Bab 22

5.8K 305 9
                                    

Hari demi hari berlalu, esok merupakan hari yang bakal menamatkan zaman bujang bagi Daniel.

Dia mengeluh perlahan. Saudara-maranya semua berada di tingkat bawah. Riuh suasana di rumahnya dengan suara sepupu-sepupunya yang masih kecil. Biasalah cuti sekolah seminggu.

Dia leka memerhatikan kanak-kanak yang bermain di luar rumah dari koridor biliknya. Malam-malam masih bermain lagi.

Matanya beralih pula ke arah orang yang paling rindui. Eby.. Budak itu seronok berbual dengan Hariz dan Rifqie. Kadang-kadang dia ketawa dengan lawak bodoh mereka.

Sedih Daniel mengingati perkara yang berlaku semalam. Eby langsung tidak melayannya. Dia hanya senyap bila Daniel cuba berbual dengannya. Hariz dan Rifqie juga perasan dengan kedinginan Eby terhadap Daniel. Selalunya mereka berdua yang selalu bising. Kalah kanak-kanak ribena.

Daniel tidak lepas memandang Eby. Biarlah, mulai esok dia cuba untuk lupakan Eby.

Apabila terasa dirinya diperhatikan, Eby mendongak memandang koridor bilik Daniel. Daniel mengalihkan pandangannya ke arah lain setelah tertangkap oleh Eby. Terus dia masuk ke dalam bilik, tidak mahu lagi melihat Eby nanti semakin rindu.

Dia merebahkan tubuhnya ke atas katil yang bersaiz king. Wajah Eby cuba dipadamkan tetapi semua itu hanya sia-sia. Matanya dipejam, tanpa disedari, air mata lelakinya mengalir hanya kerana seorang perempuan. Budak perempuan.

'Eby.. I love you..damn much.'

💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗

"Cepatlah! Dah lambat dah ni." Dato' Kamal bersuara. Semua kalut memasukkan dulang hantaran ke dalam kereta. Ada lagi yang sempat menilik dirinya di cermin bersebelahan tangga. Kalah pengantin pula.

"Ni Daniel mana Daniel? Batang hidung belum nampak lagi ni?" Rumah banglo ini bergegar dengan suara Dato' Kamal je. Dia yang kalut sebenarnya.

Semua orang mengangkat bahu tanda tidak tahu. "Eby, tolong panggilkan Daniel. Dia dekat bilik. Tolong ya sayang." Pinta Datin Ros kepada anak buah kesayangannya.

Terpaksa Eby mendaki anak tangga untuk ke bilik Daniel. Baru sahaja dia ingin mengetuk pintu bilik itu, muka Daniel menjengah pandangannya. Dalam diam Eby memuji Daniel yang memakai baju melayu satin lengkap bersamping dan bersongkok.

'Handsome.'

Eby berpaling untuk turun ke bawah. Dia meninggalkan Daniel yang berdiri di muka pintu berseorangan. Daniel tersenyum melihat Eby memakai baju kurung moden yang berwarna putih itu. Dia sendiri yang membeli baju kurung itu kepada Eby semasa ingin menghadiri majlis makan malam syarikat papanya.

Eby pergi ke arah cermin bersebelahan tangga untuk membetulkan selendangnya yang berwarna brown mocha

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Eby pergi ke arah cermin bersebelahan tangga untuk membetulkan selendangnya yang berwarna brown mocha. Matanya dijulingkan ke atas untuk membetulkan awning.

Rifqie yang melihat Eby begitu, mengeluarkan telefonnya untuk menangkap gambar Eby. Dia tidak sempat untuk melakukan perkara itu apabila Hariz menampar bahunya kuat.

"Kau jangan macam-macam. Nanti budak tu menjerit bertambah bising nanti. Dahlah dari tadi pak ngah tak berhenti membebel." Mereka berdua terus ketawa melihat Dato' Kamal bercekak pinggang melihat Daniel yang baru sahaja turun.

"Hah!? Kamu ni ke mana? Nak kahwin ke tak nak?" Mengekek Hariz dan Rifqie ketawa Daniel 'diserang' oleh Dato' Kamal.

"Dah! Jom gerak sekarang nanti lewat pula." Puan Wardi berkata sambil mengheret Eby di depan cermin. Tak habis-habis dengan selendang dia.

💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗

Datin Ros mula berasa resah apabila pengantin belum sampai. Dah setengah jam mereka menunggu, tetap belum sampai lagi. Datin Ros mula berasa geram melihat anaknya tenang seperti tiada apa yang berlaku.
"Niel,cuba call Maira. Kenapa belum sampai lagi ni?"

"Sabarlah ma.. Nanti sampailah tu. Mana tahu jalan sesak ke?" Bersahaja Daniel membalas.

"Kamu ni nak kahwin ke tak nak? Sedap dia je suruh kita bersabar!" Datin Ros mula hilang sabar.

Daniel mendengus lalu keluar dari masjid. Nombar Maira didail. Dia mendail sekali lagi apabila panggilannya tidak dijawab.

"Helo.. " sapa suara di sana. Suaranya serak seperti baru bangun.

"Helo,Maira. You dekat mana?" Terus diterjah Maira dengan soalan.

"I dekat rumah la. You ni sape?"

"Maira! Are you kidding me? Takkan you tak ingat hari ni kita kahwin?" Suara Daniel naik seoktaf.

Maira mengeluh. Daniel rupanya. "Daniel.. I'm so sorry. I-I..dah kahwin."

"What?! Kau ni memang tak guna,kan! Kenapa kau tak bagitahu aku?!" Tiada lagi 'I' 'you.Datin Ros yang melihat anaknya seperti marah mendekatinya.

"I'm sorry.. isk..isk.. I takut nak bagitahu you. I terpaksa Niel.. I-"

"Shut up! I don't want to hear anything from you! Kau dah rosakkan semuanya perempuan!" Panggilan itu terus dimatikan tanpa mendengar penjelasan Maira. Tidak kisah wanita itu menangis. Sakit hati dipermainkan.

"Niel.. Is it everything alright?" Datin Ros berhati-hati bersuara.

Daniel mengerling ke arah mamanya. Sayu dia memandang wajah Datin Ros. Dia cuma kesiankan mama dan papanya. Mereka bersusah-payah untuk semua ni.

"Maira.. Dia takkan datang,ma. Dia dah jadi isteri orang lain." Daniel menunduk, sedih untuk melihat wajah orang tuanya.

Datin Ros hanya membisu. Terkejut dengan kenyataan ini. Dato' Kamal mendekati anak dan isterinya. Dia kehairanan melihat wajah sugul isterinya.

"Abang..Maira takkan datang. Dia dah cemarkan nama kita." Datin Ros memeluk suaminya. Dato' Kamal menggosok perlahan belakang isterinya,untuk menenangkannya.

Pedih hati Daniel melihat mamanya menangis. Dia meraih tangan Datin Ros lalu menciumnya.

"Niel minta maaf ma."

Dato' Kamal membuat keputusan untuk membatalkan sahaja majlis ini. Namun niatnya terhenti apabila Daniel menegahnya.

"Majlis ni tetap diteruskan pa."






Happy New Year for my readers.🎊 Sis harap story ni dapat habis sebelum bulan 3 ni atau lebih tepat sebelum sis masuk matrik or universiti nanti. Kalau tak memang tak sempat nak update. Menangis la nanti😆

Daniel's GirlWhere stories live. Discover now