"Maira, tolong ambilkan ubat I dalam laci." Maira merengus sambil tangannya sibuk bergerak mencalit mekap di mukanya. Daniel memicit kepalanya yang berdenyut kuat. Mengalir air matanya menahan sakit.
"You ambillah sendiri. You ada kaki kan? Bergeraklah. Jangan nak menyusahkan I pula." Daniel dipandang dari pantulan cermin. Tidak dihiraukan suaminya yang sakit di atas katil.
Gincu dipakai pada bibir mungilnya. Tas tangan diambil lalu berjalan mendekati Daniel. "I nak keluar, jumpa dengan kawan-kawan I. Maybe lewat sikit I balik. So, you tak perlu tunggu I balik."
"Tak boleh ke you teman I dekat sini. Kepala I sakit sangat." Seperti budak kecil mengadu pada Maira.
"Niel, bibik ada kan. You panggil je la dia. Tak payah nak mengada-ngada suruh I teman you dekat sini." Tanpa menjaga perasaan suaminya dia terus berjalan keluar dari bilik.
Terdengar enjin kereta di luar rumah. Semakin lama semakin perlahan bunyi enjin terdengar. Dia menggagahkan jua dirinya untuk bangun untuk mengambil ubatnya. Baru tiga langkah, dia sudah terjelopok di atas lantai akibat tidak dapat menahan rasa sakit.Ya Allah, semua ni balasan untuk aku atas perbuatan aku dulu ke?
"Eby, pandang sini. 1,2,3! Senyum." Eby membuat simbol peace sambil tersenyum manis memandang kamera. Angin laut menampar lembut pipinya.
Kemudian, Daniel meminta tolong pelancong di situ untuk mengambil gambar mereka berdua. Bahu Eby dipaut dan menunduk sedikit. Setelah selesai, pipi Eby dicium sekilas. Kameranya diambil lalu mengucapkan terima kasih kepada pelancong itu.
"Your girlfriend?" Tanya pelancong yang bernama Jensen.
Daniel tersenyum bahagia. "Nah, she's my wife."Jensen menunjukkan muka terkejut. Tidak menyangka Eby isterinya. Mereka berbual sekejap kemudian Daniel meminta diri untuk kembali pada Eby.
"Abang cakap apa dengan dia?" Topi di kepalanya dicabut lalu dipakaikan pada kepala Eby. Kasihan melihat muka isterinya yang kemerahan.
"Tak ada apa-apa pun. Dia cuma terkejut Eby isteri abang." Eby hanya tersengih. Tangan Daniel dipegang dan mengajaknya berjalan di gigi air.
"Abang, tengok ni. Cantik tak?" Cengkerang diambil lalu ditunjukkan pada Daniel. Daniel mengambilnya di tangan dan dibuang semula ke tempat asalnya.
"Jangan main benda tu sayang. Nanti luka lagi tangan tu." Eby mula menarik muncung. Daniel menunduk supaya ketinggiannya sama dengan Eby. Bibir Eby dicium sekilas. Terhambur ketawanya melihat Eby bertukar malu.
"Abang ni.." Dada Daniel ditolak perlahan. Malu dengan orang sekeliling yang memandang mereka.
"Sayang abang tak?" Eby memandang mata Daniel kemudian mengangguk perlahan. Daniel tersenyum bahagia. Malu-malu pun masih mengangguk juga.
"Cakap sayang abang. Abang nak dengar." Daniel masih mengusik Eby. Suka tengok pipi bulat tu bertukar merah.
"Abang tak naklah.. Balik nanti Eby cakap. Eby malu." Lagi kuat ketawa Daniel. Pipi Eby pula menjadi mangsa ciuman Daniel.
"Abang tuntut tau. Jom kita pergi makan. Sayang abang ni mana boleh lewat makan. Nanti gastrik menyerang baby abang ni." Tangan Eby dipimpim menuju ke restoran. Daniel layankan segala celoteh Eby yang makan banyak. Semua nak dikautnya.
"Eby..maafkan abang sayang. Maafkan abang. Abang berdosa pada sayang,pada anak kita. Abang dah sakitkan sayang hingga sayang hampir gugur. Abang dah mungkir janji abang sendiri. Abang tak jaga sayang dengan baik. Ya Allah, banyaknya dosa aku. Ampunkan aku Ya Allah. Lindungilah isteri aku dan anak aku. Peliharalah mereka Ya Allah." Kuat tangisannya kedengaran. Hanya penyesalan yang menyelubungi hatinya. Kalaulah masa boleh diputarkan, pasti dia tidak akan berlaku kejam pada isterinya.
💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗
"Mak, Eby nak tolong." Terkedek-kedek Eby berjalan dengan perutnya yang semakin membesar. Pecah ketawa kak long melihat cara Eby berjalan.
"Mak buyung sorang ni. Dah tahu perut tu besar, kenapa banyak berjalan? Nanti cepat penat." Eby mencebik dengan gelaran mak buyung. Suka hati dia je bagi gelaran.
"Eby bosanlah duduk dalam bilik tu. Bolehlah Eby tolong juga." Puan Wardi menggeleng dengan rengekan Eby. Dah nak jadi mak orang pun masih lagi manja.
Sayuran diambil di dalam plastik lalu membasuhnya terlebih dahulu. Kemudian, dihulurkan kepada Eby. Tersengih apabila dapat apa yang dia nak.
"Eby dah tahu nak letak nama apa pada baby nanti?" Tangannya terhenti apabila kak long bertanya tentang nama anaknya nanti. Dia sudah tersenyum sambil mengangguk perlahan.
"Kalau lelaki Eby nak namakan baby Aisy Darwish, kalau perempuan pula Airis Dania." Perutnya dipegang setelah menyebut nama yang akan diberi kepada anaknya. Kuatnya anak mama menendang, sayang suka ya dengan nama mama bagi.
"Eby scanlah jantina baby tu nanti. Senang sikit kak long nak beli baju dekat baby."
"Tak naklah. Kalau scan pun tak semestinya betul. Eby terima je baby ni lelaki ke perempuan." Puan Wardi senyum mendengar kata-kata Eby.
"Daniel tahu tak nama yang Eby nak bagi pada baby?" Puan Wardi menampar lengan kak long sambil menjengilkan matanya. Terus berubah riak wajah Eby.
Eby takkan beritahu Daniel tentang ni. Semuanya tidak penting bagi lelaki yang bernama Daniel Shah. Biarlah dia bahagia dengan Maira.
"Mak, Eby dah siap. Eby masuk bilik dulu ya. Penat." Pintu bilik ditutup rapat. Tubuhnya direbahkan di atas katil. Tempat di sebelahnya di sentuh perlahan. Dulu, disinilah Daniel tidur, tempat merehatkan badan dan melepaskan penat lelah selepas pulang dari sekolah.
Eby, tolonglah jangan ingatkan Daniel lagi. Dia bukan sesiapa lagi pada kau. Dia tak sayangkan kau dan dia tak nak pun anak ni. Baby.. Maafkan mama sebab baby tak dapat kasih sayang dari seorang ayah. Mama janji mama akan jaga anak mama dengan baik. Mama takkan sesekali abaikan sayang. Mama akan pastikan anak mama membesar dengan sihat. Itu janji mama sayang.
Please vote and comment💕
YOU ARE READING
Daniel's Girl
Novela JuvenilPenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...