"Janji tak buat lagi?"
"Janji."
Tepukan tangan kedengaran di dapur. Eby mengalihkan pandangan ke arah tepukan itu. Daniel. Sinis senyumannya diberikan kepada Eby.
"Pandai kau berlakon Eby. Depan aku menangis, meraung macam orang gila. Belakang aku, siap berjanji bagai dengan jantan lain. Memang jenis murahan la kau Eby." Cepat Eby menggeleng. Pucat mukanya melihat Daniel dengan wajah bengis.
"Entah-entah budak dalam perut kau tu anak jantan lain. Tapi kau mengaku budak tu anak aku. Dah berapa banyak jantan yang kau dah tidur?!" Tengking Daniel.
"Abang..tak. Ni anak abang. Bukan orang lain. Jangan buat Eby macam ni abang.." Lengannya direntap kasar. Kotor bajunya disentuh Eby.
"Kau tahu tak, tangan kau ni tak layak nak pegang aku! Jijik, kau tahu tak jijik!" Pergelangan tangan Eby dicengkam kuat sehingga menimbulkan kesan merah.
"Kau tak puas hati, marah aku Daniel! Bukan Eby. Dia tak salah!" Eby ditarik ke belakangnya. Berombak dada Daniel menahan perasaan marah kerana Hariz melindungi Eby.
Tumbukan dilepaskan ke arah wajah Hariz sehingga tersungkur. Eby ditarik masuk ke dalam bilik dan pintu dihempas kuat. Hariz tidak sempat menghalang Daniel. Maira hanya tersenyum sinis. Jika hanya Daniel bersama Eby pasti lebam seluruh badan gadis itu. Memang padan muka kau perempuan!
Eby mengundur ke belakang apabila Daniel merenungnya tajam. Nasibnya sudah diketahui jika bersama Daniel. Tali pinggang di belakang pintu Daniel ambil.
"Kau memang menempah bala Eby. Kau yang minta semua ni." Sinis Daniel berkata sambil mendekati Eby perlahan. Tajam mata Daniel menikam Eby sehingga berhenti di perut Eby yang semakin membonjol. Rasa meluat menyelubungi dirinya.
"Abang jangan.." Perlahan suara Eby seperti tidak terkeluar dari tekaknya kerana terlalu takut.
"Jangan apa?! Kau yang cari masalah Eby!" Terus diheret Eby ke katil dan tali pinggang dilibas tepat pada perut Eby.
"Argghh! Abang sakit." Rayuan Eby tidak dihiraukan. Rintihan Eby seakan-akan membangkitkan lagi rasa marah dalam dirinya.
"Sakit abang..tolonglah berhenti.." Sayu suara Eby meminta simpati. Badannya terasa semakin lemah. Bahagian ari-ari terasa menyengat sakit. Daniel terusan menghayunkan tali pinggang ke arah badan Eby tanpa berhenti.
Tangisan Eby semakin kedengaran perlahan.
Setelah berpuas hati, dia berhenti menyakitkan Eby. Eby yang terbaring lemah dipandang. Bahu Eby digerakkan sedikit namun tiada reaksi darinya. Matanya terpandang pada seluar Eby, ada kesan darah. Jantungnya berdegup kencang. Apa yang aku dah buat?
Pintu bilik ditolak kuat dari luar sehingga terbuka luas. Hariz, Datin Ros dan Dato' Kamal menyerbu masuk ke dalam bilik. Maira hanya berdiri di luar tanpa sedikit pun ingin menjejak masuk untuk melihat keadaan Eby.
Datin Ros memangku kepala Eby sambil menepuk perlahan pipi menantunya. Hatinya resah apabila Eby tidak sedarkan diri. "Ya Allah Niel.. Apa yang Niel dah buat ni?"
Daniel senyap sambil matanya tidak lepas melihat tubuh Eby yang kaku. Tali pinggang di tangannya dilepaskan jatuh ke lantai. Tak! Aku tak sengaja. Aku tahu dia cuma pengsan je.
"Ma, ada darah dekat seluar Eby." Terkejut Datin Ros melihat kesan darah yang ditinjukkan oleh Hariz. Kepala Eby dicium perlahan. Air matanya menitis di dahi Eby melihat keadaan Eby yang lemah.
' Ya Allah, selamatkanlah cucu aku.'
Datin Ros menyuruh Daniel mendukung Eby untuk diletakkan ke dalam kereta. Namun, Daniel tetap membisu dan berdiri di tepi katil. Hariz menolak Daniel ke tepi dan terus mencempung tubuh kecil itu tanpa mempedulikan sesiapa. Nak diharapkan Daniel, sampai mati pun dia takkan lakukan.
