Selepas tiga hari, sekolah digemparkan dengan kematian Azyanie. Pihak polis telah menjumpai mayat Azyanie di sekitar perumahannya setelah mendapat aduan dari penduduk.
"Aku macam tak percaya yang Azyanie dah tak ada." Mikael membuka bicara selepas membaca berita tentang Azyanie.
Adrar dan Nazrin mengangguk. "Aku rasa perkara ni ada kaitan dengan Daniel dan Yuya la." Nazrin memandang Adrar disebelahnya. Apa pula kaitannya?
"Hari tu Uncle Kamal kata dah tahu siapa dalangnya tapi tak sempat tangkap. Lepas tu, Azyanie meninggal sebelum orang jahat tu ditangkap."
"Mungkin orang tu tak puas hati dia yang kena buru dengan polis kot. Jadi dia ambil keputusan untuk bunuh Azyanie." Mikael membuat andaian sendiri. Nazrin seperti tidak berminat dengan perkara ini. Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah jua. Sesuai sangat peribahasa itu kepada Azyanie.
"Entah. Aku malas nak fikir. Semua ni dah berlaku,kita cuma perlu berdoa supaya roh dia ditempatkan dengan orang yang beriman." Adrar dan Mikael membisu setelah Nazrin berkata begitu.
Kemudian,mereka melihat Eby menuju ke arah mereka. "Cikgu,betul ke Cikgu Azyanie dah tak ada?" Polos wajah Eby bertanya. Walaupun Azyanie pernah menyakitinya,dia tetap juga bertanya tentang Azyanie.
Mereka bertiga mengangguk. "Paper tadi okey ke tak?" Nazrin menukar topik.
"Okey sikit je. Susah la cikgu." Eby membuat muka kesian. Rasa nak menangis bila teringatkan soalan tadi.
"Tak apa la. Sekurangnya awak dah usaha. Jadi hari Selasa minggu depan awak last exam la kan?" Cepat Eby mengangguk. Jelas terpancar wajah bahagia yang dia bakal menamatkan zaman persekolahan.
"Nanti saya dah boleh jumpa abang Daniel kan cikgu?" Mereka tersenyum melihat gelagat Eby. Nampak sangat dia rindukan Daniel.
"Ye..tahan untuk empat hari ni. Lepas tu, awak dah boleh jumpa Daniel." Lembut Adrar berkata. Kau beruntung sangat Daniel sebab kau dapat Yuya.
💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗
Tamat sahaja kertas terakhir, Eby tergesa-gesa pergi ke kantin untuk berjumpa dengan tiga orang cikgu itu.
"Cikgu!" jerit Eby. Ramai memandang Eby yang teruja berlari ke arah mereka. Ada juga yang berbisik tidak puas hati kerana kebelakangan ini dia rapat dengan cikgu kesayangan mereka.
"Tahniah budak kecik dah habis exam." Rileks je Mikael memanggil Eby budak kecik. Lagipun Eby sudah dianggap seperti adiknya.
"Cikgu! Saya dah besar la." Kakinya dihentak tidak puas hati.
"Tak!" serentak mereka bertiga berkata lalu mula ketawa melihat Eby menuncung.
"Jom,saya hantar awak balik." pelawa Adrar. Eby menggeleng. Dia nak jumpa dengan Daniel.
"Nak pergi hospital cikgu. Saya nak jumpa Abang Daniel. Boleh laa.." Adrar terpaksa mengalah. Kalau itu yang dia nak.
.
Pintu bilik dibuka perlahan. Daniel yang masih terlantar di atas katil dipandang.
"Assalamualaikum abang. Eby dah habis exam. Lepas ni, Eby dah boleh jaga abang sampai abang sihat. Abang cepat sedar ye..Eby rindukan abang." Pipi Daniel dicium penuh kasih.
"Abang, terima kasih sangat sebab abang dah banyak ajar Eby selama ni. Soalan yang abang suruh Eby buat latihan hampir sama dengan soalan exam hari tu. Kalau bukan sebab abang Eby dah tak boleh nak jawab tau. Terima kasih ye abang." Tubuh Daniel dipeluk sambil meletakkan kepalanya di bahu Daniel.
Tiga orang lelaki itu memerhati perlakuan Eby. Mereka dapat rasa yang Eby begitu menyanyangi Daniel. Walaupun sibuk dengan peperiksaan,sempat dia bertanya khabar Daniel walaupun tiada sebarang perubahan.
"Err..excuse me. Betulkan ni bilik Daniel?" suara asing menegur mereka. Terkedu mereka melihat orang di hadapannya. Tak mungkin!
Mesti korang dpt teka siapa dia kan? *muka pasrah* tapi takpe yg pnting korang xdpt teka mcm mna ending nnti hahahahaha🙈
Please vote and comment💕

ANDA SEDANG MEMBACA
Daniel's Girl
Teen FictionPenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...