Bab 57

4.6K 265 21
                                    

Eby melihat suaminya keluar rumah menuju ke kolam. Dia masih lagi tidak berputus asa untuk mendekati Daniel walaupun dia sudah tahu hanya cacian akan dilemparkan kepada dirinya. Daniel yang duduk di bangku di tepi kolam di perhati. Masih teragak-agak untuk menegur Daniel yang termenung.

"Abang.." Perlahan sekali dia memanggil Daniel. Daniel berpaling ke arah suara itu dan hanya pandangan dingin dilemparkan kepada Eby.

"Kau nak apa?" Walaupun perlahan suara Daniel terdapat nada kasar dalam kata-katanya.

"Ermm.. Eby minta maaf sebab Eby dah banyak menyusahkan abang..." Daniel hanya senyap mendengar setiap bait-bait yang keluar dari mulut Eby.

"Eby tahu abang cintakan Kak Maira.. Eby izinkan abang kahwin dengan.."

"Aku tak minta izin dari kau pun. Aku akan ceraikan kau selepas aku kahwin dengan Maira." Tiada sekelumit pun rasa kasihan kepada Eby. Berjuraian air mata Eby gugur. Dia melutut di hadapan Daniel dengan wajah yang basah.

"Abang.. Eby merayu jangan ceraikan Eby. Eby janji Eby takkan ganggu abang dengan Kak Maira. Eby..tsk..tsk.. Eby sayang abang. Tolong la abang.." Tangan Daniel cuba diraih namun cepat ditepis oleh Daniel. Eby tidak berputus asa. Kaki Daniel dipegang lalu bibirnya didaratkan pada kaki suaminya.

Daniel hanya memberi pandangan kosong pada Eby yang berada di kakinya. Sedikit pun hatinya tidak tergerak untuk menghalang perbuatan isterinya. Di mana sifat perikemanusiaan kau Daniel!

Eby mengangkat wajahnya dan memandang muka Daniel yang menunduk memandangnya juga. "Apa salah Eby abang? Kenapa abang buat Eby macam ni? Eby tak nak.. Eby tak nak kehilangan abang. Eby rindukan abang yang dulu.. Kenapa abang dah berubah? Kenapa abang tak pernah layan Eby sebagai isteri abang?" Daniel mula panas hati mendengar persoalan budak di hadapannya. Dia dah pandai merungut! Kau memang nak kena la Eby!

Tiba-tiba sahaja rambutnya direntap kuat oleh Daniel. Tangan Daniel di kepalanya dipegang. Sakit. Teramat sakit dengan cengkaman suaminya.

"Kau dah pandai merungut ya Eby? Siapa yang ajar kau semua ni hah?!" Daniel hanya menarik rambut Eby untuk bangun lalu dibawanya masuk ke dalam bilik yang didiami oleh Eby. Kedua ibu bapanya tidak kelihatan di ruang rehat. Mungkin sudah naik ke bilik mereka.

Tubuh Eby dihempaskan ke atas katil. Dia mula menindih tubuh Eby. "Kau nak aku layan kau sebagai isteri?" Wajah dipalingkan ke arah lain. Dia betul-betul takut untuk melihat Daniel di atasnya. Seperti ada sesuatu yang merasuk suaminya.

"Pandang aku!" Eby tersedu-sedan memalingkan wajahnya semula. Mata Daniel seakan-akan gelap dengan nafsu.

"Abang..jangan.." Tubuh Daniel ditolak dari menindihnya. Apakan daya, kudrat seorang wanita tidak sekuat lelaki.

"Jangan apa!? Kau yang nak semua ni!" Butang baju tidur Eby dibuka menyebabkan dadanya terdedah kepada Daniel.
Sedaya upaya tangan Daniel cuba dialihkan tetapi Daniel mencengkam kedua belah tangannya lalu diletakkan di bahagian atas kepalanya. Pergerakannya terkunci dengan Daniel di atasnya dan pergelangan tangannya dipegang.

Wajah Daniel disembamkan di leher Eby. Tangisannya semakin kuat mengenangkan nasib yang menimpanya. Daniel tidak menghiraukan tangisan isterinya di bawah, leher Eby dicium dan digigit sehingga meninggalkan kesan. Semakin lama suara Eby semakin tenggelam dan Daniel begitu asyik dengan dunianya yang akan meninggalkan luka yang dalam buat Eby. Malam itu merupakan malam bersejarah hitam bagi seorang gadis yang bernama Yuya Irdina.

💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗

Matanya dibuka apabila cahaya yang menerobos masuk di antara celah langsir terkena pada wajahnya. Tubuhnya yang terdedah tanpa seurat benang ditutup dengan selimut.

Daniel's GirlWhere stories live. Discover now