Gambar seorang kanak-kanak dilemparkan ke atas meja dengan kasar. Lelaki itu hanya memandang kosong gambar tersebut. Sedikit pun tidak berasa gerun dengan perempuan dihadapannya yang tiada segaris senyuman terukir di bibir.
"Aku nak kau cari budak dalam gambar ni. Aku tak kisah kau nak buat apa dekat dia asalkan dia ni mampus!" Keras suara si perempuan memberi arahan.
Gambar itu diambil lalu ditatap seketika. Kesian kau budak. Kecil-kecil dah menjadi mangsa orang dewasa. Kemudian,gambar tersebut dilipat lalu dimasukkan ke dalam poket bajunya.
Tangannya dihulurkan pada wanita tersebut menandakan meminta upah sebelum melakukan kerjanya. Maira mendengus kasar. Beg tangannya diselongkar. Duit yang berada di dalam sampul dilemparkan ke atas meja.
Lelaki itu hanya tersenyum. Selagi upahnya ada,dia akan melakukan kerja. Tak kisah mangsanya itu orang dewasa ataupun kanak-kanak. Dia meninggalkan bilik tersebut apabila Maira .
Maira berpeluk tubuh. Tidak sabar rasanya untuk melihat Eby jatuh tersungkur. Biar dia rasa macam mana rasa kehilangan seperti dirinya kehilangan Daniel.
"Kau tunggu Eby! Aku akan pastikan hidup kau sengsara. Aku takkan biarkan hidup kau bahagia,perempuan! Takkan sesekali!"
💖
Kejadian di kampung beberapa minggu yang lepas dilupakan. Eby langsung tidak mengambil peduli tentang Daniel. Lebih-lebih lagi perasaan lelaki itu. Dia hanya memberi fokus kepada anaknya sahaja.
"Mama,nak mainan tu!" Terus mati lamunan Eby mendengar suara Darwish. Matanya dikalih ke arah permainan kereta yang ditunjukkan oleh anaknya. Eby hanya tersenyum melihat keletah si kecil dengan muka menagih simpati untuk dibelikan mainan. Sebelum dia membuat perangai di tengah-tengah mall, lebih baik dia layankan permintaan anaknya. Kepala Darwish digosok perlahan dan menuju ke kedai permainan. Memang syurga untuk kanak-kanak betul,penuh permainan yang dapat menarik perhatian kanak-kanak.
Ketika memilih permainan kereta untuk anaknya, dirinya rasa diperhatikan. Sekililingnya diperhatikan jika terdapat manusia yang mencurigakan. Tetapi keadaan di mall ini normal. Mungkin perasaannya sahaja. Terus ditepis perasaan itu.
Setelah berpuas hati, dia cuba menggapai tangan anaknya. Hatinya mula berdegup laju apabila anaknya tiada disebelahnya. Satu kedai diterokainya untuk mencari Darwish. Malangnya dia tidak menjumpai anaknya. Ditanya pekerja jika ada terserempak dengan Darwish tetapi jawapan yang diterima menghampakannya.
"Sayang pergi mana? Janganlah buat mama macam ni.." Tidak semena-mena air matanya jatuh. Dia betul-betul risaukan keselamatan Darwish. Anaknya itu masih kecil. Dia risau jika anaknya berjumpa dengan orang yang salah.
.
Daniel berjalan tanpa hala tuju. Hanya diperhatikan lautan manusia yang bermacam-macam ragam memenuhi mall. Perasaan rindu terhadap anak dan isterinya cuba dibuang, tetapi perasaan itu tetap kuat mencengkam hatinya.
Matanya menangkap seorang lelaki sedang mendukung kanak-kanak yang memakai baju bewarna biru. Entah mengapa dirinya kuat mengatakan anak di dukungan lelaki itu ialah Darwish. Perasaan itu terus diusir kerana dia tidak nampak wajah lelaki dan kanak-kanak itu dengan jelas. Mungkin dia terlalu rindukan Darwish sehingga membayangkan itu anaknya.
Sedang dia leka melayan perasaan, tiba-tiba sahaja dia merasakan ada orang merempuh dirinya. Dia mendengus. Cuba untuk menyabarkan dirinya daripada memarahi insan yang berada di hadapannya.
"Cik tak apa-apa ke?"
Wanita dihadapan mendongak memandang empunya badan yang dilanggarnya tadi untuk memohon maaf. Tiba-tiba sahaja lidahnya menjadi kelu.
"Eby.."
Eby segera menyeka air matanya yang terus mengalir. Dia tidak mahu nampak lemah pada pandangan Daniel. Perkara yang dilakukan itu hanya sia-sia. Air matanya tetap mengalir juga. Perasaannya tidak tenteram selagi Darwish tidak dijumpai.
Daniel hanya memandang wajah Eby. Apa yang dah berlaku sehingga kekasih hatinya menangis sebegini?
"Eby, kenapa ni? Eby okey tak?" Kalau boleh, ingin sahaja dia mengelap air mata yang mengalir di pipi itu. Dia cuba menahan dirinya daripada menyentuh Eby.
"Darwish.. Darwish hilang. Eby tak tahu Darwish pergi mana." Bagaikan hendak luruh jantungnya mendengar kata-kata Eby. Tidak mungkin anaknya hilang. Terus dia teringatkan sesuatu.
"Eby ingat Darwish pakai baju warna apa?"
Eby mengangguk perlahan. Dirinya rasa terlalu lemah sekarang. "Warna biru."
Lidahnya kelu. Kenapa fikirannya terus melayang kepada lelaki yang mendukung kanak-kanak tadi?
"Ada nampak ke Darwish dekat mana? Tolonglah bagitahu. Eby cuma nak Darwish je. Tolonglah.." Lengan Daniel dipegang seakan-akan merayu. Semua perasaan malu ditolak ke tepi yang penting dia menjumpai Darwish.
Daniel mengeluh halus. Dia tidak boleh bertindak melulu. Bagaimana kalau tadi bukan anaknya? Dia tidak mahu menambah kerisauan Eby.
"Kita pergi cari Darwish dulu. Kalau masih belum jumpa kita lapor pada polis. Okey?" Daniel cuba memujuk.
Eby terpaksa mengangguk. Dia buntu. Dia perlukan seseorang. Jelas terpancar kerisauan pada raut wajahnya. Daniel juga tidak tenang mengenangkan keberadaan Darwish. Tidak putus doanya agar anaknya selamat.
'Ya Allah, lindungilah anakku dari sebarang bahaya di luar sana.'
YOU ARE READING
Daniel's Girl
Teen FictionPenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...