Selepas Daniel mengetahui perasaan Adrar terhadap sepupunya, dia sering mengelak daripada bertembung dengan Eby di sekolah. Di rumah ibu saudaranya juga jarang dia singgah semata-mata untuk mengelak dari Eby.
Eby perasan selepas perkara yang memalukan itu berlaku, Daniel seakan-akan tidak mahu berjumpa atau bercakap dengannya. Sebab itulah dia nekad untuk berjumpa dengan Daniel di sekolah. Kalau di rumah..hmm..haram jadah mamat tu nak pergi.
Eby tersenyum melihat Daniel termenung. Rezeki dia dapat jumpa Daniel di perpustakaan. Nasib baik Ayra dan Hani tak nak ikut. Lagipun budak dua orang tu memang pemalas nak datang sini lebih-lebih lagi waktu rehat.
Waktu rehat macam ni memang tak ramai pelajar. Dekat mana lagi semua pelajar nak serang kalau bukan kantin. Pelajar yang datang library waktu rehat hanya pelajar gila buku je. Budak nerd. Hahahaha! Astaghfirullahalazim termengumpat pulak titew..
Eby mengambil sebuah buku di rak sebelum berdiri di sisi Daniel. Mana tahu, kalau hampir kantoi nanti boleh la nak coverline. Memang jauh si Daniel termenung sampaikan Eby dekat tepi dia pun tak sedar.
Eby berpaling ke kiri dan ke kanan. Okehhh! Line clear. Tak ada pelajar atau cikgu pun kat sini. Dengan bersahaja Eby menepuk kuat di atas belakang Daniel. Terkejut Daniel dengan tepukan kuat itu.
Daniel berpaling melihat Eby yang tersengih macam kerang busuk. Ya Allah..kenapa mesti budak ni ada dekat sini?
Daniel menjeling kepada Eby. Eby menjulingkan matanya ke atas kerana menyampah dengan Daniel. Tak tahu ke aku guna banyak tenaga nak hasilkan senyuman tu? Aku lempang jugak karang main jeling-jeling ni.
Eby menyabarkan hatinya. Dia menarik kerusi di sebelah Daniel lalu duduk di situ. Eby mencuit Daniel dengan pen. Entah pen siapa kat atas meja ni.
Daniel berpaling ke arah Eby sambil membuat muka 'kau nak apa?' Eby berdehem sebelum dia memulakan percakapannya. "Niel kenapa? Eby rasa macam Niel mengelak dari Eby je?"
Daniel mengeluh dengan pertanyaan Eby. Dia tidak tahu apa yang patut dia jawab. Bagai terngiang-ngiang kata-kata Adrar pada tempoh hari.
'Aku rasa aku dah sukakan budak tu. '
Kenapa dengan aku? Kenapa aku cemburu? Kenapa aku tak nak Adrar rapat dengan Eby? Kenapa aku rasa semua ni? Kenapa??
Daniel terus bangun dan meninggalkan Eby dengan pelbagai persoalan. Eby rasa sedih dengan tingkah laku Daniel. Kalau dia ada buat salah dia nak minta maaf dengan Daniel. Itu aje. Tapi Daniel tak nak layan dia.
Tanpa sedar air matanya jatuh ke pipi. 'Niel..Eby tak nak gaduh dengan Niel..'
💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗
Eby masuk ke kelasnya dengan mata yang bengkak. Dia menuju ke tempat duduknya di sebelah Hani. Ayra yang duduk di hadapan mereka berpaling ke belakang apabila melihat rakan baiknya yang monyok.
"Yuya, kau tak sihat ke? Kau sakit kat mana-mana tak?" Begitu prihatin Ayra terhadap rakannya. Hani disebelah Eby mengusap lengan Eby.
"Aku tak tahu.." Eby kembali menangis apabila rakan-rakannya mengambil berat tentangnya. Hani dan Ayra gelabah melihat rakan baiknya menangis. Hani memujuknya sambil memeluk Eby. Ayra juga bergerak ke belakang dan memeluk Eby.
"Alahh..tak nak la nangis macam ni. Nanti tak comel tau. Okey..kitorang tak paksa kau untuk bagitahu kitorang tapi kalau kau nak share,kitorang ada tau." Hani menggosok-gosok atas belakang Eby.
"Dah dah..tak nak nangis. Cikgu Adrar dah sampai." Ayra mengambil sapu tangannya dalam poket lalu mengelap air mata Eby.
Semua pelajar bangun setelah Adrar masuk ke kelas. Adrar menjawab salam lalu membenarkan pelajar duduk.Adrar perasan muka Eby yang sembab. Dia menangis ke?
Adrar hanya mampu melihat Eby dari jauh saja."Sila buka buku latihan. Hari ni kita buat latihan topik semalam." Adrar menyalin soalan di papan putih. Eby dengan rasa malas membuka buku. Dia tiada mood. Dia banyak termenung daripada menyalin soalan.
Adrar memanggil Eby apabila dia melihat Eby tidak menyalin soalan. "Yuya Irdina!" Eby seakan-akan berada dalam dunianya sendiri.
Hani disebelah menyondol rakannya dengan siku. Eby berpaling ke arah Hani dengan malas.
"Cikgu panggil kau."kata Hani.
Eby berdiri apabila Adrar memanggilnya kali kedua. Dia mendekati Adrar yang duduk di tebing meja guru apabila diarahkan untuk datang ke hadapan. "Buat soalan nombor satu." Adrar menghulurkan sebatang marker kepada Eby.
Eby mengambil marker itu ditangan Adrar. Dia membaca soalan terlebih dahulu lalu menulis jawapannya. Adrar berdiri sebelah Eby setelah dapat mengesan keslsalahannya.
"Yang ini salah Yuya. Kira balik." Lembut Adrar berkata sambil menunjukkan kesalahan Eby.
Adrar mengambil kalkulator di tangan Eby apabila dia melihat Eby keliru. Dia mengira semula kesalahan yang dilakukan Eby dan menunjukkan kepadanya.Adrar terpegun melihat Eby yang tersenyum. Walaupun matanya bengkak dia tetap kelihatan comel. Pipi Eby mula memerah apabila diperhatikan begitu oleh Adrar.
Adrar tersedar apabila pintu kelas diketuk oleh seseorang. Adrar berpaling ke arah pintu tersebut untuk melihat gerangan yang datang.
Daniel menghembus nafas dengan kuat melihat Adrar rapat dengan Eby. Sabar hati. Adrar kawan baik kau. Lagipun sekarang ni dia sedang mengajar.
Daniel masuk ke dalam kelas itu setelah Adrar memanggilnya masuk. "Kenapa Niel?" Tanya Adrar.
"Kak Ramlah suruh aku bagi benda ni dekat kau. Alang-alang aku naik kat sini,dia kirim pada aku." Terang Daniel. Sempat dia memerhatikan Eby di sebelah Adrar. Mukanya berkerut melihat muka Eby yang sembab. Aku ke yang buat dia menangis? Adrar perasan Daniel curi-curi memandang Eby.
Daniel meminta diri apabila tiada apa-apa yang hendak disampaikan. Dia masih berkira-kira mahu beritahu pada Eby atau tidak. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk memberitahunya. "Yuya Irdina, lepas habis waktu sekolah jumpa saya di bilik guru." Katanya tanpa mempedulikan Adrar yang melihatnya dengan pandangan yang tajam.

ANDA SEDANG MEMBACA
Daniel's Girl
Ficção AdolescentePenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...