Adrar memandang Dato' Kamal dengan penuh tanda tanya. Macam mana Eby boleh berjalan seorang diri pada waktu malam begini? Tidak risau ke Daniel pada Eby?
"Adrar,terima kasih sangat tolong hantarkan Eby ke sini." Adrar hanya mengangguk.
"Mana Daniel, uncle?" Bayang Daniel dicari sejak dari tadi lagi. Eby di sebelah Datin Ros dipandang simpati.
"Ermm..ada. Macam mana kamu boleh ada dekat KL? Tak kerja ke?" Adrar perasan Dato' Kamal seperti hendak menular topik.
"Saya ada kursus dekat sini. Sebelum balik tadi saya lepak dengan kawan saya dulu. Lepas tu saya perasan ada budak-budak lelaki mengganggu Yuya. Masa tu saya tak tahu lagi budak perempuan tu Yuya." Dato' Kamal tersenyum pahit. Bersyukur sangat Adrar yang menjumpai Eby pada waktu-waktu begini.
Adrar meminta diri untuk pulang apabila tepat pukul 3.00 pagi. Eby masih lagi memeluk Datin Ros, tidak mahu melepaskan ibu mertuanya.
"Mama..Eby rasa kotor sangat.. Kenapa Abang Niel buat Eby macam ni? Kenapa dia dah tak sayangkan Eby?" Habis basah baju Datin Ros dengan air mata menantunya. Lengan Eby diusap lembut. Dia juga sedih dengan perubahan Daniel sekarang. Tidak putus doanya untuk Daniel supaya ingatannya pulih seperti dulu.
💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗
"Pandai pulak kau balik rumah? Ingatkan manja sangat." Eby tidak berpaling ke arah suara itu. Pandangannya ditumpukan pada kolam. Siapa lagi yang suka sakitkan hati dia kalau bukan Daniel?
Daniel mula rasa bengang dengan Eby. Rambut Eby dicengkam dan ditarik kuat. Bagai nak tercabut kulit kepalanya. "Abang..sakit. Tolonglah lepas.." Tangan Daniel di rambutnya cuba dilepaskan sambil meringis kesakitan. Matanya berair menahan cengkaman Daniel yang kuat.
"Kau nak suruh aku lepas!? Perangai kau tu macam setan, kau ingat aku tak sakit hati ke hah?!" Sebelah lagi tangannya juga naik menarik rambut Eby. Tersedu-sedu Eby menangis. Kenapa abang berubah sampai macam ni?
Wajah Eby yang merah melepaskan tangisannya dipandang. Terus gambaran yang tidak jelas menyerang kepalanya sehingga dia menjerit kesakitan. Tangannya sudah melepaskan rambut Eby.
"Arghhhhhh!!"
Eby mengelap air matanya di pipi. Jelas risau raut wajahnya memandang Daniel kesakitan. "Abang..abang sakit ke? Abang okey tak ni?"
Tangan Daniel dipegang untuk menyalurkan kekuatan kepada Daniel namun ditepis kasar. "Kau tak payah nak sentuh aku la bodoh!"
Entah dari mana Maira datang, tubuh Eby ditolak menjauhi Daniel. Hampir sahaja Eby terjatuh ke dalam kolam. Daniel ditolak masuk ke dalam rumah. Maira juga ditepis oleh Daniel dan terus masuk ke dalam biliknya.
Katil cuba dipanjat dengan kudrat yang ada namun gagal sehingga tergolek jatuh ke lantai. Eby bergegas masuk ke dalam bilik apabila terdengar Daniel mengerang kesakitan.
Tubuh Daniel dipapah untuk diletakkan di atas katil. Kepalanya masih lagi berdenyut sakit sehingga mengalir air mata di tepi mata. Ubat Daniel dicari lalu air masak dituang ke dalam gelas. Daniel menelan ubat dengan rakus lalu meletakkan kembali kepalanya di atas bantal.
Maira yang ingin masuk ke dalam bilik tersebut ditarik kasar oleh Datin Ros. "Kau datang tak diundang, jangan kurang ajar nak masuk ke dalam bilik anak menantu aku!"
"Auntie, saya cuma nak tengok keadaan Daniel je."
"Tak boleh! Aku tak izinkan kau masuk. Kau keluar dari rumah aku. Kau keluar!" Maira ditolak keluar dari rumahnya lalu dihempas kuat pintu rumah.
Peluh di dahi Daniel dikesat dengan tangannya. Dada Daniel mula berombak teratur diusap perlahan. Kerutan muka Daniel diperhati, mata Daniel terbuka dengan tiba-tiba menyebabkan dia tersentak dari memerhati wajah Daniel.
Tangan Eby yang masih berada di dadanya dipegang. Kenapa setiap gambaran tadi semuanya muka perempuan di hadapannya? Kenapa susah sangat aku nak percaya dia isteri aku? Tapi aku cintakan Maira bukan budak ni.
"Kau tak penat ke setiap hari kena maki dengan aku?"
Wahhh👏👏👏👏👏 tk sngka sis semangat gila smpai triple update hari ni😆
Sis tahu semua sakit hati dngn Daniel. Sis tk kisah pun korang nk sokong Daniel or Adrar. Tpikan sis nk buat ending brdsrkan readers sis la😘
Okehhh.. Sape stuju Eby dngn;
A. Daniel
B. AdrarSis nk korang yg tntukan ending cerita ni. Sebab sis pun dlm dilema sama ada nk buat Eby brsama Daniel atau Adrar.
Pleaseee~ silent readers pun please komen utk kali ni je sbb sis betul2 tk tahu nk pilih siapa👉👈 jngn ingat sis mmbatak nk ramai orang komen pulak😁 sbb sis bukan yg jnis macam tu.
And sis akn buat ending brdsrkn pilihan korang. Korang jgn risau,sis dh ada idea utk wtk yg korang pilih nnti.😊 tolong sis yee...
Please vote and comment💕

ANDA SEDANG MEMBACA
Daniel's Girl
Ficțiune adolescențiPenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...