Bab 16

6.2K 348 2
                                    

Eby gigih menyiapkan kerja matematik yang masih belum siap di perpustakaan. Dia memilih tempat kegemarannya iaitu tempat yang agak tersorok dari orang lain. Hani dan Ayra pula rehat di kantin. Mesti melantak nasi kerabu la tu.

Ketika Eby khusyuk dengan kerjanya, kerusi di hadapannya ditarik lalu muncul satu lembaga yang tersenyum sinis. Eby menjeling melihat senyuman mengejek lembaga tersebut. Sibuk je dia ni, orang datang sini dia pun datang sini jugak.

"Mesti kau tak siap kerja sekolah kan?"tegur lembaga itu.

"Dah tahu masih nak tanya lagi. Kalau cikgu Daniel baik hati tolong ajar saya yang ini." Kata Eby selamba sambil menunjukkan soalan yang tidak difahami.

Daniel menjentik jari Eby untuk melihat soalan itu. Budak ni, soalan senang pun tak boleh jawab.

Daniel mengambil pensil ditangan Eby lalu menulis jalan kira di kertas kosong. Eby memerhatikan Daniel yang khusyuk mengira sehingga dia leka melihat Daniel.

"Aku tahu la aku handsome. Tak payah nak tengok aku macam tu sekali. Tak selesa tahu tak." Kali ini Daniel menjentik pula dahi Eby.

"Ahh..sakitlah. Suka main jentik-jentik orang. Jari dia dahlah besar macam gergasi. Orang tengok kertas tu bukan tengok Niel." Eby menggosok-gosok dahinya yang sudah kemerahan.

"Weh, Daniel kau dekat sini rupanya?"tegur Mikael.

Eby berpaling ke arah suara itu. Alangkah terkejutnya dia melihat tiga orang kawan baik Daniel.

Macam mana ni. Aku nak lari ke terus duduk sini. Kalau aku terus duduk sini peratus nak bocor rahsia tu tinggi. Cikgu Nazrin ada dekat sini. Dah la cikgu tu banyak soal, kang tak pasal-pasal terlepas cakap pula.

Daniel hanya membuat muka selamba melihat tiga orang rakannya. "Hmm..sebab tadi aku ganti kelas 3 Gemilang. Kebetulan budak-budak dah memang ada dekat sini, jadi terus stay dekat sini je la. Korang pulak buat apa dekat sini?"

"Aku nak cari bahan mengajar sebenarnya tapi tak tahu pula kenapa dua orang ni gatal nak mengikut aku."celah Adrar.

Mikael dan Nazrin tersengih mendengar kata-kata Adrar. Daniel perasan dari tadi Adrar selalu curi-curi pandang Eby. Takkan ada sesuatu pulak dua orang ni.

Adrar menarik kerusi di sebelah Eby manakala Mikael dan Nazrin di sebelah kiri dan kanan Daniel. Daniel memandang Adrar dan Eby dengan pandangan pelik

"Awak dah siap ke kerja tu?"tanya Adrar.

Eby dengan muka blur memandang Adrar. Adrar tersenyum melihat wajah Eby yang keliru.

"Kerja sekolah yang saya bagi masa cuti, dah siap ke belum?" Adrar bertanya sekali lagi.

"Ada sikit lagi."balas Eby.

"Ni macam tulisan kau je Niel."kata Nazrin sambil menunjukkan kertas di hadapan Eby.

"Haah..aku ajar dia tadi." Daniel mengerling ke arah Adrar. Dia nampak macam...cemburu?

"Awak nama apa?"tanya Mikael sambil memandang tepat ke arah Eby.

"Yu..Yuya Irdina.."tergagap Eby menjawab apabila terpandang wajah serius Mikael.

Mikael tergelak melihat Eby yang takut-takut itu. "Garang sangat ke muka aku ni sampai budak ni tergagap nak jawab."

Nazrin mengetuk kepala Mikael. "Kau ni kang tak pasal-pasal dia menangis nanti."

Eby menarik muncung apabila sedar cikgu Mikael hanya bergurau.

"Cantik sangat buat muncung itik macam tu." Tegur Daniel. Cepat-cepat Eby menutup mulutnya dengan tangan. Mereka berempat ketawa melihat Eby yang kalut itu.

Eby mengemaskan barangnya apabila loceng berbunyi. Adrar mengambil bekas pensil Eby yang berwarna pink lalu memasukkan alat-alat tulis yang digunakan tadi. Daniel hanya memandang tindak-tanduk Adrar. Memang sah ada apa-apa ni.

Adrar menguhulurkan bekas pensil tersebut kepada Eby seusai menzipkannya.

"Err.. Terima kasih cikgu." Eby mengambilnya lalu tergesa-gesa keluar dari perpustakaan untuk ke kelasnya.

"Kenapa kau pandang aku macam tu?" Adrar menegur Daniel apabila Daniel tidak lepas memandangnya.

"Tak ada apa. Baik kau tolong dia kemas barang. Ada apa-apa ke?" Daniel cuba untuk mengorek rahsia.

"Ada apa? Tak payah nak mengarut lah Niel. Aku tolong dia sebab dia nampak tergesa-gesa tadi." Adrar cuba untuk berselindung daripada rakannya.

"Hmm..yela. Yang mana ada kelas tu sila ke kelas masing-masing ye. Jangan nak makan gaji buta pulak" Kata Daniel sambil bergerak keluar perpustakaan.


Daniel's GirlWhere stories live. Discover now