Malam terakhir bercuti di pantai,mereka mengadakan barbeku. Rizki dan suami kak Rania membakar ayam dan sosej-sosej yang dibeli oleh Daniel,Rifqie dan Hariz petang tadi.
"Abang Rizki, Eby nak peha ayam tu,boleh?" Rizki mengerlingkan sekilas ke arah Eby sambil mengangguk. Senyuman dilemparkan ke arah sepupunya.
"Ambil la. Tangan tu dah okey ke? Nanti Daniel risau pulak." Ayam yang ditunjukkan oleh Eby diletakkan atas pinggan.
"Eby sakit tangan je bukannya kaki. Eby boleh jalan lagi la." Bibirnya dicebik. Melebih pula kalau dia berjalan pun tak boleh.
"Memang la sakit tangan. Luka Eby tu dalam jugak tau siap kena jahit bagai. Lagi satu Daniel tu jenis risau lebih, tengok muka dia tadi pun dah gelabah tahap nak pengsan." Eby tergelak. Ada ke gelabah sampai nak pengsan. Kalau Daniel dengar ni mesti kaki naik atas muka Rizki.
"Eby!" Kuat Daniel melaung nama Eby. Laju dia berlari apabila ternampak Eby bersama Rizki. Budak ni memang nak kena la. Dah tahu sakit tak boleh duduk diam.
"Tu cik abang Eby dah pecut datang sini." Sempat Rizki berbisik kepada Eby. Eby hanya tersenyum melihat Daniel dengan wajah risau.
"Eby! Kan abang dah cakap kalau nak apa-apa mintak dengan abang. Kenapa degil ni?" Tangan Eby dibelek perlahan. Risau kalau jahitan terbuka.
"Abang, tangan Eby je yang kena jahit. Bukannya kaki. Abang jangan la risau sangat." Lembut Eby berkata. Dia betul-betul rasa dihargai dengan keprihatinan Daniel.
"Ye..abang tahu tapi abang tak nak tangan tu bertambah sakit. Jom pergi duduk dekat sana,banyak asap dekat sini." Pinggan yang dipegang Eby diambil olehnya lalu tangan kecil isterinya dipimpin menuju ke arah keluarganya.
"Haihh..untungnya orang tu ada orang yang risaukan. Sape la yang nak risaukan diriku ini?" Dah nak mula dah si Rifqie ni dengan lakonan dia.
"Kita sama Qie. Tak ada orang nakkan kita. Pilunya hatiku ini." Hariz juga menyertai lakonan tak bergaji Rifqie. Dadanya dipukul perlahan seperti menahan sebak.
Daniel mula menjeling ke arah mereka berdua. Tak habis-habis nak menyakat aku,tahu la aku dengan Eby dulu tak pernah sebulu,ada je benda nak bergaduh.
"Sape yang nak risaukan korang kalau perangai kalah monyet tepi hutan. Perempuan kat luar sana tu patut risaukan diri diorang sendiri kalau berjumpa dengan korang berdua." Pedas kata-kata Rizki. Padan muka suka sangat menyakat orang.
"Sakitnya tu disini di dalam hatiku.." Rifqie meletakkan tangan di dada sambil menyanyi. Semua tergelak dengan gelagat Rifqie, kadang-kadang perangai memang annoying gila tapi kalau dia tak ada rasa tak seronok pula.
"Eii..suara dah macam pondan. Tak sedap langsung. Suara Eby lagi sedap." Tanpa rasa bersalah dia memberi komen. Rifqie mengecilkan matanya memandang Eby seolah-olah mencari idea untuk mengenakan Eby.
"Eby pernah rasa ke suara Eby sedap ke tak? Dah pernah makan,jilat,kunyah suara Eby?" Rifqie ketawa melihat reaksi Eby, muncung sedepa. Nak kenakan orang,dia yang kena balik.
"Abang tengok ni.." Lengan Daniel digoyangkan perlahan. "Eby jangan layan orang mereng macam tu nanti berjangkit dengan kita." Rifqie menjengilkan matanya mendengar kata-kata Daniel. Ada ke aku yang hensem ni dikatakan mereng?
Pinggan ayam Eby ditarik ke arahnya lalu isi ayam dicubit. Isi ayam itu dicicah dengan sos tomato dan disuakan ke mulut Eby. "Buka la mulut tu,tadi kata nak makan ayam." Perlahan Daniel berkata,hanya didengari oleh mereka berdua.
