Eby tidak sabar untuk pulang ke rumah untuk menunjukkan kertas peperiksaannya kepada Daniel. Senyuman menghiasi bibirnya sepanjang waktu.
Eby bertembung dengan Daniel di tangga ketika menuju ke tandas. Daniel pula baru sahaja selesai sesi mengajar di kelas tingkatan 4.
"Niel.." Perlahan Eby memanggil Daniel,tidak mahu orang lain mendengar walaupun tiada sesiapa pun melainkan mereka berdua.
Daniel terhenti apabila Eby memanggilnya. Dia tersenyum melihat wajah Eby yang berseri-seri. Mesti ada sesuatu nak bagitahu ni.
"Niel,Eby dah tahu markah addmath Eby." Jelas Daniel semakin teruja untuk mengetahuinya. Kena prepare la hadiah apa-apa kalau Eby dapat markah lebih seperti yang dijanjikan.
"Dapat berapa?" Geram melihat Eby mengangkat kening berulang kali,terus dicubit pipi montel. Main-main pulak budak kecik ni.
"Tak nak la bagitahu lagi. Niel cubit pipi Eby. Nanti balik rumah baru Eby bagitahu." Pipinya digosok perlahan. Merajuk dengan Daniel,suka sangat main cubit orang.
Daniel ketawa melihat memuncung sedepa. Budak ni memanglah! Merajuk pun comel. Nasib baik dekat sekolah,kalau dekat rumah dah lama muncung tu dia cium.
"Alolo..sorry sayang. Dah tak nak merajuk. Nanti Niel beli McDonald. Nak?" Laju Eby mengangguk. Kalau pasal makan dia takkan tolak.
"Eby nak burger dan ayam yang spicy tu. Lepas tu Eby nak air coke." Lengan Daniel digoyangkan sambil membuat muka comel. Tiada lagi muncung sedepa.
"Ehem!" Kuat deheman dari arah belakang Daniel. Terlepas tangan Daniel yang dipegang Eby. Kedua mereka terkejut melihat orang itu berdiri tegak berdekatan dengan mereka sambil memandang tajam mereka berdua. Eby menunduk,takut dengan bakal dihadapinya.
"Nazrin."
💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗
"Kau ni dah kenapa Daniel?!" Kuat suara Nazrin memarahi Daniel. Dia tidak suka rakannya melakukan perkara sebegitu.
"Kau tu cikgu! Kalau pelajar atau cikgu lain nampak macam mana? Kau mungkin kena buang kerja la Daniel kalau kau perangai macam ni!"
Daniel hanya membisu. Masih berkira-kira sama ada nak beritahu atau tidak perkara yang sebenar.
Nafas dihembus dengan kuat. Dia kena beritahu jugak. Nanti jadi fitnah pulak.
"Naz.."
Nazrin menjeling ke arah Daniel. Geram melihat perangai tidak semenggah rakannya. Nasib baik tertangkap dengan dia,kalau orang lain. Sah-sah sampai kepada pengetahuan pengetua.
"Budak tu..sebenarnya isteri aku." Perlahan dia menyebut perkataan 'isteri'.
Mata Nazrin membulat. Terkejut dengan pernyataan Daniel. Tak mungkin mamat ni berkahwin dengan budak tu.
"Kau jangan nak main-main la Daniel. Kalau kau takut aku lapor dekat orang atasan,tak payah nak buat pengakuan bodoh kau tu. Aku cuma bagi amaran pada kau je,jangan buat perkara macam tu."
"Aku tak main-main. Dia isteri aku..yang sah. Memang aku tak kahwin dengan Maira tapi aku kahwin dengan Yuya,dia yang gantikan tempat Maira. Aku ada bukti."
Daniel mengeluarkan kad nikahnya lalu menunjukkan pada Nazrin. Dia terkedu,tidak sangka Daniel berkahwin dengan Eby.
"Jadi kau..erghhh! Kenapa kau tak bagitahu kitorang pasal ni." Daniel mengeluh mendengar soalan Nazrin.
"Aku nak bagitahu korang..tapi Adrar. Kau pun tahukan Adrar sukakan Yuya." Dua-dua terdiam sambil membalas pandangan.
"Aku harap kau tak bagitahu sesiapa terutamanya Adrar."
"Tapi sampai bila kau nak rahsiakan? Aku tak kisah kau nak sorokkan hal ni dari pengetahuan sekolah tapi Adrar. Kalau dia tahu dari orang yang salah kau mungkin bergaduh besar dengan dia."
Daniel menunduk memikirkan hal tersebut. Suatu hari nanti dia akan beritahu juga perkara sebenar kepada Adrar. Cuma masa yang menentukan waktu itu.
"Aku akan uruskan pasal tu. Aku harap kau tak beritahu sesiapa pun pasal ni.." Jelas mata Daniel seakan merayu kepadanya. Nazrin mengangguk, Daniel sahabatnya sejak sekolah rendah. Dia lebih arif bagaimana perangai Daniel.
Azyanie yang bersembunyi sebalik dinding telah mendengar semuanya. Dia tidak menyangka Daniel sudah berkahwin dengan budak tak cukup umur itu. Dari hari pertama dia mula bertugas di situ telah menaruh perasaan kepada Daniel. Tapi Daniel...dia dah kahwin dengan budak itu.
'Aku perlu singkirkan budak tak guna tu.'
Bommmmmm!!!! Maka bermula la yg tu sakit yg ini pun sakit. Lps tu rumahtangga diorang mula retak!! Hampir bercerai atau bercerai terus. Hahahahahahahaha!!! Taksyabarnyaaaaaa saiyaaaa😏😏😏
Please vote and comment.😘
ANDA SEDANG MEMBACA
Daniel's Girl
JugendliteraturPenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...
