Daniel berhenti membelek kertas kerjanya di atas meja. Semenjak peristiwa dia menyentuh Eby, hidupnya terasa seperti tidak tenteram. Entah mengapa raut wajah itu sentiasa terbayang di fikirannya. Kepalanya diurut-urut perlahan. Berdenyut-denyut rasanya.
Pintu biliknya tiba-tiba dibuka dari luar. Matanya terarah kepada Maira dan pembantu peribadinya, Sheila. Serba salah sahaja wajah Sheila. "Maaf, Encik Daniel. Saya dah halang cuma.." Daniel mengangkat tangannya untuk berhenti.
"Tak apa. Awak boleh keluar Sheila." Sheila hanya mengangguk lalu berlalu ke mejanya. Pintu bilik Daniel ditutup. Wajah Maira yang masam ditatap.
"You patut pecat je perempuan tu. Ada ke patut, dia halang I." Mukanya yang merah dikibas dengan tangan. Panas betul hatinya.
Daniel senyum segarit. Dia tak ada mood sekarang ni. Maira mendekati Daniel yang bersandar lemah pada kerusi empuknya. Tangannya diletakkan di atas bahu Daniel lalu diurut lembut.
"Kenapa you nampak penat sangat ni? Kalau penat, berehat la kejap. Jangan terus buat kerja." Daniel memejam matanya menikmati urutan Maira. Kalau setiap hari seperti ini, pasti bahagia hidupnya.
"Abang penat ya, mari sini Eby urutkan."
Berkerut muka Daniel. Dia seperti pernah mengalami situasi tersebut. Tetapi kenapa dengan Eby?
"Alaaa..tangan kecil sangat. Kenapa tak terasa apa-apa pun? Eby urut abang tak ni?"
Kepalanya ditekan untuk mengurangkan rasa sakit yang semakin menyerang kepalanya. Makin menjadi-jadi pula denyutan di kepalanya.
"Eby urutlah ni. Abang tu saja je kan kata tak rasa apa-apa. Eby cubit baru terasa kot."
Suaranya menjerit kesakitan dan suara Eby ketawa seakan-akan bergema di telinganya. Tangannya bergerak menutup kedua telinganya. Apa semua ni?
"Sayang, you okey ke ni? Sayang?" Daniel menepis kasar tangan Maira yang naik mengurut batang tengkuknya.
"Daniel, jom.." Kali ini biliknya diterjah oleh Datin Ros. Tergamam wanita berusia lewat 50-an itu.
Terus dia meluru ke arah Maira dan ditampar pipi gadis itu. "Kau memang tak ada jantan lain ke hah!? Kenapa anak aku jugak yang kau nak?"
Daniel lebih pening dengan keadaan yang tidak terkawal itu. Dua wanita yang disayanginya bercakaran antara satu sama lain.
Eby mengintai sedikit ke dalam bilik itu apabila terdengar suara mertuanya memarahi seseorang. Takkanlah ibu mertuanya memarahi Daniel?
Eby teragak-agak untuk melangkah masuk kerana Daniel kelihatan berserabut. Dia menelan liur apabila pandangan Daniel teralih padanya. Sukar untuknya mentafsir pandangan suaminya itu.
Tiba-tiba sahaja Daniel menghentak tangannya ke atas meja sehingga terkejut Datin Ros dan Maira yang bergaduh termasuk Eby di pintu.
"Mama, Maira! Cukuplah bergaduh tu!" Terus dimarahi dua wanita itu lalu mengambil kunci kereta di atas meja. Tepat dia berdiri dihadapan Eby berdekatan pintu.
Tangan Eby dipegang dan diheretnya keluar dari bangunan itu lalu menuju ke keretanya. Kereta dipandu laju membelahi jalan raya menuju ke Taman Tasik Titiwangsa.
Kereta di parking dengan penuh cermat. Pintu penumpang dibuka dan menarik Eby keluar. Sampul bewarna coklat diambil di dalam dashboard. Kawasan tasik ketika ini sangat lengang. Hanya beberapa orang yang berada di sini termasuk diri mereka berdua. Siapa yang nak datang ke sini pada waktu berkerja?
Daniel melabuhkan punggungnya di sebuah bangku. Eby hanya tercegat berdekatan Daniel. Takut dimarahi jika dia duduk bersama Daniel. Dia sudah serik dimarah oleh Daniel. Suaminya tidak suka dia berada dekat dengannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Daniel's Girl
Genç KurguPenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...