Bab 23

6K 332 12
                                    

Eby termenung ke luar jendela. Melihat bintang-bintang yang terbentang luas pada dada langit. Sedikit sebanyak dapat menenangkan hatinya yang sedih.

"Kenapa buat Eby macam ni? Semua orang dah tak sayangkan Eby..semua orang paksa Eby. Semua pentingkan diri sendiri.." Dia menyembamkan mukanya di atas lengannya.

Pintu bilik dibuka dari luar. Siapa lagi kalau bukan suaminya. Malas nak berpaling melihat muka lelaki itu. Sakit hati.

Daniel meletakkan dulang yang mengandungi sepinggan nasi dengan ayam masak merah dan segelas air kosong di atas meja sebelah katil.

"Eby..makanlah sikit. Kau tak makan apa-apa lagi dari petang tadi." Daniel cuba untuk memujuk.

"Tak nak!"

"Kalau tak makan,nanti sakit. Aku juga yang susah nanti." Lembut Daniel berkata. Takkan nak disimbahkan lagi api dengan minyak.

"Sape suruh Niel kahwin dengan Eby?! Kenapa Niel pentingkan diri sendiri?! Niel tak pernah nak fikir perasaan orang lain. Niel-" Eby terus terhenti apabila Daniel memeluknya dengan ketat. Tangis yang ditahan terhambur keluar. Kelamaan baju Daniel terasa basah dengan air mata Eby.

Daniel hanya membiarkan. Kepala Eby diusap dengan penuh kasih. "Aku tahu,aku pentingkan diri sendiri. Aku minta maaf. Tapi kau kena ingat, sekarang ni kau tanggungjawab aku. Apa-apa terjadi pada kau,aku yang tanggung." Air mata yang mengalir di pipi Eby disapu perlahan dengan ibu jarinya.

Daniel tersenyum melihat pipi montel itu kemerahan. Dia tahu Eby tidak menerimanya,semua ini berlaku secara mengejut. Dalam masa yang sama dia bersyukur dapat memiliki Eby secara sah.

'I promise I'll take care of you.'

"Jom..aku suapkan kau. Semua orang risaukan kau sebab kau tak nak makan. Tak pasal-pasal jadi cicak kubeng pula." Hidung Eby dicuit sedikit.

Eby menghentakkan kaki tanda protes. Tak suka orang panggil dia cicak kubeng. Meletus ketawa Daniel melihatnya.

Daniel mendudukkan Eby di birai katil. Dia pergi ke tandas untuk membasuh tangannya. Nasi digaulkan sedikit dengan kuah. Isi ayam diambil sedikit lalu ingin disuap kepada Eby.

"Eby nak makan sendiri." Tangan Daniel ditahan.

"Tak apa la. Aku suapkan. Lagipun tangan aku dah kotor. Dah buka mulut cepat."

Nak tak nak Eby terpaksa membuka mulutnya. Tak larat nak bergaduh. Daniel senyum dengan kepatuhan Eby.

"Bismillahirrahmanirahim.."

💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗

"Niel.."Datin Ros memanggil Daniel yang baru sahaja turun. Rumahnya kelihatan sudah lengang kerana ada saudara-maranya yang telah pulang selepas subuh tadi.

"Eby macam mana? Dia okey?" Risau dengan keadaan anak saudaranya atau lebih tepat menantu kesayangan.

Daniel mengangguk perlahan. "Dia okey dah sikit. Lagipun semua ni baru lagi pada dia. In Shaa Allah, dia boleh terima semua ni."

"Baguslah kalau macam tu. Niel janji dengan mama,jangan sesekali sakitkan Eby. Cukuplah apa yang kita dah buat pada dia. Mama rasa mama dah sakitkan Eby." Sayu Datin Ros berkata. Masih dia ingat wajah Eby yang menangis,tidak sanggup untuk berkahwin. Itu pun Eby terpaksa bersetuju selepas dipujuk oleh mak dan ayahnya.

"Ma,janganlah cakap macam tu. Niel janji Niel akan jaga dia dengan baik. And I will not hurt her. I promise." Kata Daniel dengan bersungguh-sungguh.

Datin Ros mengusap lembut pipi anaknya. Dia pasti Daniel akan menjaga Eby dengan baik.

💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗

Eby termenung di tepi kolam. Kakinya direndam dalam kolam. Keluarganya sudah pulang petang tadi,hanya dia ditinggalkan di rumah ibu bapa saudaranya. Rasa janggal pula untuk menyebut mertua.

Daniel mendekati Eby lalu duduk disebelahnya. Dia menyelit rambut Eby di telinga. Eby yang terkejut terus berpaling. Ingatkan hantu kolam main-main selit rambut. Dahlah sekarang ni malam.

"Terkejut ke?" Lembut Daniel bertanya.

Soalannya dibiarkan berlalu sepi. Daniel mengeluh perlahan.

"Eby..kenapa ni? Rindu dekat mak dengan ayah?" Eby mengangguk.

"Mak dengan ayah tak sayang Eby. Diorang tinggal Eby." Adunya.

"Sape cakap mak dan ayah tak sayang Eby? Diorang sayanglah. Eby kena duduk sini sebab Eby sekarang tanggungjawab Niel."

Eby memandang Daniel dengan pandangan pelik. Dia bahasakan diri dia 'Niel'? Aku salah dengar ke?

"Kenapa pandang Niel macam tu? Ada apa-apa ke dekat muka Niel?" Daniel mengelap mukanya dengan tangan.

Sah! Aku tak pekak!

"Niel bahasakan diri 'Niel' tadi." Daniel tersenyum. Ingatkan apalah tadi pandang semacam.

"Eermm..mulai sekarang tak ada dah 'aku' 'kau'. Kita ubah sikit-sikit okey."

"Eby tak guna pun 'aku' 'kau'. Niel yang selalu guna." Bibirnya mula memuncung. Tak puas hati.

Daniel ketawa melihat muncung itu. Aipp..aku gigit jugak kang.

"Niel..nanti dekat sekolah macam mana?" Soalan itu selalu bermain di fikiran dari semalam.

"Kita terpaksa rahsiakan. Kita tak boleh bagitahu sesiapun. Niel takut akan beri kesan pada pelajaran Eby."
Daniel menarik Eby rapat ke badannya. Dahlah pakai baju lengan pendek je.

"Tapi kalau kita tertangkap?" Matanya terkebil-kebil memandang Daniel.

"Kita masuk penjara sama-sama." Daniel menjawab dengan jawapan kurang cerdik.

Eby mencubit kuat peha Daniel. Orang tanya ni jawab main-main pula.

"Arhh..sakitlah. Janganlah cubit. Tangan ni harap je kecil,kalau dah cubit orang berbisa tau." Tangan Eby digenggan dengan erat.

Eby ketawa riang. Suka dia melihat Daniel sakit. Daniel tersenyum nipis meliat Eby ketawa. Sekurang-kurangnya hilang sikit rasa sedih tu.

"Niel tak jawab lagi soalan Eby.." Eby merengek manja.

"Okey..nak jawablah ni. Kalau kita tertangkap, kita terpaksalah beritahu perkara sebenar. Kalau kita nak mengelak pun dah tak boleh. Nanti orang lain dah tak percayakan kita. Sebab, lebih baik beritahu perkara yang benar walaupun menyakitkan daripada menipu untuk jaga perasaan orang." Eby terpegun dengan sisi Daniel yang ini. Dia tidak pernah melihat Daniel yang matang. Selalunya dia bergurau kasar je.

Eby melentokkan kepalanya pada bahu Daniel. Matanya dipejam. Dia tak tahu kenapa dan apa perasaan ni,yang pasti dia berasa tenang dengan Daniel.

"Niel..Eby mengantuk."

Daniel mengusap lembut tepi kepala Eby. "Tidurlah. Nanti Niel angkat Eby masuk dalam."Makin kemas Daniel memeluk Eby.

Datin Ros yang memerhatikan mereka berdua dari jauh memanjatkan rasa syukur.

'Ya Allah berikanlah mereka berdua kebahagiaan.'

Takpe kita bagi dulu diorang ni bahagia. Nanti sis akan meremukkan,menghancurkan,dan memecahbelahkan rumahtangga diorang. Hahaha*ketawa jahat*😈

Daniel's GirlWhere stories live. Discover now