Bab 67

6.6K 269 15
                                    

Puan Wardi gelisah di luar bilik rawatan. Begitu juga Dato' Kamal, Datin Ros dan Hariz. Baru sahaja Eby boleh keluar dari hospital, dah ada musibah lain yang menimpa Eby.

Dato' Kamal mendail nombor seseorang. Tegas sahaja riak wajahnya. Hati tuanya kuat mengatakan bahawa kejadian tersebut seperti dirancang oleh seseorang. Dia tidak mahu menuduh melulu kerana ia akan memakan dirinya juga suatu hari nanti. Lebih baik perkara ini disiasat terlebih dahulu.

"Helo, Khairul. Saya ada tugas untuk awak." Kata Dato' Kamal setelah panggilan dijawab.

"Apa dia Dato'?"

"Saya nak awak siasat siapa dalang yang cuba menembak menantu saya di hospital. Pasal duit awak jangan risau." Wajah risau isteri dan kakak iparnya dipandang. Dia seperti tahu siapa dalangnya tetapi dia ingin perkara ini disiasat terlebih dahulu. Bukti diperlukan sebelum dia memberitahu semua orang.

"Baiklah Dato'. Saya akan siasat hal ni. Yang lain Dato' jangan risau." Dato' Kamal mengangguk lalu memutuskan panggilan. Dia percayakan Khairul. Sudah banyak tahun Khairul diupah untuk menyiasat perkara yang mencurigakan. Dan hasilnya tidak mengecewakan.

"Mak, mama.." Semua berpaling ke arah suara itu. Puan Wardi bangun dan terus memeluk Eby dengan ketat. Syukur anaknya tidak cedera teruk. Cuma tangannya luka sedikit.

Giliran Datin Ros pula memeluk Eby setelah Puan Wardi melepaskan Eby. "Sayang tak apa-apa kan?" Eby mengangguk lalu tersenyum manis.

"Tapi, cikgu yang cedera teruk." Berkerut dahi Hariz. Cikgu? Orang yang selamatkan Eby tadi ke?

"Cikgu mana?" Tanya Puan Wardi.

"Cikgu yang selamatkan Eby. Dia cikgu matematik Eby tahun lepas." Bulat mata Eby memandang semua orang. Kemudian, terdengar seseorang bersuara di belakang, menegur mereka.

"Adrar."

Adrar hanya tersenyum. Dia menyalami Dato' Kamal dan Hariz. "Uncle dengan auntie sihat?" Begitu prihatin Adrar bertanya.

Mereka berdua mengangguk. "Adrar macam mana boleh ada dekat sini?"

"Saya sebenarnya melawat kakak saya yang baru bersalin sebab sekarang ni cuti sekolah. Tu tadi saya nampak ada seseorang acukan pistol pada orang perempuan mengandung dari dalam kereta. Saya tak tahu pula orang tu sebenarnya Yuya." Eby dikerling sekilas. Ketara sangat perutnya sekarang. Tidak menyangka perempuan yang disukai dalam diam sudah mengandung.

"Kamu nampak ke muka orang yang buat tu?" Jelas wajah Dato' Kamal begitu mengharap. Hampa mukanya apabila Adrar menggeleng. Keluahan berat dilepaskan.

"Mana Daniel? Tak nampak pun dia?" Adrar terus menukar soalan lain apabila melihat orang tua itu sedih terutamanya Eby. Dia terlupa Daniel hilang ingatan dan masih belum dapat menerima Eby.

"Cikgu, bahu cikgu okey ke?" Baju Adrar yang berlumuran darah dipandang. Seram pula tengok darah banyak-banyak.

"Sakit sikit. Awak jaga diri baik-baik Yuya sebab saya rasa orang tu macam sengaja nak tembak awak." Nasihat Adrar. Eby mengangguk faham.

Puan Wardi terus meminta diri apabila jam menunjukkan 12.30 tengah hari. Lewat pula sampai ke rumahnya nanti. Tangan Eby dipimpin berjalan ke arah keretanya dengan diawasi oleh Hariz. Risau jika kejadian seperti tadi berulang.

"Eby."

Eby berpaling ke arah Hariz dengan wajah kemerahan akibat cuaca terlalu panas. "Pinjam handphone Eby." Tangannya dihulurkan kepada Eby.

"Hariz nak buat apa?"

"Adalah." Nak tak nak Eby memberi jua kepada Hariz. Dia hanya memandang Hariz membuang sim kad ke atas jalan lalu menggantikan sim kad yang baru ke dalam telefonnya.

Daniel's GirlWhere stories live. Discover now