Bab 63

5.8K 294 16
                                    

Eby termenung di tepi kolam sambil melayan perasaan. Perutnya digosok perlahan. Kandungannya kini sudah masuk lima bulan. Macam mana nasib anaknya nanti? Mampu ke dia membesar tanpa kasih sayang seorang ayah?

Air mata yang mengalir disapu. Dua bulan Daniel tidak pulang ke rumah ibu bapanya selepas berkahwin dengan Maira. Sedikitpun dia tidak bertanya khabar tentang Eby dan zuriatnya. Mungkin dia terlalu bahagia bersama Maira. Gambarnya bersama Daniel ditatap. Dia terlalu rindukan Daniel yang dulu.

"Eby."

Dia berpaling ke arah suara yang memanggilnya. Terukir senyuman nipis kepada sepupunya, Hariz. Matanya dilap supaya tidak meninggalkan kesan dia menangis

"Bila Hariz sampai?" Tanya Eby sekadar basa-basi.

"Baru je. Boleh Hariz duduk?" Eby hanya mengangguk, membenarkan Hariz berada di situ.

Suasana hening beberapa minit. Wajah Eby yang sembab dipandang simpati. Sampai bila dia harus menderita? Matanya pula beralih ke perut Eby yang membonjol.

"Dah berapa bulan?"

Eby tersentak dengan pertanyaan Hariz. Keningnya berkerut menandakan dia tidak faham dengan soalan Hariz.

Hariz tergelak perlahan dengan wajah keliru Eby. "Kandungan Eby dah berapa bulan?"

Eby tersenyum malu. Terlalu leka dia melayan perasaannya. "Ermm..dah masuk lima bulan." Hariz begitu teruja setelah Eby memberitahunya. Maknanya ada empat bulan lagi sebelum Eby bersalin. Muka baby yang comel terbayang-bayang di mindanya.

"Eby kalau Hariz tanya Eby jangan marah ya?" Berkerut wajah mulus itu. Jantungnya mula berdegup kencang menanti soalan Hariz.

"Kenapa Eby tak minta fasakh? Terang-terang Daniel layan Eby dengan teruk." Eby mengeluh halus.

"Hariz, Abang Daniel bukan sengaja layan Eby macam tu. Abang Daniel tak ingat, nanti bila ingatan dia pulih mesti dia akan ingat Eby. Eby pasti." Begitu yakin Daniel akan ingat semula. Tidak putus doanya kepada sang suami.

"Habis tu Eby rela kena pukul dengan dia? Itu dayus Eby! Lelaki jenis apa yang sanggup pukul isteri sendiri? Memanglah dia hilang ingatan tapi perlu ke sampai naik tangan?" Kelu lidahnya untuk menjawab. Ada betulnya kata Hariz. Sampai bila dia harus bertahan?

"E-Eby tak tahu Hariz.. Eby sayang Abang Daniel.. Eby rindu dia..tskk..tsk.. Eby t-tak tahu sampai bila Eby boleh bertahan.. Eby cintakan Abang Daniel..sangat-sangat..tsk..tsk.." Hariz bergerak ke arah Eby. Entah dari mana datang keberaniannya, dia menarik Eby masuk ke dalam pelukannya. Belakang Eby digosok perlahan untuk menenangkannya. Baju di bahagian bahunya dibiarkan basah dengan air mata Eby.

Eby menolak sedikit tubuh Hariz menjauhinya setelah tersedar kesilapannya. Terus dia bangun lalu menuju ke bilik. Hariz meraup mukanya. Kau dah kenapa Hariz? Sedar sikit Eby masih isteri Daniel.

💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗

"Maira." Daniel mendekati Maira yang terbaring di atas katil. Rambut isterinya dielus lembut. Maira tersenyum melihat wajah Daniel rapat dengannya.

"You nak apa, sayang?"

"Kita pergi rumah keluarga I malam ni. Mama ajak dinner dekat sana." Maira menarik muncung. Kalau pergi sana, ramai yang tak suka dia. Semua nak menangkan menantu kesayangan mereka.

"You tahu kan, papa dengan mama you tak sukakan I. Lebih-lebih lagi papa you tu. Garang je dengan I. Kalau dengan budak tu boleh pula dia cakap lembut-lembut."

Daniel mendengus. Kalau bukan sebab mamanya, dia pun tak nak jejakkan kaki ke sana. Dahlah dia perang dingin dengan papanya, nak menghadap pula muka Eby.

