Eby cuba untuk menggerakkan kakinya tetapi rasa menyengat sakit menerjah kakinya. Daniel di katil sebelah dipandang. Sudah seminggu lebih Daniel tidak sedarkan diri dan esok dia dah boleh keluar dari hospital.
Sebaik sahaja terdengar pintu bilik dibuka,tudung di atas meja diambil lalu disarungkan pada kepalanya. Adrar, Nazrin dan Mikael memberi salam terlebih dahulu kepada Eby. Eby menjawab perlahan salam diberi.
Nazrin dan Mikael melihat keadaan Daniel. Rasa sedih menjentik tangkai hatinya. Adrar pula duduk di kerusi di sebelah katil Eby. Kesian melihat Eby kemurungan.
"Yuya, saya harap awak kuat. Awak kena ingat semua ujian ini sebagai tanda Allah sayangkan awak." Lembut Adrar menasihati.
Puan Wardi dan Datin Ros masuk ke dalam bilik lalu melemparkan senyuman kepada rakan-rakan Daniel. "Mak.." Perlahan Eby memanggil Puan Wardi.
Terus dia memeluk Puan Wardi. Dia menghamburkan segala kesedihannya melalui tangisan. Kalaulah dia tidak bergaduh dengan Daniel mesti semua ni tidak berlaku. Semua ni salah dia,sebab dia Daniel terlantar tidak sedarkan diri.
"Eby jangan macam ni sayang. Eby kena kuat,kalau abang Daniel tengok Eby macam ni mesti dia sedih." Kata-kata Puan Wardi tidak memberi sebarang kesan kepada Eby. Dia masih dengan tangisannya.
"Abang jadi macam tu..isk..isk..sebab Eby..ka-kalau Eby tak bergaduh dengan abang..isk..isk..semua takkan berlaku.." Bersusah-payah Eby memberitahu Puan Wardi. Adrar memandang simpati pada Eby. Begitu sayangnya Eby pada rakannya.
Selama setengah jam mereka melawat Daniel dan Eby, Nazrin mewakili mereka bertiga meminta diri untuk pulang. Lagi pula hari semakin melabuhkan tirai.
"Korang tak syak apa-apa ke?" soal Mikael ketika mereka menuju ke arah kereta.
"Syak apa?" soal Nazrin kembali. Adrar hamya mendengar sahaja dua orang rakannya berbual.
"Yelahh..brek kereta Daniel rosak padahal dia baru je lepas hantar bengkel. Dia tu kan setiap dua bulan hantar bengkel untuk check apa-apa yang rosak bukannya macam kau.ĺ Hantar ke bengkel bila kereta mati tengah jalan." Terang Mikael sambil diselitkan perlian kepada Nazrin. Nazrin mencebikkan bibir apabila diperli.
"Aku tak tahu kenapa tapi aku syak semua ni angkara Azyanie." Sampuk Adrar. Nazrin dan Mikael memandang Adrar. Tak mungkin pula kalau Azyanie yang buat.
"Takkan la Azyanie. Kalau ya pun dia tergilakan Daniel takkan sampai macam ni sekali." Nazrin mengangguk mendengar kata-kata Mikael.
"Korang tak ingat apa yang dia dah buat pada Yuya. Sampai sanggup nak pukul budak tu dengan kayu hoki." Mereka memikirkan semula apa yang dikatakan Adrar. Ada betulnya juga.
"Aku tak rasa Uncle Kamal dan Auntie Ros akan senyap je pasal kes ni. Aku rasa diorang akan cari siapa dalang semua ni." Mereka tahu Dato Kamal dan Datin Ros terlalu sayangkan Daniel dan Eby. Jelas mereka nampak betapa prihatinnya mereka berdua.
💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗
Setelah dua minggu Eby tidak datang ke sekolah,akhirnya dapat juga dia menghadirkan diri. Dia ada tiga minggu lagi masa untuk mengulang kaji sebelum SPM.
Dato' Kamal telah mengupah seorang bodyguard untuk menjaga Eby di sekolah. Dengan kuasanya, dia mendapat keizinan dari pihak sekolah. Eby tidak boleh didekati oleh sebarang orang kecuali rakan-rakannya dan rakan-rakan Daniel.
"Yuya! Kitorang rindu kau!" Ayra dan Hani memeluk Eby begitu ketat sehingga sesak nafas dibuatnya.
"Yuya sape tu?" Perlahan Ayra berbisik.
"Ermm..bodyguard yang ayah saudara aku upah. Dia syak ada orang yang buat sampai alu jadi macam ni." Mulut Hani dan Ayra membulat sambil mengganguk.
"Kitorang minta maaf ehh sebab tak melawat kau masa kat hospital." Hani memohon maaf. Nanti tak pasal-pasal kena cop kawan masa senang je.
"Tak apa la. Aku faham. Korang kan tengah sibuk dengan kelas. Nanti ajar aku ehh."
"No problem la." Ujar Ayra. Terus mereka duduk di tempat masing-masing setelah Adrar melangkah masuk ke dalam kelas.
💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗
Dato' Kamal dan Datin Ros menunggu dengan penuh sabar kedatangan tiga orang anak teruna. Setelah 15 minit menunggu, mereka bertiga muncul di hadapan mereka.
"Maaf auntie, uncle. Kitorang lewat." Dato' Kamal dan Datin Ros hanya senyum tanda tidak mengapa.
"Kenapa nak jumpa kitorang? Ada benda penting ke?" Adrar bertanya dengan perasaan pelik. Jarang betul mereka berjumpa sebegini.
Dato' Kamal mengeluh berat. "Kamu bertiga tahu tak sape-sape yang berdendam dengan Daniel atau Eby?"
"Sape Eby uncle?" soal Mikael.
Datin Ros tersenyum. "Maksud uncle tadi Yuya."
Mereka bertiga hanya oohh kemudian mengangguk. "Ermm..kenapa uncle tanya? Uncle dah jumpa ke sape yang buat."
Dato' Kamal menggeleng. "Uncle cuma tanya je. Mana tahu kamu bertiga tahu." Mereka bertiga berpandangan sesama mereka. Lerkara ni tidak boleh dirahsiakan. Kalau betul orang yang mereka syak itu bersalah bermakna mereka melindungi orang yang salah.
"Sebenarnya uncle,auntie..."
Okey sis rasa chapter ni hambar🙈 tapi takpe Azyanie dah nak tinggalkan kita dah pun Hahahahahaahaha😂
Please vote and comment💕

ANDA SEDANG MEMBACA
Daniel's Girl
Novela JuvenilPenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...