Bab 20

8.5K 366 49
                                        

Seperti yang dijanjikan, Daniel datang ke rumah mak longnya pada hari Sabtu. Tiada lagi perang dingin antara dia dengan Eby. Tak betah dia bergaduh lama-lama dengan Eby,nanti rindu. Uhukkss!

Daniel masuk ke dalam rumah, macam rumah sendiri dah dia buat. Masuk je dalam rumah, matanya sudah terbentang dengan buku-buku addmath dan math yang berselerak di ruang tamu.

'Haishh..budak ni. Buku bukan main banyak, dia hilang entah ke mana.'

Daniel mendekati meja jepun. Dia ralit memerhatikan buku-buku itu sehingga terpandang buku yang agak menarik perhatiannya.

'Pink. Girlish sangat. Tak padan dengan perangai.'

Dia memandang kiri dan kanan lalu mengambil buku itu. Buku itu dibelek dengan cepat sehingga dua keping gambar terjatuh di atas riba.

Gambar mereka ketika kecil dulu semasa kenduri kahwin mak sunya.Daniel tersenyum menilik muka mereka berempat yang belum matang. Eby kelihatan comel dengan memakai baju kurung,mungkin dalam lingkungan 5 tahun. Eby berdiri di antara dia dan Hariz. Rifqie pula duduk bercangkung di hadapan Eby. Apahal la mamat ni!

Daniel melihat pula gambar yang kedua. Dia seakan-akan tidak percaya Eby menyimpan gambar itu. Eby yang duduk di atas ribanya dengan membuat peace sambil dipeluk olehnya.

Daniel mengeluarkan telefonnya untuk menangkap gambar itu. Dia pun nak simpan jugak gambar itu. Nak jadikan kenangan.

Dia menyimpan gambar itu dengan cepat apabila terdengar suara Eby dari ruang rehat. Eby membawa keluar satu jag air oren dan dua biji gelas. Dia agak terperanjat melihat Daniel bersantai di meja itu.

"Bila Niel sampai? Eby tak dengar pun kereta Niel." Eby menegur sambil menuangkan air oren ke dalam gelas lalu dihulurkan kepada Daniel.

"Baru je sampai. Kau tu memang, selalu je tak dengar. Tikus bawak lari kot telinga kau tu." Daniel tertawa dengan kata-katanya sendiri. Dia menarik kedua-dua belah telinga Eby.

Eby menjulingkan matanya ke atas. Menyampah! Loya buruk je tahu. Ingat tak sakit ke main tarik telinga orang!

"Dah-dah..cepat,buka buku. Nak buat yang mana dulu ni?" Daniel bertanya. Dia malas nak bergaduh dengan budak pendek ni, kalau dilayan sampai esok pun tak habis.

"Math!" Bersemangat Eby menjawab. Dia tak nak buat addmath awal-awal nanti spoil mood dia je.

Daniel mengangguk sambil meminum air oren yang diberi tadi. Eby meletakkan bukunya diatas meja dan dibelek untuk mencari soalan yang tidak dapat dijawab.

💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗

Eby mengangkat kedua-dua tangannya sambil menguap. Tak senonoh punya perangai,tak padan dengan anak dara.

Daniel menjentik dahi Eby,melihat dia menggeliat tak ingat dunia. Eby menjeling tajam pada Daniel.

Apa! Tak pernah tengok orang menggeliat ke? Main jentik-jentik je tahu. Boleh pulak dia senyum-senyum ingat sakit ke.

"Niel..dua minggu lagi Niel dah nak kahwin kan?" Eby mengutarakan soalan tentang perkahwinan Daniel. Terus mati senyuman lelaki itu.

Nak tak nak Daniel mengangguk. Dia sendiri pun tahu dengan perasaannya. Maira atau Eby? Maira tunang dia, bakal isteri dia. Eby pula hanya sepupu, mungkin Eby tiada perasaan pada dia.

Daniel mengeluh berat memikirkan perkara ini. Dia sayangkan Eby dan cemburu bila mengingati cara Adrar memandang Eby.

Eby melambai di hadapan muka Daniel. Geram tengok lelaki dihadapannya termenung jauh, dia menepuk kedua pipi Daniel.

"Orang bercakap ni boleh pulak dia termenung." Bibirnya dicebik.

Daniel ketawa melihat Eby memarahinya. Tak takut langsung!

"Yalah. Sorry." Hidung Eby ditekan-tekan dengan jari telunjuknya.

Eby tersenyum manja. Bukan marah sangat pun. "Nantikan, bila Niel dah kahwin..Eby nak anak sepupu yang comel-comel tau. Lepas tu, Eby nak baby boy dulu, baru baby girl. Lepas tu..."

Daniel hanya tersenyum hambar melihat celoteh Eby. Banyak pula lepas tu dia.

Perasaan teruja untuk berkahwin semakin pudar. Maira pun dia jarang berjumpa. Dia selalu sibuk dengan kerja dekat syarikat keluarganya.

Dia selau terfikir apa reaksi Eby jika dia beritahu perasaannya. Muka Eby dipandang. Nafas ditarik lalu dihembus perlahan. Mata dipejam untuk seketika.

"Eby.." Daniel memanggilnya perlahan. Eby berhenti bercakap dan memandang tepat pada wajah Daniel.

"Aku suka kau."













Daniel's GirlTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang