Kini, sudah 2 bulan lebih Daniel menjadi guru di sekolah Eby. Selama dua bulan lebih juga title sepupu kepada Cikgu Daniel masih disimpan rapi. Daniel terlebih dahulu melarang Eby untuk mendedahkan status mereka berdua.
"Kau jangan bagitahu kawan-kawan kau yang kita ni sepupu."
"Kenapa pulak? Sepupu je kot. Bukannya suami atau ex-boyfriend Eby pun."
"Kalau kau cakap jugak,aku bagitahu pak long pasal crush kau." Daniel mula mengugut Eby apabila Eby tidak mahu mendengar katanya. Eby sudah cemberut. Jangan la bagitahu ayah pasal Hariz. Mampus aku kena kejar dengan parang nanti.
Eby membuat muka bosan. Asyik kata dia je kena ikut. Menyampah aku. "Ye lah, janji tak bagitahu sesiapa pasal ni. Tapi kena pulak nak rahsiakan? Benci sangat ke Niel dekat Eby?" Dengan polosnya Eby menanyakan soalan itu.
Daniel agak terkejut dengan soalan Eby. Benci? Aku benci dia ke? Tak. Sayang? Pun tak. Habis tu? Ciyang, antara benci dengan sayang? Entah la, aku pun tak tahu.
Daniel mengeluh halus. "Aku bukannya benci kau. Ye la kau kena la faham. Aku kan cikgu hot kat sekolah. Nanti tak pasal-pasal kau kena kecam." Eby mula terasa nak muntah apabila Daniel berkata begitu.
Cikgu hot konon. Padahal muka macam tongkang pecah, nampak sangat nak cari jawapan selamat. Tak kena langsung jawapan dia dengan soalan aku.
💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗
Daniel bergegas keluar dari rumah kerana dia sudah lewat 15 minit untuk berjumpa Maira. Mampus la aku!
"Daniel nak pergi mana tu?" Alahhh.. mama pulak panggil. Aku dah la lewat ni. Terpaksa dia berpaling dan pergi ke arah Datin Ros dan Dato' Kamal.
Sambil tersengih dia menjawab, "Niel nak jumpa Maira kejap." Datin Ros hanya mengangguk.
"Ye la, jumpa tu jangan la lama-lama pulak. Korang tu baru bertunang je." Dato' Kamal memberi nasihat kepada anak tunggalnya itu. Anak aku seorang ni cuti-cuti sekolah ni bukan nak duduk rumah. Jumpa si tunang je dia tahu.
Baru sahaja Daniel ingin melangkah pergi Datin Ros pula bersuara. "Lusa mama dengan papa nak balik ke kampung. Daniel pun kena ikut juga. No excuses!" Awal-awal lagi Datin Ros melarang Daniel daripada membuat sebarang alasan.
Daniel hanya mengiyakan sahaja. Terpaksa la aku balik kampung jugak. Jumpa dengan budak pendek itu lagi. Dekat sekolah muka dia, dekat kampung pun muka dia juga. Sabar je la.
"Yela ma,pa.. Niel pergi dulu"
..
Mega Mall..
"Sayang! You lewat. Tahu tak I bosan tunggu you. Menyampah tau!" Terus Maira menyerang Daniel setelah Daniel duduk di kerusi yang bertentangan dengan dia.
Daniel meminta maaf atas kelewatannya. Maira hanya menarik muncung. Tak suka la macam ni. Terus Daniel menarik muncung Maira.
"Hey! You ni kan.." Maira menepis lembut tangan Daniel. Daniel hanya ketawa melihat gelagat Maira. Sayang..sayang.. you ni comel la.
"Dah tak nak merajuk. Kan I dah ada depan you ni. Ke you tak rindu I? Hmm.." Daniel cuba untuk memujuk.
"Mesti la rindu. You dekat Perak mesti jumpa perempuan cantik-cantik,kan?" Sengaja Maira ingin menduga Daniel dengan soalan sebegitu.
"No baby..you yang paling cantik yang pernah I jumpa tau. Dah tak nak cakap macam tu nanti I jentik bibir you." Cepat-cepat Maira menutup mulutnya,takut dijentik oleh Daniel.
Daniel ketawa halus melihat telatah Maira. "Sayang, you dah ready ke nak kahwin dengan I? Jadi ibu kepada kepada anak-anak I?" Lembut Daniel menanyakan soalan itu.
Maira tersenyum bahagia,"Mesti la I dah ready. Kalau boleh I nak cepatkan perkahwinan kita tau."
Daniel menarik pipi kanan Maira. Alahai gebunya pipi. "Sabar sayang..I tak lari dari you pun"
Daniel mula teringat perbualannya dengan mama dan papanya pagi tadi. "Biy, lusa I kena balik kampung tau. So, jangan rindu I tau."
Maira mula membuat muka sedih. Ingatkan cuti sekolah ni boleh la nak berkepit dengan dia. Tulah bercinta lagi dengan cikgu. Hmm.."Yelahh..you kan selalu busy. Kena buat tu kena buat ni"
Daniel bermain dengan hujung rambut Maira yang dilepaskan. "I busy sebab I kerja baby. Untuk kita juga. Dah tak nak sedih-sedih. Jom kita pergi shopping. Tadi kemain cakap nak beli tu nak beli ni," Daniel memegang tangan Maira untuk pergi ke kedai yang Maira inginkan.
YOU ARE READING
Daniel's Girl
Teen FictionPenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...