"It's okay. I ada. Jadi apa-apa pada you, I tahulah nak buat apa. Ikut I okey." Nak tak nak Maira mengangguk. Tangan Daniel dipegang apabila Daniel hendak bangun dari katil. Dia kembali duduk sambil menghadap Maira duduk bersila dengan wajah tidak luas hati.

"Kenapa ni? Nak kiss?" Gurau Daniel. Dada Daniel ditumbuk perlahan.

"You kata nak ceraikan Eby. Tapi kenapa dia masih berada dekat rumah family you?" Daniel terdiam. Dia masih belum memberitahu Maira tentang kandungan Eby. Malam nanti, dia akan tahu juga.

"Tunggu malam ni. You akan tahu kenapa. Ada soalan lagi? I nak pergi mandi ni." Maira menggeleng. Dahi dikucup perlahan oleh Daniel lalu beredar ke bilik air.

Sakit hatinya bila teringatkan Eby. Dia akan pastikan Daniel yang akan tinggalkkan dia. Walauapapun terjadi, Daniel tetap miliknya!

.

Eby menghidangkan lauk-pauk yang dimasak olehnya dan Mak Timah. Dia tidak sabar menanti kedatangan suaminya ke rumah. Hariz juga datang untuk memeriahkan lagi makan malam.

"Eby buat apa lagi? Kan mama dah suruh berhenti, nanti Eby penat pula." Eby hanya menggeleng. Dia perlu menyiapkan juga makanan kesukaan Daniel.

"Tak apalah mama. Eby nak siapkan ni je. Abang suka sangat lauk ni." Luah Eby tanpa dia sedar. Datin Ros memeluk menantunya. Begitu setianya Eby kepada Daniel walau Daniel banyak kali melukakan perasaannya.

"Kalau sayang penat berhenti. Panggil Mak Timah siapkan." Datin Ros menggosok lembut kepala Eby sebelum berlalu ke ruang makan.

Pintu dibuka apabila mendengar orang memberi salam. Datin Ros dan Hariz menyambut kedatangan Daniel dan Maira. Hubungan Daniel dan Hariz masih belum pulih. Datin Ros perasan anaknya acuh tak acuh menyambut huluran salam dari Hariz.

Dato' Kamal tidak mempedulikan anak dan menantu barunya. Hanya diam duduk di meja makan. Tiada langsung segarit senyuman untuk mereka berdua.

Eby keluar dengan membawa lauk kegemaran Daniel lalu diletakkan ke atas meja. Eby menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Daniel. Tangannya ditarik perlahan apabila Daniel tidak menyambutnya. Tangan dihulur pula untuk bersalam dengan Maira namun cepat-cepat dia menarik tangannya sebelum Eby mencium tangannya.

Eby agak terasa dengan Daniel. Tetapi dikuatkan hatinya untuk bersabar. Mungkin tangan aku kotor sebab itu abang tak sambut tangan aku tadi.

Hariz mengeluh halus. Hatinya yang panas disejukkan melihat perangai Daniel melayan Eby. Kalau ibu dan ayah saudaranya tiada di situ mungkin dia sudah menumbuk muka Daniel.

"Jomlah kita makan. Tak elok makan lewat-lewat." Datin Ros cuba untuk memeriahkan suasana apabila terasa keadaan semakin tegang.

Selesai sahaja makan malam, Dato' Kamal terus naik ke biliknya. Eby mengutip semua pinggan mangkuk dan diletakkan dalam sinki.
Daniel dan Maira berada di gazebo berdekatan dengan kolam. Entah apa yang dibualkan.

"Nak Hariz tolong?" Hariz menawarkan dirinya untuk menolong Eby. Kain diambil lalu mengelap pinggan yang dibasuh oleh Eby. Eby mengangguk perlahan. Masih malu dengan kejadian tempoh hari Hariz memeluknya ketika bersedih.

"Eby.. Maaf." Eby berpaling ke arah Hariz. Hariz memotong sebelum sempat dia berkata.

"Hariz tak patut peluk Eby hari tu. Sepatutnya Hariz sedar, Eby masih isteri Daniel. Maafkan Hariz ya?"

Eby tersenyum lalu mengangguk perlahan. "Janji tak buat macam tu lagi?" Bulat matanya memandang Hariz. Hariz hanya tersengih. Tak pernah nak berubah budak ni.

"Janji."










































Sambungan next chapter😋































Please vote and comment💕

Daniel's GirlWhere stories live. Discover now