Bab 29

5.4K 299 11
                                    

Eby mengeluh perlahan. Esok dah nak trial,dia belum bersedia lagi. Dah la Daniel siap bagi syarat. Dia nak markah addmath 45 ke atas. Gila ke apa? Paling tinggi yang dia pernah dapat pun 42 je. Ni nak 45 ke atas. Kalau tak,Daniel akan merampas telefonnya. Lepas spm baru dapat semula.

Sedang dia terkenang akan markah addmathnya, Adrar muncul di hadapan matanya. Bulat mata itu memandang Adrar. Nasib baik ketika ini ramai yang datang ke perpustakaan.

"Kalau awak terus pandang buku tu sampai tembus pun,awak takkan dapat apa-apa la Yuya." Adrar ketawa di hujung katanya. Suka dia memandang wajah gadis di hadapannya.

Eby tersengih. Tak sangka pula Adrar perasan kelakuannya. "Saya risau la cikgu. Trial dah nak dekat. Banyak lagi saya tak prepare. Kan cikgu juga yang cakap,cikgu nak saya dapat A untuk matematik." Eby meluahkan rasa kegusarannya untuk menghadapi peperiksaan pada keesokan hari.

"Jangan risau dan jangan stres. Kalau awak terus macam ni,ia akan beri kesan untuk awak menjawab exam esok.

Esok exam Bahasa Melayu,jadi awak prepare yang itu dahulu. Biarkan dulu subjek yang kritikal. Jangan pula awak fokus subjek yang susah je,habis subjek teras awak down. Kalau boleh awak kena imbangkan.

Awak jangan risau okey. In Shaa Allah awak boleh jawab,dan saya pasti awak boleh dapat A. Jangan putus berdoa dan apa yang paling penting ingat siapa yang memberi rezeki kepada semua manusia." Panjang Adrar memberi nasihat. Kata-kata Adrar menjentik tangkai hati Eby.Dia bukan la manusia alim dan warak. Kadang-kadang ada juga dia buat salah.

Eby menutup buku latihan dan mengemas barangnya untuk masuk ke kelas. Ada 5 minit lagi sebelum loceng berbunyi. Sebelum melangkah pergi,dia berpaling ke arah Adrar.

"Cikgu,terima kasih atas nasihat cikgu." Eby berlalu pergi dengan barangnya di tangan.

Daniel yang berada di belakang rak buku itu mencuri dengar perbualan mereka. Salah dia juga,dia terlalu menekankan Eby untuk lulus subjek itu sehingga Eby meluahkan perasaannya pada orang lain. Sedikit sebanyak dia berasa terkilan.

💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗

Selesai Eby menghafal,membaca dan sewaktu dengannya selama 2 jam setengah,dia mula berbaring di atas katil sambil bermain dengan telefonnya. WhatsApp dibuka apabila menerima mesej dari Daniel.

Daniel💕
Tak tido lagi budak kecik sorang ni? Esok kan nak exam😡

Eby💞
Alahhh..Eby baru je habis study. Jadi Eby guling-guling atas katil sambil main phone la kejap.

Daniel💕
Main sekejap je. Lepas tu tido. Faham baby girl?

Baby girl? Eby tersenyum malu. Memang selau Daniel memanggilnya baby selepas kahwin. Tapi dia je yang selalu muka bertukar warna merah tiap kali Daniel memanggilnya baby.

Eby💞
Aip! Aip! Captain! Doakan Eby dapat jawab dengan baik ehh.😘

Daniel💕
Eby sentiasa dalam doa Niel,sayang.

Eby💞
Terima kasih, Niel😊 Ermm..ok la Eby dah nak tido. Good night.

Daniel💕
Alright. Good night sweetheart.

Eby menutup telefonnya setelah membaca mesej Daniel. Teddy bear yang diberi oleh Daniel dipeluk dengan ketat.

'I love you,Niel.'

Daniel's GirlWhere stories live. Discover now