Eby mendukung Darwish pergi ke dapur. Semua beg pakaiannya dan Darwish telah dibawa masuk oleh kak long. Sudah lama dia tidak menjejakkan kakinya ke kampung nenek dan atuknya. Rindu zaman kanak-kanak, selalu datang sini bermain dengan sepupu-sepapat
"Assalamualaikum semua. Aisy Darwish datang ni." Tangan kecil Darwish dilambai-lambai.Semua mata terarah kepada Eby dan Darwish. Makin comel pula ibu muda seorang ni dengan anak di dukungan.
"Waalaikumussalam. Cicit Mak Tok dah sampai. Sini Mak Tok nak dukung." Nek Yam menghulurkan tangan untuk mengambil Darwish. Cepat-cepat Darwish memeluk leher mamanya dan menyembamkan mukanya di celah leher mamanya. Masih malu dengan Mak Tok yang baru dikenalinya.
"Dia malulah ni nek. Kalau dia dah kenal semua orang, orang dukung pun dia dah tak kisah." Nek Yam ketawa dengan keletah cicitnya. Diintai sedikit muka Darwish yang disorok di celah leher Eby. Terkebil-kebil matanya melihat Mak Toknya.
Nek Yam mencuit sedikit pipi tembam Darwish. Muka Darwish ada iras-iras Daniel. Rindu pula pada cucunya itu tetapi dia perlu menjaga perasaan Eby. Kasihan melihat ibu muda ini bersedih.
"Dah,dah la Yam dok usik Darwish tu. Menangis nanti budak tu." Tegur Pak Hisham. Nek Yam tidak mempedulikan suaminya. Masih juga mengagah-agah Darwish. Apalagi, tersengih nampak gusi budak kecil tu.
"Eby, duduklah. Macam tak biasa pula dia." Eby hanya akur lalu melabuhkan punggung di kerusi sebelah Rania. Darwish sudah berpindah ke riba neneknya. Main liur pula si comel ni.
"Eby sihat?" Tanya Rania setelah lama tidak berjumpa dengan sepupunya. Semua sudah tahu tentang hubungannya dengan Daniel. Sebab tu, tiada seorang pun yang bertanya tentang Daniel.
"Eby sihat je. Cuma kurang tidur je. Darwish asyik meragam tengah malam."
"Biasalah. Baby lagi kan. Banyak ragamnya."
Hanya senyuman diberikan kepada Rania. Memang betul apa yang dikatakan. Dato' Kamal dan Datin Ros memberi salam dari luar. Mertuanya sudah sampai dari Kuala Lumpur.
"Hai cucu tok ma. Sihat ke budak gemuk sorang ni?" Darwish diambil dari Puan Wardi lalu dicium bertalu-talu pipi cucunya. Bising mulut Darwish bila berjumpa dengan Tok Ma dan Tok Pa dia.
"Amboi! Dengan Mak Tok malu. Bila jumpa dengan Tok Ma dia dah tak malu dah." Eby tersenyum dengan gelagat anaknya.
Tak apa sayang. Walaupun papa tak sayang Darwish, semua orang sayangkan ada untuk beri Darwish kasih sayang. Mama takkan biarkan anak mama rasa kekurangan.
.
Datin Ros mendekati Eby yang menepuk perlahan punggung Darwish di atas toto bayi di ruang rehat. Dato' Kamal dan Pak Hisham juga berada di situ sambil berborak-borak kosong.
"Dah tidur.." Eby mendongak memandang Datin Ros sambil tersenyum. Wajah lena anaknya dipandang. Bergerak-gerak mulut kecil dia.
"Eby, mama nak bincang sesuatu dengan Eby." Kedengaran serius suara ibu mertuanya. Badan Darwish diselimutkan lalu memandang Datin Ros. Nak bincang pasal apa pula?
"Apa dia mama?"
"Eby dapat surat tawaran untuk sambung belajar kan?" Jelas wajah Eby terkejut. Setahunya dia tidak memberitahu apa-apa pada Datin Ros. Dia hanya membisu dan tidak memberi sebarang reaksi.
"Eby..mama tak paksa Eby. Cuma mama nak Eby fikirkan masa hadapan Eby. Eby tak nak ke berjaya seperti orang lain? Ada ijazah semua tu." Eby menundukkan wajahnya sambil mengeluh perlahan.
"Mama, Eby nak sangat sambung belajar. Tapi tempat tawaran tu jauh sangat. Dekat London. Nanti siapa yang jaga Darwish? Dia kecil lagi." Kepala Darwish yang baru tumbuh beberapa helai rambut diusap sayang. Dia tidak boleh berpisah dengan anaknya.
"Semua orang boleh tengokkan Darwish,sayang. Nenek dengan atuk dia ada. Mama dengan papa pun boleh jaga Darwish."
"Kalau Eby rindu Darwish macam mana? Eby tak nak berpisah dengan Darwish. Lagipun,tempoh belajar dekat sana empat tahun. Lama tu ma.."
Seperti hendak menangis Eby berkata. Dia nak tengok anaknya membesar di depan matanya sendiri.
"Mama dan papa boleh bawa Darwish jumpa dengan Eby. Eby jangan pula salah faham. Mama bukan nak pisahkan Eby dengan Darwish. Tapi mama nak Eby berjaya. Result Eby kan bagus, jadi apa salahnya Eby sambung belajar dan kejar cita-cita Eby." Bahu Eby digosok-gosok perlahan. Dia tahu Eby dalam dilema untuk memilih antara impiannya ataupun Darwish.
"Papa sokong tu Eby. Jangan jadikan Darwish penyebab Eby tidak boleh sambung belajar. Ramai dekat sini boleh jagakan Darwish tu. Bila Eby rindu, papa dengan mama bawalah si montel ni jumpa dengan Eby. Papa faham perasaan Eby tak nak berpisah dengan Darwish."
Dato' Kamal mencelah setelah dia mendengar perbualan isteri dan menantunya. Dia tak nak tahap pengajian Eby hanya setakat SPM kerana Eby sebenarnya budak yang pandai. Lagi pula, perjalanan hidupnya masih panjang.
"Papa,mama.. Bagi Eby masa ya. Eby perlu fikir pasal ni baik-baik. Bila Eby dah ada jawapan Eby bagitahu." Lembut Eby berkata kerana perasaan orang tua sangat dititikberatkan olehnya.
"Yalah..mama hormat apa-apa pun keputusan dari Eby. Jangan rasa terbeban pula." Eby mengangguk perlahan. Darwish yang lena dibuai mimpi dipandang sayu. Apa mama perlu buat sayang?
Please vote and comment💕
YOU ARE READING
Daniel's Girl
أدب المراهقينPenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...