Daniel duduk di atas sofa di ruang rehat tanpa Darwish perasan kehadirannya. Keletah Darwish diperhati dengan senyuman di bibirnya. Ralit dia melihat Darwish menyanyi lagu Didi and Friends sambil menggoyangkan tubuhnya ke kiri dan kanan di hadapan televisyen. Kadang-kadang,diangkat kakinya seperti berkawad.
"Cemut berkawad catu-catu. Hola Holey! Cemut berkawad catu-catu. Hola Holey!!" Dengan pelatnya, dia menyanyi lagu Semut Berkawad dengan bersemangat.
Daniel di belakangnya menahan suara daripada terkeluar. Tak naklah pula dia merosakkan mood ceria anaknya. Telefon dikeluarkan lalu dirakam setiap pergerakan Darwish. Sebaik sahaja tamat lagu Semut Berkawad,dia berpusing untuk rehat sebentar sebelum memulakan lagu lain.
"Papa!" Terus dia menerkam ke arah Daniel dan dipanjat ke atas riba papanya. Tangan Daniel dililitkan pada perut buncitnya.
"Seronoknya anak papa menyanyi. Tak ajak papa pun. Papa nak menyanyi juga." Dicium sekilas pipi Darwish yang menyandar di dadanya. Suka manja-manja dengan orang.
"Papa pandai nyanyi ke?" Tergelak Daniel dengan soalan Darwish. Haih..anak aku ni macam dia seorang je pandai menyanyi.
"Mestilah. Sedap tau suara papa. Tak macam budak tu,menyanyi pelat lagi." Darwish mencubit tangan Daniel yang berada di perutnya. Daniel terjerit kecil. Bukan sakit sangat pun. Saja nak mengusik budak kemetot ni.
"Sakit tau Darwish cubit papa. Tak sayang papalah tu. Tak apalah. Tak nak kawan dengan Darwish." Daniel buat-buat merajuk. Darwish dialihkan dari ribanya.
Terkebil-kebil Darwish memandang Daniel. Digosok tempat dia cubit tadi. Daniel tidak melayannya. Tangannya satu lagi sibuk bermain dengan telefon.
Bibir Darwish tercebik-cebik ingin menangis apabila Daniel tidak menyahut panggilannya. Dia masih mencuba untuk memujuk papanya tetapi Daniel membuat tidak tahu walaupun di dalam hatinya ketawa dengan kerenah Darwish.
Akhirnya,Darwish tewas. Dia menyembamkan mukanya pada bantal kecil. Kuat esakannya terdengar disebalik bantal. Daniel mula gelabah apabila anaknya menangis. Rasa bersalah pula melakukan begitu pada dia.
"Alah..janganlah nangis,sayang. Papa gurau je la. Mana boleh papa tak layan anak papa yang comel ni. Meh sini. Papa dukung." Tubuh Darwish diangkat. Tangan kecil anaknya melilit di batang lehernya.
Dilap air mata Darwish dengan lembut. Kesian pula buat dia macam ni. Tak pasal-pasal dah menangis. "Kenapa cucu Tok Pa menangis ni?"
Tegur Dato' Kamal. Daniel hanya tersengih memandangnya."Tak ada apalah,pa. Cucu papa ni manja. Niel usik sikit je dah menangis macam ni." Masih terdengar esakan kecil. Darwish melentokkan kepalanya di bahu Daniel.
"Kamu ni Niel. Mengusik je kerjanya. Jangan bagi dia sedih. Nanti dia rindukan mama dia pula." Sempat Dato' Kamal memberi nasihat sebelum beredar. Risau pula kalau Darwish mengamuk nakkan Eby. Daniel hanya mengangguk. Lepas ni dia takkan buat Darwish menangis lagi.
"Sayang dah tidur ke ni?" Diintai sedikit muka Darwish di bahunya. Darwish merengek dan ditutup mukanya dengan tangan.
"Nak nyanyi lagi tak ni? Kalau tak nak papa nak tutup TV." Laju Darwish mengangkat kepalanya.
"Jangan." Kepalanya digeleng-geleng. Daniel tersenyum lalu diletakkan tubuh Darwish di sofa. Pantas anak kecil itu turun dari sofa dan mengikut menyanyi sama.
Darwish menarik tangan Daniel supaya mengikut gaya yang dilakukan. Terpaksa Daniel menurut kehendaknya dengan melakukan pergerakan seperti kartun animasi Didi and Friends. Ruang rehat itu penuh dengan gelak ketawa mereka berdua dan aksi yang melucukan. Datin Ros tersengih melihat Daniel seperti budak-budak melayan telatah anaknya.
💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗
Setiap hujung minggu,pasti Daniel akan membasuh kereta miliknya. Hos paip dihalakan pada kereta untuk menghilangkan buih sabun. Darwish mendekati Daniel dengan penuh minat. Bulat matanya memandang setiap kerja yang dilakukan oleh Daniel.
"Papa buat apa tu?" Daniel mengerling ke arah Darwish lalu melemparkan senyuman kepada anaknya yang masih berbaju tidur. Darwish selalu bangun awal pagi.
