"Aku suka kau."
Eby terpempan. Terkejut dengan luahan Daniel. Dia menunduk untuk menyorokan mukanya yang telah bertukar merah. Takkanlah..
"Hahaha.. Aku gurau je la budak. Alahaii.. Dah macam tomato dah muka kau. Dari tadi lagi mulut kau tu asyik pot pet pot pet, nak suruh kau diam je." Daniel buat-buat ketawa, sedangkan dalam hatinya dia sedih, kecewa,semua ada melihat reaksi Eby.
Dia sengaja mencipta alasan bergurau. Dia takut Eby akan membencinya.Mata Eby mula berkaca. Dia mainkan perasaan aku. Terus dia meninggalkan Daniel tanpa sepatah kata,masuk ke dalam bilik.
Dia menyembamkan mukanya di atas teddy bear. Terdengar esakannya di sebalik teddy bear kesayangannya. Teddy bear yang diberi oleh Daniel semasa hari lahirnya tiga tahun lepas.
"Niel jahat..tsk..tsk.. Kenapa Niel buat Eby macam ni..tsk..tsk..Kenapa Niel mainkan perasaan Eby."
Di ruang tamu, Daniel terdiam seribu bahasa. Menyesal dengan perbuatannya tadi. Kalaulah dia tidak luahkan perasaannya, mesti dia dengan Eby baik-baik je.
💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗
Sudah seminggu berlalu, Daniel dengan Eby masih belum bercakap. Asalkan berjumpa,pasti Eby akan mengelak.
Dalam seminggu juga Daniel menahan perasaannya melihat Eby rapat dengan Adrar. Kalau boleh nak je dia heret Eby menjauhi Adrar tapi apa pula cikgu lain kata,terpaksa dia pendamkan sahaja.
Semalam Datin Ros menelefonnya bertanyakan persediaan untuk melangkah ke gerbang perkahwinan. Masih terngiang-ngiang perbualan dengan mamanya.
"Assalamualaikum.."
"Waalaikumussalam, ma. Mama sihat?"Daniel bertanyakan khabar mamanya.
"Mama sihat je sayang. So, anak mama ni dah bersedia ke nak jadi suami orang. Niel ada lebih kurang tujuh hari lagi tau nak tamatkan zaman bujang."
Seperti yang dijangkakan, pasti mamanya akan bertanya tentang perkahwinannya. Daniel menghela nafas berat.
"Macam tu je la ma.. Semua dah tempah, tunggu minggu depan je la."
Daniel menjawab dengan lemah."Haihh.. Kenapa lemah je mama dengar? Ada masalah dengan Maira ke? " Datin Ros dapat mengesan keresahan di sebalik suara anak tunggalnya.
"Tak ada apa-apa la. Niel okey je dengan Maira." Tak ada mood la bercakap pasal ni.
"Niel.. Kalau ada masalah dengan Maira, berbincang elok-elok. Nanti kalau dah kahwin, senang tau orang lain nak runtuhkan rumahtangga Niel. Okey sayang."
Daniel hanya hmm.. Dia tak tahu nak balas apa. Dia tiada masalah dengan Maira tetapi Eby. Eby masalahnya sekarang,dia tak nak kehilangan Eby.
"Niel.. Are you there? "
"Yes ma.. "
"Tak apalah Niel. Bincang elok-elok dengan Maira. Mama ada kerja nak buat. Kirim salam rindu pada Eby ya. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam.." Kirim salam rindu? Dengan aku pun dia tak nak bercakap.
"Woii.. Termenung jauh nampak." Nazrin menepuk kuat bahu Daniel.
"Kau nak aku mampus awal ke? " Daniel menjeling ke arah Nazrin.
Nazrin hanya ketawa kuat. Dah biasa dah kena marah dengan Daniel. Nasib baik tak ramai sangat guru masa ini. Kalau dah ketawa memang ingat dunia betul.
"Yang kau termenung tu kenapa? Rindu Maira ehh? Sabar ya wahai kawanku.. Ada beberapa hari je lagi." Nazrin menepuk perlahan atas belakang Daniel. Sengaja menyebut nama Maira untuk melihat reaksi rakannya.
"Jangan menangis kawanku, ini hanyalah sementara.. Berdoalah pada yang Esa, terus menahan sabar.. Agar bahagia di sana.." Boleh pula dia menyanyi lagu Sabar untuk Daniel sambil duduk di mejanya,sebelah Daniel.
Daniel menggumpal kertas kotor lalu dibaling ke muka Nazrin. Tak guna! Kau perli aku!
"Sakitlah gila. Habis muka aku yang kacak lagi bergaya lagi meletopsss ni." Daniel membuat muka bosan. Mamat ni memang tak habis dengan perasan.
"Dari aku layan kau, baik aku pergi kantin,makan. Tak pasal-pasal nanti aku makan kau kejap lagi." Daniel mengemaskan barangnya yang berselerak di atas meja.
"Abang Daniel janganlah makan saya. Kesian dekat bakal isteri saya nanti.. Uhukk..uhukk.." Dah nak mula dah perangai gedik dia. Menyampah aku!
Daniel tidak melayan perangai gila kawannya. Dia terus meninggalkan Nazrin dengan lakonannya. Dah macam mak nyah nak berabang-abang dengan aku. Aku belum songsang lagi okey.
"Abang Daniel! Nak pergi kantin jugak. Baby pun lapar juga. Abang Daniel belanja baby ehh." Nazrin mengejar langkah Daniel, lengan Daniel disambar lalu melentokkan kepalanya pada lengan sasa Daniel.
"Ermm.. Sado. I like it." sempat dia memberi komen.
Daniel merentap tangannya. Meremang bulu roma kalau jantan ni dah mula merenyam.
"Kau ni gilalah. Kalau orang nampak tak pasal-pasal orang cakap aku gay."
"Hahaha.. Wak lek wak peace. Orang sado memang ramai yang gay." Nazrin membuat muka selamba. Mereka berdua menjawab salam apabila pelajar memberi salam kepada mereka.
"Tapi aku bukan gay." Geram Daniel dibuatnya. Cekik jugak lelaki ni karang. Tak habis-habis pasal gay.
"Ye..aku tahu kau bukan gay. Kalau tak,kau takkan suka dekat budak yang nama Yuya Irdina."
Prangg!!
Bagai kaca yang pecah berderai Daniel mendengar kata-kata Nazrin. Jantungnya berdegup seperti dikejar anjing gila.
"Ap-Apa yang kau merepek ni Naz?" Daniel berpaling ke arah lelaki yang sama tinggi dengannya.
"Aku tahu, sebenarnya kau dengan Adrar sukakan budak yang sama." Wajah Nazrin yang tadinya ceria bertukar serius. Daniel terdiam.
"Aku nampaklah Daniel. Setiap kali budak tu datang bilik guru, kau curi pandang dia. Kau cemburu budak tu cari Adrar.
Aku ada terdengar korang bercakap pasal Yuya Irdina masa aku dengan Mikael dekat dapur panaskan laut yang mak long kau bagi. Masa tu aku tak sengaja pun curi dengar perbualan korang.
Dan satu lagi, aku pernah nampak kau dengan budak tu makan sekali dekat Dè Flora Cafe. Korang masa tu nampak happy je."
Panjang Nazrin memberi penjelasan. Akhirnya, salah seorang rakan baiknya perasan juga.
"Mika tahu ke pasal ni?" Daniel takut perkara ini sampai kepada Adrar.
"Tak. Aku je yang tahu. Dah kau tak payah risaulah. Biasalah, kau tu tunang orang. Macam-macam dugaan. Semua tu permainan syaitan je. Jangan pedulikan sangat perasaan tu."
Nazrin memberi nasihat kepada Daniel. Dia risau hubungan Daniel dengan Maira terputus macam tu je. Macam sia-sia mereka bertunang lama-lama. Lagi satu,Maira nak campak dekat mana? Dekat laut? Dalam longkang? Ke dalam lubang jamban?
Daniel senyap. Ada betulnya kata-kata Nazrin. Dia tunang orang. Banyak sangat cabaran sebab tu aku kena pandai mengawal semua perasaan tu. Ya! Aku kena lupakan Eby. Dan Maira.. dia bakal isteri aku.
Okey.. Daniel dah nak lupakan Eby.😢 Sis redho😞 Tapi kuat ke dia nak lupakan Eby? Macam tak boleh je.. 😂 takpe kita tengok je nanti. Bro kuat ke tak kuat.
YOU ARE READING
Daniel's Girl
Fiksi RemajaPenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...