Eby menggelengkan kepalanya. "Malu la. Semua orang pandang. Nanti diorang kenakan kita lagi." Nasib baik sekarang ni malam. Tak nampak sangat budak kecik ni tengah blushing.
"Biarkan diorang tu. Cemburu lebih. Kalau abang tak suap macam mana Eby nak makan. Takkan nak makan dengan tangan kiri pulak?" Eby memandang tangan kanan yang berbalut. Haah kan..takkan nak makan dengan kiri. Terpaksa dia membuka mulutnya dan mengigit isi ayam yang disuap Daniel.
"Rifqie..suap aku jugak!" Rifqie mengambil sosej lalu disuap ke mulut Hariz. Kedua pipi Hariz ditarik kasar. "Alolo..baby ni manjanya."
Habis merah muka Eby diusik begitu. Daniel mengambil tulang ayam di dalam pinggannya lalu dibaling ke arah mereka berdua. Tepat tulang ayam mendarat di atas dahi Hariz.
"Oii! Kotor gila." Tisu diambil lalu dilap pada dahinya. Lalu tisu tersebut dilempar ke arah Rifqie yang ketawa terbahak-bahak.
Malam itu berakhir dengan gelak ketawa,sakat menyakat dan nyanyian yang sumbang dari Hariz dan Rifqie. Daniel juga menyanyi dan semestinya nyanyian tersebut ditujukan kepada buah hatinya.
💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗
Eby, Hani dan Ayra mengambil tempat duduk di hujung kantin setelah membeli makanan. Tempat duduk ni memang tempat kegemaran mereka sebab jarang orang duduk di sini. Kalau nak mengumpat pun orang tak dengar.
"Wahh! Dah lama aku tak makan nasi kerabu mak cik kantin ni." Siapa lagi yang happy go lucky antara mereka. Mesti la Hani,teruja lebih.
"Hek eleh..baru tiga hari cuti kata dah lama tak makan. Menyampah aku." Ayra menjulingkan matanya ke atas. Eby cuma ketawa dengan gelagat mereka lagipun malas menjampuk.
"Kau ni Ayra bukannya nak sokong aku." Hani menjelirkan lidah ke arah Ayra. "Yuya,tangan kau sebenarnya kena apa?" Ayra bertanya setelah dia melihat Eby makan menggunakan sudu. Nasib baik Eby kidal, jadi tak susah la dia nak makan menggunakan sudu.
"Aku pergi pantai masa cuti. Aku berlari masa aku nak tunjuk cengkerang yang aku kutip pada mak saudara aku dan tak perasan pulak ada dahan pokok yang reput jadi aku terjelopok jatuh dan tangan aku terkena botol kaca yang pecah. Dalam jugak la luka tu,kena jahit." Panjang Eby menerangkan kepada rakan-rakannya. Dia tak cakap yang Daniel membawanya ke klinik.
"Hishh..kau ni. Tak padan dengan pendek asyik nak berlari je kerja. Kan tangan kau dah kena jahit." Hani mula membebel kepada Eby. Sempat dia mengutuk Eby pendek.
Baru sahaja Eby hendak membalas kata-kata rakannya, Syafa,rakan sekelasnya mendekati mereka. "Yuya, lepas sekolah cikgu Azyanie nak berjumpa dengan kau dekat bilik sukan. Dia kata ada hal penting." Syafa menyampaikan pesanan.
Berubah raut wajah Eby apabila mendengar nama Azyanie. Hatinya mula berdebar menanti perkara yang bakal berlaku. Tidak lain tidak bukan pasal dia dan Daniel. Ya Allah..kuatkanlah hati aku.
Adrar berada tidak jauh dari mereka mendengar setiap pesanan Azyanie yang disampaikan oleh Syafa. Dia mula berasa tidak sedap hati. Azyanie tidak mengajar kelas Eby kerana Azyanie hanya mengajar menengah bawah. Selama tujuh bulan dia mengajar di sini,dia sudah masak dengan perangai Azyanie. Dia akan dapatkan apa sahaja yang dia mahu. Dan tidak mungkin dia tidak akan mengapa-apakan orang lain terutamanya budak seperti Eby.
Sis rasa la kan,cite ni makin hari makin jiwang pulak. Mesti korang naik bosan kan? 😶 Ataupun diri sis sndri yg tulis sbb tu sis rasa macam 'alah cite ni mnympah pulak aku'. Hahahahaha! Wateberr laa😆 asalkn korang enjoyy😚
Please vote and comment💕
ANDA SEDANG MEMBACA
Daniel's Girl
Fiksi RemajaPenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...
