Bab 42

4.9K 257 3
                                        

Dress berwarna emerald green disarungkan pada tubuhnya. Cantik. Mukanya disolek nipis kemudian selendang berwarna mustard dililitkan pada kepalanya. Mukanya ditilik untuk kali terakhir.

"Sayang.." Pinggangnya dililit oleh sepasang tangan sasa dari belakang,siapa lagi kalau bukan Daniel. Dagu diletakkan di atas bahu Eby sambil melihat wajah isterinya dari pantulan cermin.

"Cantik." Sepatah perkataan itu mampu membuat hati perempuan Eby melonjak bahagia. Eby tersipu malu mendengar pujian dari Daniel.

Tubuh Eby dipusing perlahan menghadapnya. Selendang Eby dibetulkan sedikit. Matanya pula tertancap pada bibir isterinya. Dia mula tersengih nakal. Tangannya bergerak ke arah bibir munggil itu lalu dilap sedikit kesan gincu di tepi bibir Eby. "Pakai gincu pun boleh comot." Bibir merah itu dicium sekilas selepas selesai mengelap bibir Eby.

Pipi Eby sudah bertukar merah. Selalu je Daniel curi-curi cium. Bibirnya dimuncungkan tanda tidak puas hati. Daniel tersenyum melihat gelagat isterinya,tak pernah tak comel.

"Eby dah siap kan?" Eby mengangguk dengan pertanyaan Daniel. Beg tangannya diambil di sebelah meja solek sambil tangannya sebelah lagi di dalam genggaman Daniel.

"Kita nak pergi mana abang?" Daniel yang memakai kemeja yang sama warna dengannya dipandang. Daniel tidak menjawab malah senyuman sahaja yang terukir di bibir lelaki ini.

Eby tidak bertanya lanjut. Nanti dia akan tahu juga. Dia hanya mengikut sahaja Daniel hendak bawanya ke mana.

.

Pintu kereta dibuka oleh Daniel. Mata Eby ditutup dengan kain sebelum bertolak ke destinasi. Tangan Eby dipimpim dengan berhati-hati. Tak pasal-pasal pula isterinya jatuh,buat spoil je.

Kain di mata Eby dibuka. Matanya dikerdipkan beberapa kali,silau dengan cahaya yang menerjah ke matanya. Apabila penglihatannya kembali pulih,matanya membulat besar. Apa semua ni?

"Sayang suka?" Perlahan Daniel berbisik di telinga Eby. Daniel disebelah dipandang lalu tubuh lelaki itu dipeluk erat. Mukanya disembamkan ke dada Daniel. Terdengar esakan kecil.

"Hei..sayang jangan nangis." Kepala Eby didongakkan. Air mata isterinya dilap lembut. Alahai..isteri aku ni.

"Ab-abang buat semua ni untuk Eby?" Daniel tergelak dengan soalan Eby. Kepala diangguk mengiyakan segalanya. Tubuh Daniel dipeluk kembali. Kali ini semakin kuat Eby menangis.

"Hei..hei..sayang jangan la nangis. Abang buat semua ni untuk Eby happy bukan sedih macam ni." Kalut Daniel memujuk isterinya. Eby cuba berhenti menangis. Air matanya dilap perlahan. Persekitaran diperhati dengan penuh minat.

Sepanjang perjalanan ke arah meja, kiri dan kanan penuh dengan lilin. Romantik sangat suasana ketika itu. Di atas meja terdapat dua pinggan makan,sudu dan garpu di sebelah pinggan, ada beberapa kuntum bunga ros dan lilin.

Candle light dinner di tepi tasik. How sweet.

Daniel mengikut Eby dari belakang. Senyumannya tidak lekang dari menghiasi bibirnya. Bahagia melihat Eby gembira,dengan muka teruja dia.

"Abang banyaknya belon." Beberapa belon yang di ikat pada botol kaca ditunjuk. Terdapat banyak kertas yang dilipat kecil.

"Ada kertas la dalam botol tu." Banyak pula mulut dia. Tadi menangis sekarang ni mulut asyik dok pot pet pot pet dari tadi.

"Nanti sayang buka botol tu. Sekarang kita makan dulu." Tangan Eby digenggam lalu membawanya ke arah meja.

"Have a sit my lady." Kerusi ditarik untuk Eby. Kemudian punggung dilabuhkan di kerusi berhadapan Eby. Makanan di dalam bekas dibuka. Sphagetti diletakkan ke atas pinggannya dan Eby. Kuah dicedok ke dalam pinggan mereka berdua. Dan walaahh..sphagetti carbonara sudah tersedia.

Daniel's GirlTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang