Bab 54

4.5K 248 14
                                        

Petang itu, Maira memgajak Daniel bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur. Datin Ros melarang keras Daniel keluar berduaan dengan Maira. Tetapi Daniel tetap berdegil dengan keputusannya.

"Kalau nak keluar jugak,bawa Eby sekali." Membulat mata Daniel mendengar kata-kata Datin Ros.

"No! Budak ni menyusahkan je kalau dia ada sekali." Bantah Daniel. Eby yang menikus di sebelah Datin Ros dipandang benci. Rasa nak bunuh je budak ni.

"Kalau tak nak bawa jugak Niel tak boleh keluar. Keputusan mama muktamad!" Daniel mendengus geram. Sikit-sikit budak ni, kalau Maira selalu je melenting.

Dia tak percaya yang Maira tinggalkan dia dan berkahwin dengan lelaki lain. Dan dia tak percaya dia berkahwin dengan Eby dengan kerelaan diri dia sendiri. Pasti semua ini hanya rekaan keluarganya semata-mata untuk menerima Eby kembali.

"Auntie, kitorang jalan-jalan je. Saya boleh jaga Daniel. Kan sayang?" Maira mencuba nasib. Daniel mengangguk dengan pernyataan Maira. Maira juga boleh menjaganya tanpa bantuan Eby.

"Berapa kali nak cakap yang kamu berdua tu tak ada hubungan apa-apa! Eby ni isteri kamu Daniel. Jaga sikit hati dan perasaan dia." Datin Ros sudah hilang sabar dengan perangai Daniel. Asyik nak menyebelahi orang yang tiada ikatan dengan dia.

"How many times I've told you ma. Kalau macam tu biar Niel kahwin je dengan Maira senang. Tak ada lagi halangan." Eby menahan perasaan mendengar kata Daniel. Begitu tiada nilai ke dirinya pada Daniel. Kenapa dia langsung tidak peduli Eby sedangkan Eby isterinya yang sah?

"Kenapa Niel tak percaya kata mama? Berapa kali mama nak cakap pada kamu Daniel? Dia dah malukan kita sekeluarga!" Bergema satu rumah dengan suara Datin Ros. Sudah merah muka Daniel menahan marah.

"Apa-apa jelah! Kalau budak ni buat masalah memang Niel tinggal macam hari tu. Menyusahkan orang je tahu kerja dia." Maira memandang Daniel dengan pandangan tidak percaya. Dia cuma nak keluar dengan Daniel bukan dengan adanya budak sengal ni sekali.

Eby masih lagi menunduk. Dia tahu Daniel semakin membencinya. "Kau tak reti nak pergi bersiap ke?! Kau nak aku heret kau masuk bilik?" Eby menggeleng perlahan. Dia mula bergerak ke bilik untuk menukar pakaian yang lebih sopan. Daniel menolak tubuh Eby dengan kasar. Terhegeh-hegeh. Macam dia yang sakit kaki.

.

"Kau buat hal, aku tinggal kau nanti." Daniel memberi amaran kepada Eby yang berada di tempat duduk belakang.

"Kau faham tak?!" jerkah Daniel sehingga terhinjut sedikit bahu Eby.

"Faham.." Perlahan Eby membalas.

"Ingatkan dah bisu sampai tak boleh nak bercakap." Maira tidak mempedulikan Eby dibelakang. Kau nak menangis ke meraung ke lantak kau. Yang penting jangan ganggu aku dengan Daniel.

"Sayang..You nak pergi mana ni?" manja Maira bertanya. Daniel tersenyum manis ke arah buah hatinya. Kan tenang kalau dia bersama Maira. Ni tak, menghadap muka buruk budak bangang tu. Pakai baju pun dah macam mak jemah.

"I ikut you,sayang." Pipi Maira dicuit sedikit. Maira tergelak dengan tindakan Daniel.

"Hey! Nakal ye you sekarang ni. Cubit kang."

"Eleh, tak takut pun. Tangan tu kecil nak cubit orang." Maira menjeling ke arah pantulan cermin untuk melihat reaksi Eby dibelakang.

Eby nampak Maira menjeling ke arahnya. Dia menyabarkan hati supaya tidak bertindak di luar kawalan. Lagipun dia tidak mahu mengundang kemarahan Daniel. Dia rindukan Daniel yang lama.

"Abang! Gelilah." Tangan Daniel cuba dipegang untuk memberhentikan Daniel dari menggeleteknya. Terkekek-kekek Eby ketawa. Habis berair matanya akibat tidak tahan digeletek oleh suaminya.

"Sayang abang ke tak? Hmm.. Cakap cepat kalau tak abang buat lagi kuat." Daniel mengacah untuk menggeletek Eby lagi. Eby menggeleng dengan sisa ketawanya.

"Tak nak. Okey..okey.. Hmm.. Tak! Eby tak sayang abang." Daniel membulatkan matanya. Terus digeletek lagi tubuh isterinya. Cadar sudah keronyok kerana terlalu banyak bergerak. Merengek-rengek budak kecil itu meminta untuk dilepaskan.

"Abannggggg...hehehehe.. Okey..okey.. Eby sayang abang!" Leher Daniel dirangkul dengan manja. Pipi Daniel dicium sekilas. Daniel menongkat kedua tangannya di tepi leher Eby untuk mengelak dari menindih tubuh Eby dibawahnya.

Daniel mengangkat sebelah keningnya. Ingin menduga Eby. "Ya ke ni? Sayang betul-betul ke sayang olok-olok? Hmm.." Pipi gebu Eby dicium lama. Eby merengek geli apabila terkena kumis Daniel.

"Sayang betul-betul la abang." Pipinya digeselkan pada hidung mancung Daniel. Daniel hanya ketawa dengan tindakan Eby. Main gesel-gesel pipi pau dia dekat hidung orang pulak budak kecil ni.

"Kenapa pipi ni bulat sangat? Rasa nak gigit je.." Tubuh Eby dirangkul masuk ke dalam pelukannya. Kesian melihat Eby lelah akibat terlalu kuat ketawa.

"Abang la yang suka main tarik pipi Eby. Dah jadi macam ni." Pipinya dikembungkan. Haihh..budak ni. Kalah perangai budak umur 5 tahun.

"Bukan salah abang. Sayang la yang comel sangat. Sampai abang naik geram tau tak." Mukanya diletakkan dicelah leher isterinya. Wangi. Bau epal.

"Nak ambil hati la tu cakap macam tu kan. Cubit kang. Baru padan muka abang."

Daniel tersenyum di celah leher Eby. Banyak celoteh pulak budak ni. "Ada hati nak cubit abang. Tangan dia kecil. Rasa macam semut gigit je."

Rasa macam semut gigit ye.. Tangannya merayap ke lengan Daniel. Terus dicubit lengan suaminya. "Aduhhh..sayang sakit la." Tangan Eby dipegang lalu dikepit antara lengannya. Terkekek-kekek Eby ketawa.

"Kata tadi macam semut gigit. Kenapa menjerit pulak?" Eby yang berbantalkan lengannya dipandang. Budak ni memang nak kenalah.

"Tak sakit pun sebenarnya. Saja abang nak menjerit." Tubuh Eby dipeluk rapat ke dadanya.

"Abang nak tidur kejap ya sayang. Rasa mengantuk pulak." Matanya mula dipejam sambil memeluk bantal peluknya yang wangi.

"Tidurlah." Badan Daniel ditepuk-tepuk perlahan seperti mendodoikan bayi. Daniel terlelap dengan senyuman terukir di bibirnya.

Eby terkejut dari lamunannya apabila Maira menutup pintu keretanya. Hanya tinggal dirinya yang masih belum keluar dari kerera.

Maira yang memegang tangan Daniel dipandang.  Dia ingin melarang tetapi dia takut. Hatinya berasa cemburu melihat kemesraan mereka berdua. Dia menguatkan hatinya lalu berjalan ke arah mereka berdua. Daniel mengerling Eby di sebelahnya.

"Aku ingat kau nak berkampung dalam kereta tu." Sinis Daniel berkata. Eby hanya senyap. Biarlah, asalkan suaminya puas hati.

"Daniel." Eby mengejung mendengar tiga suara itu. Janganlah mereka bertiga. Dia tidak sanggup untuk menghadap mereka.



























Sambungan next chapter..

Sis perah juga otak sis utk keluarkan idea untk korang. Sis tk boleh👉👈 sis mudah kesiankan orang. Sebab tu sis double updte hari ni. Sorry ehh bab sbelum ni pendek je.

Ni utk korang 😘 harap2 korang boleh terima😁















Please vote and comment💕

Daniel's GirlTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang