Bab 72

7.3K 298 21
                                    

Daniel memandang telefonnya yang tidak putus berdering. Siapa lagi yang nak menelefonnya kalau bukan Maira. Perempuan ni tidak faham bahasa ke? Dah banyak kali dia memberitahu Maira supaya tidak lagi mengganggu dan mengambil berat tentangnya.

Kali ini Maira menghantar ratusan mesej melalui aplikasi WhatsApp bertanya tentang keberadaannya. Namun, tidak terdetik sedikit pun untuk membalas mesej Maira. Dia lebih rela duduk di rumah sewa buat sementara waktu daripada terus tinggal bersama manusia yang bertopengkan syaitan.

Galeri dibuka dan gambar anak lelakinya ditekan. Senyuman nipis terukir di bibirnya melihat gambar Darwish yang tersengih comel. Makin besar anak papa. Dah nak masuk empat bulan. Papa teringin sangat nak cium Darwish, peluk Darwish. Papa selalu berdoa supaya suatu hari nanti papa dapat berjumpa dengan Darwish dan juga mama. Papa rindu sangat pada Darwish dan mama.

"Eby, abang minta maaf sayang. Mesti Eby dah benci gila pada abang dengan apa yang abang dah buat pada Eby. Tapi abang berterima kasih sangat pada Eby sebab mempertahankan zuriat abang dulu. Kalau tak, mesti anak kita dah tak ada." Kekejamannya terhadap Eby dulu terlayar di fikiran. Dia tidak boleh melupakan peristiwa dia menyakiti Eby. Setiap kezaliman yang dilakukan pada isterinya seperti menyiat dalaman dirinya. Begitu pedih hatinya..

Tali pinggang di belakang pintu Daniel ambil. "Kau memang menempah bala Eby. Kau yang minta semua ni." Sinis Daniel berkata sambil mendekati Eby perlahan. Tajam mata Daniel menikam Eby sehingga berhenti di perut Eby yang semakin membonjol. Rasa meluat menyelubungi dirinya.

"Abang jangan.." Perlahan suara Eby seperti tidak terkeluar dari tekaknya kerana terlalu takut.

"Jangan apa?! Kau yang cari masalah Eby!" Terus diheret Eby ke katil dan tali pinggang dilibas tepat pada perut Eby.

"Argghh! Abang sakit." Rayuan Eby tidak dihiraukan. Rintihan Eby seakan-akan membangkitkan lagi rasa marah dalam dirinya.

"Sakit abang..tolonglah berhenti.." Sayu suara Eby meminta simpati. Badannya terasa semakin lemah. Bahagian ari-ari terasa menyengat sakit. Daniel terusan menghayunkan tali pinggang ke arah badan Eby tanpa berhenti.
Tangisan Eby semakin kedengaran perlahan.

Setelah berpuas hati, dia berhenti menyakitkan Eby. Eby yang terbaring lemah dipandang. Bahu Eby digerakkan sedikit namun tiada reaksi darinya. Matanya terpandang pada seluar Eby, ada kesan darah.

"Ya Allah.. Apa yang aku dah buat pada isteri aku? Kenapa aku lemparkan kata-kata kesat pada anak aku sendiri? Banyaknya dosa aku pada mereka berdua.." Rambutnya yang sedikit panjang diraup ke belakang. Tertekan dirinya apabila mengingati kekejamannya pada Eby. Semuanya terlayar sendiri di ingatannya tanpa dipinta. Kisah silam itu telah memakan dirinya sendiri.

💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗

Kuat kedengaran Darwish ketawa bersama Rifqie. Suka dia bila Rifqie membuat muka buruk kepadanya sambil menepuk tangan kecilnya.

"Kuatnya Darwish ketawa. Tak penat ke ni?" Tegur Eby. Terus Darwish menghulurkan tangannya supaya mamanya mendukungnya. Eby sengaja mengusik anak terunanya tidak mahu mendukungnya.

Tercebik-cebik bibir kecil milik Darwish apabila melihat Eby berura-ura ingin pergi darinya. "Eby, nak menagis dah budak ni. Dah tak macho dah anak babah ni." Pipi Darwish dicium. Darwish mula menangis di dukungan Rifqie.

Eby tersengih sambil memujuk Darwish. Darwish di dukung dan menepuk lembut belakang anaknya. Manjanya anak mama ni.. Mama usik sikit dah menangis. Macam mana mama nak tinggal Darwish untuk sambung belajar nanti?

"Senyap dah anak babah ni.. Kesian ni mama suka mengusik Darwish? Nanti bila Darwish dah besar kita usik mama pula." Eby sudah membulat mata. Suka hati nak usik kita.

"Eii..suka hati je dia panggil diri dia babah. Darwish tak ada babah muka tak hensem kan, sayang?"

"Memang babah tak hensem tapi babah bergaya kan Darwish?" Pening Darwish dibuatnya apabila Eby dan Rifqie membalas kata. Dua-duanya sama. Tak nak mengalah langsung.

"Eby, Rifqie.. Sempat korang berdua ni bergaduh dekat luar. Kesian dekat cucu nenek ni panas." Tegur Puan Wardi. Dahi cucunya yang berpeluh sedikit dilap dengan tangannya.
Terus senyap mereka berdua apabila ditegur. Rifqie menayangkan sengih tidak bersalah. Sempat dicium pipi Darwish sebelum masuk ke dalam rumah.

"Pergi mandikan Darwish tu. Habis merah badan dia berpeluh. Nanti gatal pula badan dia." Eby hanya menurut perintah. Apa lagi sukalah budak kecil bila tiba masa mandi. Suka sangat main air..




















Sis minta maaf sebab chap ni pendek. Sbenarnya semalam lgi sis buat chap ni tpi sis ingtkan nak buat pnjang lagi hari ni tpi tk boleh. Sis demam😞 sorry ya.











Please vote and comment💕


Daniel's GirlWhere stories live. Discover now