Eby menarik muncung setelah Daniel meletakkan dua beg yang ada pakaian kotor. No.. bukan dua tapi dua setengah, ada satu lagi beg kecil yang ada...
PAKAIAN DALAM..
DIA.
Serious lah mamat ni pakaian dalam dia suruh aku basuh? Euwww.. Tolong la wehh, aku bukan bini kau wehh. Geli lah ! Abang aku punya pun aku tak pernah sentuh.
"Err... Niel?" Takut-takut Eby memanggil Daniel yang bermain PS4.
"Hmm.. apa?" Acuh tak acuh je dia layan aku. Daniel menekan butang "pause" apabila Eby mendiamkan diri dalam beberapa saat.
"Kau ni panggil aku lepas tu senyap. Tiba-tiba tak ada mulut ke apa?" Chill lah bro tu pun nak melenting ke? Tapi sayang seribu kali sayang Eby hanya pendamkan semua tu sebab dia malas nak bergaduh dengan mamat mulut puaka ni.
Eby menjeling geram. Dah lah orang yang kena basuh baju dia, sekarang cakap kita tak ada mulut pulak. Dia tu tak ada otak huh!
"Takkan lah Eby kena basuh semua ni?" "Semua ni" termasuk dengan PAKAIAN DALAM dia. Geli mak nak sebut benda ni.
"Dah kau kalah, kena la basuh semua. Kita dah deal, dah tak boleh nak tarik balik ok!"
"Erghhh.. tahu la Eby kalah. Tak payah la nak ingatkan bagai. And one more thing... maksud Eby semua pakaian Niel ni termasuk dengan yang tu ke?" Eby menunjuk ke arah beg yang ada..erghh dah malas nak sebut, faham-faham je lah.
"Ye lah..sekali dengan 'adik-adik' aku." Daniel menahan ketawa apabila melihat wajah Eby yang macam nak menangis. Hahahaha! Nasib kau la budak. Siapa suruh bet dengan aku. Kan dah kalah. Kena la basuh semua.
Eby beredar dari ruang tamu sambil menghentak kaki tanda protes. Memang dia tak rela nak sentuh Daniel punya tu. Dah la ada gambar superman. Nasib baik bukan gambar princess.
Daniel mengendahkan Eby yang merajuk dan menyambung bermain game yang tergendala tadi.
💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗
Kelas 5 Alpha
Adrar masuk ke kelas lima minit awal. Geng diva di belakang kelas dah naik ulat bulu apabila melihat cikgu Adrar.
Tak penat ke jadi plastik? Elok-elok jadi manusia, nak jugak jadi plastik.
First thing yang Adrar akan buat ialah melihat Eby. Itulah kerja dia setiap kali masuk ke kelas ni.
Adrar mengambil buku teks yang dibawanya tadi dan membuka helaian yang hendak diajar.
Eby mengeluarkan buku notanya untuk menyalin nota yang diberi.
Walaupun dah dua minggu Adrar menjadi guru matematiknya, dia masih malu dengan perkara yang telah berlaku antara mereka berdua.
Adrar ada jugak untuk berbual dengan Eby tapi dia yang mengelak. Sepatah Adrar tanya sepatah jugak la dia membalas.Tapi itu bukan menjadi penghalang untuk Adrar, dia akan lakukan apa sahaja asalkan Yuya Irdina tidak malu lagi dengan dia pasal kejadian tu.
Selepas menyalin nota dan menerangkan apa yang patut Adrar memberikan kertas latihan kepada setiap pelajar.
Eby melihat kertas yang diberi oleh cikgu Adrar. Dia mengeluh setelah melihat soalan yang teramat lah KBAT.
"Haishh.. kenapa soalan KBAT. Aku ni dah la tak faham sangat tajuk ni. Kan tak pasal-pasal aku hantar kertas kosong nanti."desis hati Eby.
Adrar melihat Eby termenung memandang kertas. Kalau mata dia ada laser dah lama kertas tu tembus. Adrar mendekati Eby dan melihat kertasnya yang masih kosong.
"Yuya, kenapa tak jawab?" Terkejut Eby apabila Adrar sangat dekat dengan dia.
Cikgu..tolonglah jangan dekat sangat. Wahai jantung kau jangan la terlebih rajin pulak hari ni. Sakit tau dada aku.
"Huh!? Err..saya tak tahu nak buat macam mana.." Takut-takut Eby menjawab.
"Kenapa tak tanya cikgu? Kalau soalan macam ni keluar dalam exam takkan awak nak tinggal kosong" Adrar mengeluh setelah Yuya senyap. Dia menarik kerusi di sebelah Eby dan mula mengajar Eby.
Eby mula faham sedikit demi sedikit setelah Adrar memberi penerangan. Adrar tersenyum melihat Eby yang fokus ketika dia mengajar. Mungkin dia lebih faham kalau diberi perhatian macam ni.
"Dah faham nak jawab soalan macam ni?" Adrar bertanya kepada Eby setelah sehabis mungkin dia menurunkan ilmu kepada pelajarnya.
Eby tersenyum ikhlas sambil mengangguk dengan beria menandakan dia betul-betul faham.
"Terima kasih cikgu. Saya dah faham dah cara nak jawab soalan ni."
"Janji dengan cikgu jangan tinggal mana-mana soalan dalam exam. Boleh?" Adrar risau kalau Eby terus meninggalkan kosong semasa peperiksaan.
"Ok! Saya janji. Kalau saya tak faham nanti saya tanya cikgu." Bersemangat Eby menyatakan janjinya.
Adrar tersenyum melihat gelagat Eby. Yuya Irdina.. dah buat aku jadi gila!
![](https://img.wattpad.com/cover/118417134-288-k530363.jpg)
YOU ARE READING
Daniel's Girl
Novela JuvenilPenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...