"Papa basuh kereta. Papa tak suka kereta kotor." Bulat mulutnya melihat banyak buih sabun pada kereta berwarna hitam milik papanya.
Terkedek-kedek dia berjalan ke arah kereta dan disentuh buih yang melekat pada kereta. Tersengih dia menunjukkan buih di tangannya pada Daniel.
"Main buih pula dia." Hidung Darwish ditarik perlahan. Tanpa sengaja,Darwish memegang pipinya dengan tangan yang penuh dengan buih. Terkekek budak kecil itu melihat Daniel yang sudah bercekak pinggang.
"Nak kena Darwish ni." Air dipancutkan pada tubuh Darwish. Lintang-pukang dia berlari kerana sejuk terkena air. Daniel mengejar langkah kecil anaknya mengelilingi kereta. Kuat Darwish menjerit kerana takut dikejar oleh papanya.
Daniel mengelilingi kereta mencari Darwish. Namun,bayang anaknya langsung tidak kelihatan. Dia tersengih melihat kaki kecil anaknya di belakang pasu bunga yang agak besar untuk Darwish menyorok berdekatan dengan kereta.
"Manalah Darwish ni. Papa ingatkan nak bawa pergi jalan-jalan lepas siap basuh kereta. Tapi dia tak ada pula. Papa pergi sendiri je la." Cepat-cepat Darwish keluar dari belakang pasu sambil menjerit 'nak ikut'.
"Hah! Dapat." Terus Daniel menyembur air ke arah anaknya. Habis basah kuyup Darwish dibuatnya.
"Papa!" Kuat Daniel ketawa melihat anaknya menarik muncung. Suka buat mulut macam tu. Makin comel yang dah memang comel semulajadi tu.
"Okey,okey. Papa minta maaf. Cium sikit." Pipi montel Darwish dicium lama sehingga anak kecil itu merengek kerana tidak dapat menahan geli apabila terkena kumis Daniel.
"Geli.." Daniel tersenyum geli hati mendengar komen Darwish. Baju tidur Darwish dibuka kemudian diikuti dengan pampers yang sudah terlondeh. Hanya dipakaikan seluar sahaja kepadanya.
"Nak papa mandikan?"
"Nak!" Darwish terlompat-lompat gembira apabila Daniel mandikannya di luar. Suka betul dia dapat bermain air. Disembur air pada baju Daniel sehingga basah. Daniel membuat muka garang tetapi Darwish hanya ketawa kuat memandang muka papanya yang tidak berapa garang itu.
Macam-macam Darwish meniru Daniel. Daniel menungging,dia pun menungging. Daniel mencalit buih di hidungnya,dia meraup muka Daniel dengan buih sabun di dalam baldi. Dahlah air tu kotor,diraup dekat muka.
"Papa,tak nak dah. Sejuk." Bibir Darwish sedikit kebiruan menandakan dia terlalu sejuk. Diambil tuala yang diminta dari Mak Timah lalu dibalut pada tubuh Darwish. Darwish didukung setelah dia melilitkan tuala di pinggangnya.
"Ya Allah! Kamu berdua mandi dekat luar?" Terhinjut bahu kedua beranak itu dengan suara Datin Ros. Macam petir!
"Sekali sekala,ma. Layan permintaan budak comel ni." Darwish menyorokkan mukanya di leher Daniel. Takut nak tengok muka Tok Manya yang garang.
"Darwish.." Tahulah dia kalau Datin Ros meleretkan suaranya. Nak membebel la tu.
"Tak..tak..papa yang ajak Darwish mandi dekat luar." Kuat Daniel ketawakan Darwish. Tahu takut kena marah.
"Dah..tak apalah,ma. Niel yang mandikan dia dekat luar tu. Lagipun, tadi Niel basuh kereta. Dia pergi kacau habis basah baju dia. Tu Niel mandikan dia terus." Dibelanya anak terunanya itu. Datin Ros hanya membiarkan apabila Daniel berkata begitu.
Darwish dibawa ke biliknya dan dipakaikan baju. Selesai Daniel memakai baju,terus diangkat tangan minta didukung. Kepala Darwish dielus dan dicium dengan penuh kasih. Macam mana papa nak berpisah dengan Darwish nanti? Darwish baru tinggal dekat sini lima hari,papa dah mula rasa takut untuk kehilangan Darwish..dan juga mama.
Esok result SPM keluar😩 doakan sis dpt result yg cemerlang dan sis pun doakan batch 00 dpt result yg gempak. Good luck utk semua SPM candidate 2017🎉🎉🎉🎊🎊 kuatkan hati anda semuaaaaaaaa~~ untk hri esk.
And good luck jgk utk yg masih belum habis exam. Jwb elok2. Dah nak cuti penggal dh pun.Please vote and comment💕
![](https://img.wattpad.com/cover/118417134-288-k530363.jpg)
YOU ARE READING
Daniel's Girl
Fiksi RemajaPenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...