh Abang Wan.
"Nak makan apa?" Lembut Daniel bertanya kepada pelanggannya. Dua orang pelanggan itu berpaling ke arahnya dengan senyuman manis. Terus senyuman mereka mati apabila memandang wajahnya.
"Mama,papa.."
Dato' Kamal memandang anaknya dengan pandangan tidak percaya. Bukankah anaknya bekerja dengan bapa mertuanya? Macam mana dia boleh mengambil pesanan di restoran ni?
"Daniel buat apa dekat sini?" Tanya Datin Ros. Dia inginkan kepastian dengan apa yang dia telah nampak. Hatinya kuat mengatakan yang anaknya ada masalah dengan keluarga Maira. Kalau tak, dia takkan bekerja di restoran seperti ini.
Walaupun Daniel berasa sedih dengan kehidupannya sekarang, dia tetap menunjukkan senyuman manis kepada orang tuanya. Baju yang tertulis 'Restoran Wan' ditunjukkan kepada mereka. Dengan melihat pakaiannya sahaja sudah dapat mengagak bahawa dia seorang pekerja di restoran itu.
"Kamu kerja di sini?" Jelas mereka berdua menunjukkan wajah tidak percaya. Daniel mengiyakan dengan tenang. Buat apa nak dimalukan. Dia bukannya melakukan pekerjaan haram pun.
"Mama,papa.. Niel minta maaf. Sekarang ni, Niel sibuk. Ramai pelanggan masa ni. Kita berbual nanti ya. Niel ambil pesanan mama dengan papa dulu." Lembut Daniel berkata. Pesanan kedua ibu bapanya diambil lalu dihantar kepada tukang masak.
"Abang, Ros tak percaya itu Daniel. Sebelum ni, dia tak suka kerja macam ni." Daniel ke hulu dan ke hilir melayan pelanggan yang datang tidak putus ke restoran itu dipandang.
Dato' Kamal mengangguk bersetuju. "Tak apalah. Kita datang ke sini lepas dia habis waktu kerja. Abang ada benda nak berbincang dengan dia."
Beberapa minit kemudian, Daniel datang kembali dengan makanan yang dipesan oleh mereka. Dato' Kamal menyampaikan niatnya untuk menjemput Daniel pulang ke rumah mereka. Walaupun, Daniel tidak bersetuju namun Dato' Kamal tetap berkeras untuk menjemputnya. Daniel terpaksa bersetuju juga setelah melihat kesungguhan orang tuanya. Hatinya berasa kasihan dengan wajah hampa Datin Ros. Terpaksa dia mengalah buat kali ini..
.
Daniel melabuhkan punggung di sofa yang bertentangan dengan orang tuannya. Dia perasan mereka tidak lepas memandangnya sehingga berasa sedikit rimas.
"Mama, papa.. Ada apa-apa ke nak cakap?" tanya Daniel setelah tidak tahan dengan renungan mereka.
Dato' Kamal mengeluh dengan sikap anaknya. Dia dapat merasakan Daniel menyorok sesuatu dari mereka. "Niel dah tak kerja dengan Dato' Hisyam?" Walaupun dia marah dengan anaknya yang membuat keputusan untuk berkahwin dengan Maira, dia tetap memaafkan anaknya.
Daniel senyap buat seketika memikirkan ayat yang terbaik untuk diberi. Kemudian,nafas dihela halus. "Niel dah tak kerja dengan dia. Dan Niel takkan sesekali menjejakkan kaki ke situ dan rumah dia."
Terkejut mereka dengan jawapan Daniel. Setahunya Daniel masih berada dengan mereka. Cuma dia tidak memberitahu mereka tentang status kesihatannya sekarang.
"Kenapa?"
"Sebab Niel dah ceraikan Maira. Niel tak tahan dengan perangai dia dengan Dato' Hisyam tu. Niel rasa macam Niel hidup dengan syaitan yang bertopengkan manusia sehingga Niel pun pernah terjebak dalam cubaan untuk membunuh Eby.." Dia menunduk setelah dia mengaku kesilapannya.
"Apa yang kamu cakap ni Daniel? Pasal kes tembakan dekat hospital dulu angkara korang?!" Sedikit meninggi suara Dato' Kamal. Tidak menyangka anaknya mudah terpengaruh dengan sifat keji mereka.
Daniel mengangguk perlahan. "Hanya sekali tu je pa.. Lepas tu, Niel tak nak tahu langasung pasal rancangan diorang. Cuma Niel berharap yang Eby selamat je dari mereka.." Rambutnya diraup kebelakang. Merah matanya menahan tangisan daripada tumpah. Sungguh dia rindu pada isterinya yang selalu menggembirakan hatinya dulu.
"Niel menyesal sangat pa sebab Niel tak dengar kata papa dengan mama. Kalau Niel dengar dan Niel sabar masa tu mesti Niel takkan kehilangan isteri dan anak Niel. Dan Eby pun takkan dalam bahaya. Niel rasa bodoh sangat..terlampau bodoh sebab tak dengar kata mama dan papa." Rambutnya dicengkam kuat seperti melepaskan amarah pada diri sendiri.
Datin Ros duduk di sebelah anaknya lalu dipeluk tubuh satu-satunya anak lelaki yang dia ada. "Sayang..jangan salahkan diri Niel. Semua ni ada hikmahnya,sayang. Niel kena ingat pada Allah. Bertaubat dan memohon ampun dari-Nya. Pasti ada pelangi selepas hujan, sayang. Niel kena ingat tu." Daniel tidak dapat menahan tangisannya lagi. Sungguh perit menahan semua ini seorang diri. Dia perlukan papa dan mamanya untuk memberi sokongan kepadanya buat masa sekarang.
"Niel rindukan Eby,ma. Niel nak minta maaf pada dia dan anak Niel. Niel banyak dosa pada diorang. Tolonglah,ma.. Niel nak jumpa dengan Eby.." Datin Ros menggeleng. Dia sudah berjanji dengan menantunya untuk tidak memberitahu sesiapa pun termasuk Daniel.
"Maaf,Niel. Mama tak boleh bagitahu. Semua ni permintaan Eby. Mama minta maaf sayang.." Belakang Daniel digosok perlahan. Rasa bersalah kerana tidak memberitahu perkara ini pada Daniel kerana dia masih bergelar suami pada Eby.
Ya Allah..semua ni salah aku. Isteri aku dah bencikan aku. Kuatkanlah hati aku untuk tempuh semua dugaan ini. Kau sabarkanlah aku supaya dapat bertahan dengan semua dugaan yang Engkau berikan kepada aku..
Hambar oii😭 sorrylah pda sesiapa yg mngharapkan lebih lgi. Sis hnya mampu ni je untk bagi kat korang😕

ANDA SEDANG MEMBACA
Daniel's Girl
Genç KurguPenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...