Bab 80

9.1K 352 38
                                    

"Nenek, mana mama? Mama tak sampai lagi." Terjengket-jengket kaki pendeknya melihat di luar tingkap.

"Kejap lagi mama sampai lah. Mari sini,nenek suap nasi." Pujuk Puan Wardi sambil menggamit cucu lelakinya untuk makan. Darwish menuju ke arah Puan Wardi lalu nasi bersama ayam masak merah disuap ke mulutnya.

Genap sudah tempoh empat tahun Eby belajar di London dan kini tiba masanya untuk pulang ke Malaysia. Masih lagi dia ingat reaksi Darwish ketika memberitahunya yang Eby akan pulang dan tinggal bersama dia. Meloncat-loncat gembira sampai pecah gelas kaca di lantai disepaknya.

Deruan enjin kereta kedengaran memasuki halaman rumah. Terkedek-kedek Darwish berjalan ke arah pintu sambil cuba menggapai tombol pintu yang agak tinggi baginya.

"Nenek. Cepatlah buka pintu." Rengek Darwish. Puan Wardi membuka pintu untuk si kecil. Laju Darwish berlari ke arah kereta sambil menjerit memanggil mamanya.

Darwish terus memeluk kaki Eby apabila keluar dari kereta. Eby hanya ketawa melihat anaknya begitu gembira menyambutnya pulang. Mana boleh tak rindu dekat budak gemuk ni,dia lah penguat semangatnya setiap saat.

"Mama, nak dukung." Tubuh berisi Darwish berpindah ke dukungannya. Pipi montel Darwish digomol-gomol. Terkekek budak kecil itu akibat tidak dapat menahan geli.

"Rindu mama tak?"

"Rindu." Jawab Darwish sambil mengangguk laju. Wajah Eby ditekup dan dicium pipi mamanya.

Tangan Puan Wardi dikucup sopan. Darwish di letak lalu memeluk tubuh orang tuanya erat seakn-akan tidak mahu melepaskannya. "Mak sihat?"

"Alhamdulillah. Mak sihat. Masuklah,biar kak long dengan ayah angkat barang." Tangan Eby dipimpim masuk ke dalam rumah. Tiba-tiba terdengar rengekan budak kecil di luar apabila Eby meninggalkannya.

"Sorry..mama lupa pula dekat anak mama ni. Meh sini,mama dukung." Terus Darwish di dukung. Termuncung-muncung mulut kecil mengomel entah apa-apa. Tak puas hati betul dengan mama dia lagaknya.

"Sini,nenek dukung. Kesian mama baru sampai." Puan Wardi menghulurkan tangan untuk mengambil Darwish. Leher Eby dipeluk erat. Kepalanya digeleng-geleng.

"Tak apalah mak. Nak bermanja lah ni." Kata Eby sambil tersenyum dengan gelagat manja anaknya.

Beg sandang diambil lalu mengeluarkan permainan baru untuk Darwish yang dibelinya.Cepat Darwish mencapai mainan itu dan turun dari dukungan mamanya untuk bermain.

"Eby.. Eby okey kan nenek nak buat majlis kesyukuran hari Rabu ni?"

"Eby okey je,mak. Kenapa mak tanya?" Wajah Puan Wardi dipandang. Ralit benar emaknya memerhati tingkah laku Darwish.

"Tak ada apa lah. Mak takut Eby penat je. Eby kan baru balik."

"Tak lah. Buat dekat kampung ke,mak?" Puan Wardi mengangguk menjawab pertanyaan Eby. Darwish berada berdekatannya dicuit. Sengaja ingin mengusik cucunya bermain.

💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗

Darwish menjerit nyaring apabila saudaranya mengejarnya. Bising halaman rumah dengan suara kanak-kanak ribena bermain. Sungguh Eby rindukan suasana kampungnya dan rindukan kenangan bersama sepupunya semasa kecil.

"Abang Rifqie! Tolaklah Eby." Suka hati dia mengarah abang sepupunya untuk menolaknya di atas buaian yang dibuat oleh atuk mereka. Bercakap pun masih pelat, dah tunjuk perangai mem besar dia. Rifqie hanya menurut kemahuan Eby. Buaian ditolak ke hadapan. Eby terkekek gembira dengan tangan didepakan. Tidak semena-mena dia terjatuh dari buaian.

"Huwaaaaaaaaaaaa!!" Terkejut semua orang dengan jeritan Eby yang nyaring. Rifqie menelan liur melihat tangan Eby tercalar dan mengeluarkan darah. Tak pasal-pasal pula dia yang kena marah nanti.

