Bab 11

6.4K 363 5
                                    

Eby POV

Aku turun dari kereta ayah setelah sampai di kampung. Hmm..malasnya. Dah la banyak kerja sekolah. Mak la ni aku tak nak balik, tapi dia paksa jugak.

Tahu-tahu je la kalau dah jumpa sepupu-sepupu aku yang gila ni. Lagi la tak terbuat kerja sekolah.
Tapi bukan Daniel. Mamat tu bukan je gila tapi sewel. Hahaha!
Hish! Kau ni Eby mengumpat je kerja.

Masuk je dalam rumah mata aku yang suci lagi murni ni terlihat manusia yang paling bangang abadi ni tengah terbongkang tidur atas sofa dengan tak pakai baju. Ya ampunnnnnn...

Kan aku dah cakap sepupu-sepupu aku ni memang gila dan tak tahu malu. Ok, tak tahu malu tu aku baru cakap. Tengok la ni ada tiga orang jantan yang tengah tidur tak pakai baju. Bencinya aku!

Aku mendekati mereka untuk melihat gerangannya. Ohh, ada Hariz..Rifqie..dannn...
DANIEL.

Wehhh..peluang ni. Cepat-cepat aku keluarkan telefon Lenovo aku yang mungkin esok lusa aku humban dalam tong sampah ni untuk ambil gambar Daniel. Hahaha!

1..2..3! Snap! Snap! Snap!

Yeay! Ada 8 keping gambar Daniel tengah tidur.

Aku bergerak ke arah Rifqie pulak. Snap! Snap! Snap! Aku tutup mulut sebab aku tak nak diorang tersedar mendengar aku tengah gelak.

Lastly.. Hariz. Berdebar gila aku rasa. Jangan la kau sedar Hariz. Okehh,done!

Aku cepat-cepat beredar dari ruang tamu dan pergi ke dapur.
"Assalamualaikum wahai nenek, atuk, ibu dan ayah saudaraku dan sepupu-sepupuku lagi cantik dan handsome semuaaaaaa..."

"Waalaikumussalam. Cucu nenek seorang ni datang dari mana? Takkan dah bergusti dengan tiga orang tu dah,"nenek dah sedia maklum kalau aku datang sini memang tak sah kalau tak bergaduh dengan tiga ekor yang terbongkang tidur dekat ruang tamu tu. Ketua diorang tu mesti la Daniel. Sebab dia yang paling kuat menyakat aku.

"Mana ada. Eby buat benda yang palingggg terbaik tadi"ujarku dengan nada gembira.

Diorang sakat aku tahu la apa yang aku nak buat dengan gambar diorang tu. Hehehe..

Mama hanya menggeleng melihat keletah aku. "Dah mari duduk sini, makan. Mama masak lauk fovourite Eby." Aku melihat ayam masak merah yang terhidang di atas meja makan. Sedapnya!

Aku mengambil pinggan mencedok nasi dengan berhati-hati. Aku duduk di sebelah sepupu aku yang paling cantik, Kak Rania.

"Kak Rania nak tu.." Aku menunjukkan lauk kegemaran aku. Hish Kak Rania ni, dah la cantik baik pulak tu. Lemah lembut je kalau nak dibandingkan dengan aku. Aku ni dengan lelaki pun aku bertumbuk. Tapi aku tak kisah sebab diorang yang start dulu.

"Eby, macam mana Daniel dekat sekolah? Ada buli Eby ke?"tanya mama kepada aku.

"Tak ada la mama. Eby jarang jumpa dengan Daniel kat sekolah sebab dia tak mengajar kelas Eby pun." Aku menyuap nasi ke mulut. Ya ampun sedapnya!

"Bagus la macam tu. Mama risau lagi dia buli Eby je. Mama ada depan dia pun sempat lagi nak kenakan Eby."

"Tapi dekat rumah Kak Wardi la jadi bising dengan suara diorang. Daniel menyakat, Eby menjerit. Ada satu hari tu diorang bergaduh sebab berebutkan ayam goreng je."

Alahh mak ni, mulalah tu nak buka cerita pasal orang. Malulah semua orang dengar. Suami kak Rania pun gelak.

"Makkk.. Jangan la cerita. Malulah Eby." Aku memuncung mulut tanda tidak puas hati.

"Masa bergaduh tak tahu malu pulak. Kan ayah kahwinkan Eby dengan Daniel je baru senyap nanti." Ishh..ayah ni tak payah la sebut pasal kahwin. Geli tau lebih-lebih lagi dengan mamat tiga suku tu.

Papa pulak cepat je dia setuju dengan dengan cadangan ayah. Huh! Tak nak layan!

"Atuk! Tengok papa dengan ayah ni. Eby tak nak la. Daniel tu dah la perangai entah apa-apa,"aduku pada atuk.

Atuk mengusap kepala aku. "Kalau tak nak jaga la perangai. Atuk tengok perangai cucu bongsu atuk ni makin kasar. Nanti tak ada lelaki suka tau"

Kalau atuk yang cakap terpaksa aku mengiyakan sahaja. Aku memeluk tangan atuk. Kesian atuk selalu je sakit.


Daniel's GirlWhere stories live. Discover now