"Puas hati kau sekarang Daniel? Kenapa kau tak bunuh je isteri dan anak kau tu? Senang sikit aku sumbat kau dalam penjara." Dingin Dato' Kamal berkata. Maira di pintu terkejut. Jadi budak tu mengandung? Patutlah Daniel masih belum ceraikan dia.
"Kau bawa isteri kesayangan kau tu keluar dari rumah aku. Mulai sekarang aku dah tak ada anak yang perangai binatang macam kau. Keluar!" Tempik Dato' Kamal. Merah mukanya menahan perasaan marah dalam hati.
Daniel menarik Maira lalu keluar tanpa menyalami ibu bapanya. Laju keretanya meluncur membelahi jalan raya.
Tangisan Datin Ros semakin kuat apabila Daniel meninggalkannya. Satu-satunya anak yang mereka ada. "Abang, kita pergi tengok Eby. Ros risaukan Eby dengan cucu kita.." Dato' Kamal hanya mengangguk mengikut permintaan isterinya.
💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗
"Doktor, macam mana keadaan menantu saya?" Wajah doktor di hadapannya diperhati dengan pandangan yang risau.
"Alhamdulillah. Keadaan Puan Yuya sudah stabil. Tapi.."
"Tapi apa doktor?" Pintas Hariz dengan tidak sabar. Doktor perempuan dalam lingkungan 30-an itu tersenyum nipis.
"Kandungan Puan Yuya sangat lemah. Kalau boleh biarkan dia berehet secukupnya. Lagipun, tekanan darahnya tinggi. Mungkin Puan Yuya stres. Saya minta jangan bagi Puan Yuya terlalu stres sebab ia akan menjejaskan kesihatan kandungannya dan juga boleh menyebabkan Puan Yuya keguguran."
Datin Ros mengeluh halus. Dia tak nak kehilangan cucunya. Doktor itu meminta diri setelah tiada apa-apa yang perlu disampaikan. Datin Ros masuk ke dalam wad sambil mengelus lembut rambut Eby. Menantunya banyak tersiksa. Walaupun dia berpura-pura kuat, dia faham perasaan gadis ini. Terlalu memendam perasaan untuk menjaga hati suaminya.
Eby bergerak kecil dan membuka matanya apabila terasa kepalanya digosok. Wajah Datin Ros dipandang dengan pandangan sedih.
"Mama.."
"Ya sayang. Mama ada dekat sini." Air mata Eby disapu perlahan. Cukuplah Eby menangis. Dia juga perlukan kebahagiaan.
"Eby nak mak.. Eby rindu mak.." Lirih suara Eby meminta. Sejak dia berpindah ke rumah mertuanya, dia tidak pernah pulang ke rumah orang tuanya. Hanya telefon yang menghubungkan mereka.
"Nanti mama call mak dating sini. Sayang jangan nangis." Eby menggeleng. Wajah Puan Wardi terbayang di mindanya. Wanita itu yang selalu berada di sampingnya bila dia bersedih.
"Eby nak mak sekarang. Eby nak balik rumah mak. Eby tak nak duduk sini, abang Daniel jahat. Dia dah tak sayang Eby. Dia cuma sayangkan Kak Maira. Eby benci dia mama. Dia jahat, dia nak bunuh anak Eby.." Makin kuat esakan Eby. Tubuh Eby dirangkul masuk ke dalam pelukannya.
Kalau itu menantunya mahukan, dia akan tunaikan. Biarlah gadis ini mencari kebahagiaannya sendiri. Dia juga berhak untuk mendapatkan apa yang diingini.
"Eby.. Mama akan call mak. Eby jangan nangis macam ni. Nanti mak datang, Eby boleh balik ikut mak. Mama takkan halang Eby. Tapi Eby kena janji dengan mama, jaga baby ni baik-baik." Eby hanya mengangguk. Pipi Eby yang basah dilap dengan tangannya sambil tersenyum manis.
"Tak nak nangis lagi. Nanti baby pun sedih tengok mama dia menangis macam ni." Lembut Datin Ros memujuk Eby. Eby dibaringkan semula dan membetulkan selimut menutup badan Eby. Badan Eby ditepuk perlahan persis mendodoikan bayi. Dia meninggalkan Eby di wad apabila Eby kembali terlena selepas banyak menangis tadi.
Mana yang nak sangat Eby tinggalkan Daniel tu? Ni special untk korang. Eby takkan berjumpa lagi dgn Daniel selepas ni sehingga la anak diorang lahir. Get ready la ya nk kecam Eby pula😈
Please vote and comment💕
ANDA SEDANG MEMBACA
Daniel's Girl
Teen FictionPenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...
