Bab 70

7.7K 298 18
                                    

Daniel tersenyum melihat beberapa keping gambar anaknya yang dihantar oleh Datin Ros petang tadi. Comelnya anak papa. Pipi montel macam mama dia. Pandai mama pilih nama untuk anak papa.

"Daniel!"

Daniel tersentak daripada melihat gambar anaknya. Telefonnya dimatikan secepat mungkin sebelum Maira sampai ke tempatnya. Tidak pasal pula Maira mencurigakan perbuatannya.

"You ni kan.. Dari tadi lagi I panggil you. Tak menyahut pun." Punggung dilabuhkan ke atas bangku di sebelah Daniel. Muncung ditarik tanda tidak berpuas hati.

Daniel tidak mempedulikan Maira yang merajuk. Menyampah dengan perangainya yang semakin hari semakin gedik. Tahap kegedikannya tak terampun. Kalau bukan sebab Eby dan anaknya,dah lama dia cabut lari dari rumah ni daripada tinggal dengan manusia yang bertopengkan syaitan. Tahu menjatuhkan orang lain je kerja mereka.

"You dengar tak I cakap?" Lengan Daniel ditepuk perlahan. Kepalanya dilentokkan pada bahu Daniel. Masa aku sakit tak ada pula nak ambil tahu tentang aku. Masa sihat ni, sibuk nak bermanja.

"Ermm.."

"You kenapa? Kenapa macam tak nak layan I je?" Maira mula membentak. Sakit hati dengan perangai Daniel.

"Maira, please. I penat nak layan perangai you. Itu tak kena, ini tak kena. Semuanya tak kena pada you! You tak pernah layan I sebagai suami dan you tak hormat I langsung! Pakai minum I semua bibik yang sediakan. Bukan you!"

Daniel mengungkit semua perangai buruk Maira. Merah muka Maira menahan marah. "Habis tu you nak I jadi macam Eby. Lurus bendul ikut kata you. Sanggup kena pukul dan tak pertahankan diri sendiri. I bukan macam budak tak guna tu. You boleh buat pada dia tapi bukan I!"

"She's better than you! Walaupun I selalu pukul dia, maki dia tapi dia tetap ambil berat tentang I. Dia tak pernah abaikan tanggungjawab dia sebagai isteri!"

Tidak sangka Daniel sanggup menyebelahkan Eby daripada dia. Apa yang budak tu dah buat sampai Daniel jadi macam ni sekali.

"Kalau nak sangat isteri yang mithali, bertanggungjawab, you pergilah balik pada perempuan tu! I nak tengok sampai bila you boleh bertahan. You jangan buat lupa Daniel! Daddy I yang banyak tolong you lepas papa you halau you dari rumah." Riak cara Maira bercakap. Seperti dunia ini milik dia seorang.

"Fine! I keluar dari sini kalau itu yang boleh puaskan hati you. Tapi you jangan nak cari I dan tahu apa-apa pun pasal I lagi!"

Maira ditinggalkan seorang diri lalu mendaki anak tangga menuju ke biliknya. Beg diambil di atas almari lalu menyumbat segala pakaian dan barang yang penting ke dalam beg.

Beg di tangan Daniel dipandang. Dia tahu Daniel tidak sanggup untuk meninggalkan segala kemewahan di sini. Dia tidak pernah hidup susah sebelum ini.

"You dengar baik-baik Maira.."

Nafas dihela seketika. Keputusan ini muktamad. Apa pun yang berlaku dia tidak kisah.

"I ceraikan you dengan talak satu." Bulat mata Maira mendengar kata Daniel. Dia menggeleng tidak percaya.

"Sayang..please jangan ceraikan I. You bergurau kan sayang? You sayang I kan? Daniel please.." Tubuh Daniel dipeluk erat. Tidak mahu melepaskan Daniel pergi dari hidupnya.

Maira ditolak menjauhinya. Tiada lagi perasaan cinta pada perempuan ini. Sudah banyak kali dia melukakan perasaannya dalam diam.

"Tak.. I tak bergurau. You ambillah kunci kereta ni. Ini milik you bukan milik I." Daniel berjalan keluar dari perkarangan rumah Dato' Hisyam. Tidak dipedulikan raungan Maira yang semakin kuat kedengaran.

Hanya berbekalkan cahaya dari telefon dan lampu jalan, dia berusaha mencari teksi walaupun hari sudah lewat malam. Syukur dipanjatkan apabila sebuah teksi berhenti berdekatan dengannya.

.

"Anak mama dah bangun." Pipi montel Darwish dicium. Tersengih budak kecil itu apabila diagah oleh mamanya.

"Aahh..ppuuff"

Tergelak Eby melihat Darwish seperti bercakap dengannya. Pagi-pagi dah ceria si comel ni. Tak banyak ragam.

"Jom kita mandi. Sayang mama ni bau busuklah." Perut Darwish menjadi mangsa ciuman Eby. Kuat anaknya mengekek ketawa kerana geli.

Baju Darwish dibuka kemudian lampin turut dibuang. "Cepat tutup. Malulah tunjuk pada mama." Pinggang Darwish dibalut dengan tuala kecil. Tubuh si kecil di dukung dan di bawa ke tandas. Besen kecil sudah terisi dengan air. Badan Darwish direndam sedikit di dalam air. Dijirus sedikir kepala anaknya dengan air.

Baru umur tiga minggu lebih, dah aktif budak kecil ni. Suka tendang-tendang air sampai basah baju mamanya. Eby mengelap tubuh Darwish setelah siap dimandikan dan dipakaikan baju yang dibeli oleh Datin Ros.

"Wanginya anak mama. Ni mama geram ni nak cium pipi bulat dia." Pipi Darwish menjadi mangsa ciuman Eby lagi. Comel sangat anak lelaki dia ni.

"Jom kita pergi dapur. Tengok nenek buat apa dekat dapur." Kak long terus menerkam ke arah Darwish apabila dua beranak itu keluar

"Hai anak mak long. Wanginya dia dah mandi." Darwish di ambil dari dukungan Eby. Darwish memang jenis ramah. Semua orang dia nak.

"Daa..daa..daaa"

"Aip! Bisingnya mulut dia. Darwish cakap apa? Mak long tak fahamlah." Darwish dibawa ke ruang rehat dan diletakkan di atas tilam nipis khas untuk Darwish.

"Mak, buat apa tu?" Tegur Eby.

"Mak masak mi goreng je. Tapi mak dah masak makanan untuk Eby. Eby kan kena berpantang." Eby menarik muncung. Tak sukalah kena makan makanan tu. Dahlah tawar. Kena pula minum air akar kayu.

"Jangan nak tarik muncung. Berpantang ni untuk kesihatan Eby juga. Bila Eby dah tua, mudah dapat penyakit tau kalau tak berpantang elok-elok." Dah mula dah mak nak membebel. Terpaksalah Eby mengiyakan sahaja.









































Please vote and comment💕

Daniel's GirlWhere stories live. Discover now