Bab 5

7.4K 398 10
                                    

Niel, kau pergi mana?"

Tanya Nazrin.

"Aku ganti kelas 5 Alpha tadi. Kenapa?"

"Azyanie cari kau tadi."

"Kenapa pulak cari aku?"

"Entah la"

"Biarlah, jom wehh pergi makan. Lapar arhh"

Ajak Daniel.

"Kau belanja."

Kata Nazrin, tersengih-sengih.

"Kau memang."

Kantin..

Eby POV

Aku duduk sebelah rakan aku Hani yang sedang melantak nasi kerabu.

Aku pun tak tahu kenapa nasi kerabu mak cik kantin ni popular sangat.

Cuba teka aku makan apa?

Aku makan..

Aku makan..

Aku makan..

AKU MAKAN NASI KERABU LA. DAH BENDA TU JE SEDAP.

Sedang aku dengan Hani melantak nasi kerabu , aku terdengar budak form 4 bercakap pasal cikgu-cikgu hot.

Cikgu-cikgu hot?

Serious arh?

Meh kita ketawa sama-sama

#HAHAHAHAHAHAAHAHA

Siapa lagi cikgu-cikgu hot kalau bukan cikgu Adrar, cikgu Rayyan, cikgu Mikael dan cikgu Nazrin.

Eh..eh.. tertinggal seorang lagi

#cikguDaniel🐵

Tiba-tiba kawasan kantin bising dengan suara budak-budak perempuan.

Siapa lagi kalau bukan cikgu-cikgu hot tu yang datang.

"Yuya, apesal gedik nak mampus budak - budak ni. Cikgu je kot. Tak habis-habis nak menggatal."

Bebel Hani.

Semua kawan aku panggil aku Yuya, panggilan Eby pulak saudara mara aku yang panggil.

"Alah, diorang tengah garu la tu."

Kata aku.

"Huh?"

"Diorang kan tengah tengok cikgu-cikgu hot, jadi diorang tengah garu gatal diorang lah tu."

Kata aku dengan penuh bersahaja.

"Bangang la kau"

Hani menolak kepala aku dengan kasar.

Kepala aku ni beb. Aset mahal ni wehhhh.

Aku menjeling kepada Hani. Minah ni pulak tersengih-sengih macam kerang busuk.

Semasa cikgu-cikgu hot lalu di tepi meja aku dengan Hana, aku perasan yang cikgu  Adrar asyik pandang aku.

Apesal pulak cikgu ni asyik pandang aku je?

Aku mengalihkan pandangan ke arah 'cikgu' Daniel.

Nak tahu dia buat apa?

Dia jeling kat aku beb. Dalam kelas tadi bukan main baik ajar aku addmath. Sekarang ni main jeling-jeling pulak. Jadi keling baru tahu.

Pelajar-pelajar lain masih lagi bercakap pasal cikgu hot diorang.

Tahu kenapa? Sebab cikgu-cikgu kesayangan diorang makan dekat luar; meja pelajar.

Padahal ada je bilik makan untuk guru. Macam sengaja pulak diorang ni nak makan kat sini.

Aku membasuh tangan di sinki berhampiran dengan meja cikgu-cikgu hot.

Aku rasa macam ada orang perhatikan gerak-geri aku.

Aku berpaling ke arah meja tu, and yes! Memang ada orang perhatikan aku.

Cikgu Adrar.

Apesal ni wehh! Jangan dok usha aku.

I feel distracted. Somebody please help me!

Aku cepat-cepat bersihkan tangan aku, dan berpaling untuk beredar dari situ.

Tapi nasib aku tak berapa nak baik, aku terlanggar seseorang dan jatuh atas orang tu. Aku terduduk atas riba dia dan muka aku rapat di dada bidangnya.Aku terhidu sesuatu..bau maskulin.

Aku rasa nak marah gila masa tu. Mak cik kantin ni kan kenapa letak tong sampah sebelah sinki! Tak pasal-pasal aku tersepak.

Mak cik kantin pulak yang kena

"Ermm.. awak tak nak..bangun ke?"soal orang tu.

Aku perlahan-lahan mengangkat muka dari dada bidangnya. Aku mendongak ke atas untuk melihat siapa orang tu.

What the fish! Cikgu Adrar!

Sejak bila dia ada belakang aku tadi.

Aku cepat-cepat bangun dari riba dia. Baru aku perasan, aku dengan cikgu Adrar menjadi tumpuan orang di kantin.

Ramai pelajar perempuan yang memandang aku dengan pandangan tidak puas hati.

Dan cikgu-cikgu hot yang lain pulak memandang kami berdua dengan pandangan terkejut.

Daniel memandang aku dengan pandangan tajam. Dia memberi isyarat supaya aku beredar dari situ.

Aku meminta maaf dengan cikgu Adrar dan terus mengheret Hani yang masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sebentar tadi.

Semua ni gila! Mesti berita pasal aku dengan cikgu Adrar tersebar.

















Daniel's GirlWhere stories live. Discover now