"Sayang,jaga diri elok-elok. Kalau Niel buli,bagitahu mama. Tahulah mama nak bagi ceramah dekat dia." Datin Ros memesan kepada menantunya. Dato' Kamal dan Daniel tergelak mendengar kata-kata wanita kesayangan mereka.
"Kalau Eby yang buli Niel, Niel mengadu dekat papalah. Nanti papa bagi khutbah pada Eby." Semua ketawa kecuali Eby,memuncung tidak puas hati.
"Dah..jangan mengusik. Hati-hati memandu. Jangan bawa laju sangat. Kalau penat berhenti dahulu kat mana-mana." Panjang pesanan Datin Ros kepada Daniel. Hati seorang ibu,pasti risau tentang keselamatan anaknya.
"Yelah, kitorang gerak dulu." Daniel dan Eby menyalami Dato' Kamal dan Datin Ros.
Mereka berdua menghantar anak dan menantu dengan pandangan sahaja. Datin Ros kembali terasa sunyi setelah kereta Toyota Vios hilang dari pandangannya.
💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗
Setelah 8 jam lebih memandu,akhirnya sampai juga di rumah Puan Wardi. Lusa dah mula bersekolah, mereka sengaja pulang awal untuk mengelakkan kesesakan lalulintas.
"Assalamualaikum" kuat Eby melaung memberi salam. Dia tersengih apabila ditegur oleh Daniel.
"Waalaikumussalam." Puan Wardi menjawab. Terus tubuh kecil itu memeluk emaknya.
"Makkkk...Eby rindu." Dia mengetatkan pelukannya.
"Tak rindu pun."
"Makkkkkk.."Badannya digerakkan ke kiri dan kanan mendengar respon emaknya. Daniel ketawa melihat Eby begitu manja dengan emaknya. Baru empat hari tak jumpa.
"Mak pun rindulah. Ni kan baby mak,mestilah rindu sangat-sangat." Puan Wardi mengusap kepala anaknya yang berselendang. Eby tersengih mendengar kata-kata emaknya.
Daniel membawa begnya dan beg Eby lalu bersalam dengan emak mertuanya.
"Senyap je rumah mak long."
"Kenapa panggil mak long ni?" Tanya Puan Wardi dalam gurauan.
Daniel tersengih. Tersasul memanggil 'mak long'. Kuat Eby ketawakan Daniel sehingga menerima jelingan maut dari suaminya.
"Kamu ni Daniel.. Jom masuk. Mak dah siap masak. Kamu berdua pergi mandi lepas tu turun makan." Puan Wardi memimpin tangan anak kesayangannya.
💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗
"Niel..pukul berapa Niel balik rumah sewa esok?" Eby duduk bersila di atas katil. Nak baring baru lepas makan malam.
"Kalau kawan Niel sampai awal,Niel balik awal la." Daniel membuka bajunya lalu mengambil tuala yang disediakan oleh Eby. Dia melilitkan tuala di pinggangnya.
"Kenapa Eby tanya? Takut rindu Niel ehh?" Daniel menarik hidung Eby sehingga mengerang kesakitan.Rapat Eby memejam matanya dari terbuka.
"Kenapa pejam mata ni? Mehh sini nak tengok mata bulat ni." Dia menutup pula mukanya dengan tangan. Malu nak tengok badan sasa Daniel. Memanglah sebelum ni pernah tengok,tapi bukan berdua dengan dia dalam bilik macam ni.
Galak Daniel menyakat Eby. Tahu sangat kenapa budak kecil ni malu.
"Niel..pergilah mandi cepat. Kalau tak nak mandi pakailah baju." Merah mukanya berpaling ke arah lain. Tangannya sudah dipegang oleh Daniel.Terlepas ketawa Daniel. Pipi Eby yang kemerahan dicium sekilas. Eby terkejut dengan tindakan Daniel yang tidak dijangka. Dia dapat menangkap gelak tawa Daniel dari dalam bilik air.
Akhirnya,senyuman bahagia terukir jua dibibir mungilnya.Sorry..chapter yg ni pendek. Tak sempat nak buat panjang2. 😁
YOU ARE READING
Daniel's Girl
Ficțiune adolescențiPenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...