Laju Daniel dan Hariz mendekati Eby yang terjatuh seperti nangka busuk. "Hah! Padan muka. Dah banyak kali Hariz cakap jangan lepas tali tu. Tapi Eby degil! Tak nak dengar kata orang." Hariz menambah lagi kesakitan pada Eby dengan kata-katanya. Lagi kuat si budak berumur empat tahun itu menangis.

"Ish! Kau ni,Hariz. Dahlah dia tengah sakit. Kau marah dia kenapa?" Daniel bercekak pinggang sambil memarahi Hariz.

Lengan kecil Eby dipegang lalu menolong Eby berdiri. "Jom aku sapu ubat. Lain kali jangan lah buat macam tu lagi. Kan dah jatuh." Lembut Daniel memberi nasihat kepada Eby. Baju gaun yang dipakai Eby dikebas-kebas untuk menghilangkan debu.

Tangan Eby dibasuh perlahan. Batu-batu kecil dibuang dari luka itu. "Akitt.." Tangannya ingin ditarik dari terkena air.

"Sabarlah. Bahaya tau kalau ada batu kecil dalam luka tu. Nanti bertambah sakit tangan Eby. Nak tangan jadi makin sakit?" Eby menggeleng perlahan dengan mulut termuncung-muncung. Leher Daniel dipaut manakala matanya tidak lepas memandang tangannya yang luka sambil mendesis sakit.

"Abang Niel..akittt."

"Tahan, sikit lagi ni."

"Tak nak! Akit!

"Okey, okey..Dah siap dah. Jom kita sapu ubat." Tangan Eby dipimpim ke ruang tamu. Ubat di dalam laci di ambil dan disapu perlahan di tempat luka. Penuh berhati-hati Daniel meletakkan ubat.

"Sakit lagi?"

"Akit lagi." Tangan Eby dipegang dan ditiup-tiup. Bulat mata Eby memandang tangannya tercalar. Dah tak cantik dah.

"Jangan buat macam tu lagi tau. Dah tak pasal-pasal terjatuh. Nasib baik tak teruk." Digosok-gosok tangan kecil Eby.

"Niel,macam mana tangan Eby?" Datin Ros muncul di hadapan pintu. Risau pula dia mendengar anak buahnya menangis tadi.

"Luka sikit je. Tak lah teruk sangat. Tapi menangis tadi macam patah tangan." Tergelak Daniel apabila Datin Ros membulatkan mata menandakan dia tidak suka apa yang dikatakan.

"Meh sini mama peluk. Lepas ni, tak sakit dah." Tubuh Eby berpindah ke riba Datin Ros. Dipeluk kemas tubuh Eby yang agak berisi. Montel betul anak buah kesayangannya.

"Mama..akit." Tangannya di tunjukkan pada ibu saudaranya. Datin Ros tersenyum dan dicium lembut tangan kecil itu.

"Ni mainan yang Eby nak hari tu. Aku lupa nak bagi." Barbie doll dihulurkan pada Eby. Melebar sengihannya apabila barbie doll bertukar tangan.

"Niel..kan mama dah cakap jangan guna aku-kau dengan Eby. Eby pun panggil Niel abang,kan?" Daniel hanya tersengih. Dia dah terbiasa seperti itu.

Eby terkebil-kebil memandang Daniel dan Datin Ros bersilih ganti. Lagi pun, dia tak faham apa yang mereka berdua berbual.

"Papa!" Lamunan Eby terhenti mendengar jeritan Darwish. Papa? Siapa pula yang pandai-pandai jadi papa tak berbayar kepada Darwish ni?

Eby hanya memandang batang tubuh yang membelakanginya sambil mencium Darwish di dukungannya. Darwish ketawa gembira dapat berjumpa dengan orang itu. Siapa orang tu? Kenapa dia dah macam lama kenal Darwish?

"Mama! Sinilah jumpa papa." Eby mendekati mereka dengan perasaan berdebar apabila digamit oleh Darwish. Kenapa jantungnya gatal nak buat kerja lebih ni? Siapa lelaki ni?

"Papa..tu mama dekat belakang papa. Papa kata papa rindukan mama." Seperti bertih jagung mulut Darwish bercakap.

"Ermm..encik." Terdengar keluhan lelaki itu setelah Eby menegurnya. Saat itu,masa terasa seperti berhenti apabila lelaki itu berpaling ke arahnya. Kenapa mesti dia yang muncul? Apa lagi yang dia nak?

"Eby.."





































Sorry lama tk update🙈 sesungguhnya sis takde idea😴















Please vote and comment💕

Daniel's GirlWhere stories live. Discover now