Eby mencari Daniel di seluruh ruang rumah. Dia mengeluh setelah tidak menjumpai Daniel.
'Ish dia ni, semalam kata nak kenakan dua orang tu. Ni sekali dengan dia hilang. Mesti dia ni tak ingat.'
Eby membuka pintu bilik yang didiami oleh tiga orang jejaka tersebut dengan kasar. Hah! Jumpa dah. Tiga orang lelaki itu hanya memandang sekilas. Siapa lagi yang buka pintu macam satu rumah ni nak roboh kalau bukan budak kentot tu yang berjalan terkedek-kedek macam itik tu.
Eby mendekati mereka. "Tengok movie tak ajak Eby. Tak aci lah macam ni."
Sebab ni la mereka tak nak ajak Eby sekali. Mulut memang tak reti nak duduk diam. Dah macam mulut mak jemah.
Mereka tidak melayan karenah Eby. Eby memandang mereka dengan geram. 'Oo..tak nak layan aku ye'
Eby bangun dan menutup suis laptop yang entah siapa punya tu. Terus dia berlari keluar dari bilik itu untuk mencari perlindungan dari sesiapa sahaja. Terkekek dia ketawa mendengar tiga orang lelaki yang hensem nak mati tu menjerit nama dia. Dah macam suara Hulk.
'Itu lah. Siapa suruh buang bateri laptop. Kan senang aku nak tutup'
Eby menyorok di belakang Puan Wardi setelah ternampak mereka keluar dari bilik. "Ni kenapa menyorok belakang mak ni? Mesti Eby kenakan diorang ni kan?" Puan Wardi sudah masak dengan perangai anak daranya. Kalau dah menyorok belakang orang ada la tu dia usik sesiapa.
"Mak long! Tengok Eby ni kacau kitorang tengok movie. Dia pergi tutup suis laptop." Adu si Rifqie. Mamat ni..memang la. Mulut kepoh.
Eby membuat muka tidak bersalah sambil tersenyum comel. "Eby..kenapa Eby ganggu orang tengok cerita?" Lembut Puan Wardi bertanya sambil membuang ikatan rambut anaknya yang agak tidak terurus. Dengan Eby memang Puan Wardi tidak pernah bercakap dengan kasar. Hati anaknya macam tisu, nampak saja luaran kasar. Dulu, dia memarahi abang Eby tetapi Eby yang menangis teresak-esak.
"Eby bosan la mak. Mak..boleh tak Eby nak pergi ke sungai?" Eby menekankan perkataan 'sungai' sekaligus meminta izin daripada emaknya.
"Sayang nak pergi dengan siapa? Kalau pergi seorang diri mak tak bagi takut jadi apa-apa dekat baby mak ni." Puan Wardi mengikat kembali rambut anaknya lalu mencium pipi Eby.
"Alahh..ni tiga orang ni ada. Diorang ikut la sekali." Puan Wardi memandang mereka.
"Tak apa ke Daniel, Rifqie, Hariz?
Puan Wardi bertanya untuk kepastian. Nak tak nak terpaksa la Hariz dan Rifqie mengangguk. Bagi Daniel tak rasa terpaksa sebab itu memang idea dia semalam cuma dia yang terlupa.
"Okey la macam tu sayang pergi pakai tudung." Eby pergi ke bilik untuk mengambil tudungnya. Sempat Daniel membuat thumbs up kepada Eby. Eby hanya tersengih melihat perbuatan Daniel.
💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗
"Cepatlahh!"jerit Eby dengan kuat kepada Hariz dan Rifqie. Tengok muka memang dah tahu, muka tak rela.
Daniel yang berjalan di sebelah Eby hanya tersengih melihat dua orang sepupunya yang berjalan dibelakang mereka. 'Kesian korang. Siapa suruh pedajal kitorang semalam. Nasib baik ada budak ni tolong ingatkan aku.'
Daniel memandang Eby yang sangat gembira untuk kenakan orang. Dia memerhati segenap muka Eby putih susu itu. Kulit licin, mata bulat, bibir mungil semuanya cantik tapi perangai je kekadang tak boleh blah.
Hubungan mereka berempat sangat rapat sejak kecil lagi Walaupun selalu bergaduh, bergusti keakraban mereka semakin erat. Mereka dah macam adik-beradik, yang ada seorang adik perempuan yang manja. Tidak hairanlah Eby tidak memakai tudung apabila bersama mereka. Eby dah menganggap mereka sebagai abang. Mereka saling menolong bila berada dalam kesusahan dan meminta maaf jika ada yang terasa hati.
Eby bersorak riang bila sampai di sungai. Dia menyedut udara yang segar di situ.
"Nak buat apa kat sini?"tanya Hariz.
Eby hanya senyum kepada Hariz. Senyum sinis okey. Daniel berpura-pura tidak dengar pertanyaan Hariz.
"Kita mandi nak?"ujar Daniel secara tiba-tiba.
"Kita mana bawa baju lebih. Tak cakap awal-awal." Rifqie merendamkan kakinya ke dalam air sungai. Hariz juga melakukan perkara yang sama seperti Rifqie.
Eby dan Daniel saling berpandangan. Mereka tersengih dengan peluang yang ada di depan mata.
"Tak apalah kalau macam tu. Kita buat..."ayat Daniel tergantung. Dia memberikan isyarat kepada Eby untuk menolak Hariz masuk ke sungai manakala dia menolak Rifqie.
"..korang yang mandi dalam sungai!" Daniel dan Eby menolak Rifqie dan Hariz ke dalam sungai serentak
"Daniellll!!"
"Ebyyy!!"
Jerit Hariz dan Rifqie serentak.
Sempat Daniel menampar bontotnya untuk menyakitkan hati mereka berdua sebelum menarik Eby yang membuat peace untuk pulang ke rumah.
"Korang memang tak gunaaaaa!!!!"jerit Rifqie.
Daniel dan Eby gelak terbahak-bahak mendengar jeritan Rifqie.
Balik dengan keadaan basahlah korang.
ANDA SEDANG MEMBACA
Daniel's Girl
Teen FictionPenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...
