Eby yang terbongkang tidur di atas sofa Daniel dekati. Kepala digeleng melihat isterinya yang lena dibuai mimpi. Dia baru sahaja habis mesyuarat. Balik rumah terus matanya dijamu dengan budak kecik tidur ternganga.
Tubuh Eby dicempung untuk dimasukkan ke dalam bilik. Kesian pula nak dikejutkan,lena sangat tidurnya. Dia menunduk lalu mencium dahi Eby dengan penuh kasih. Eby bergerak kecil apabila terasa tidurnya terganggu.
Matanya dibuka sedikit kemudian lengan kiri Daniel yang duduk di birai katil dipaut. "Abang..bila abang balik?" Terhenti pergerakan tangan Daniel dari membuka butang kemejanya.
"Baru je. Abang ganggu Eby tidur ke?" Eby menggeleng perlahan walaupun dia masih terasa ciuman Daniel di dahinya.
"Taklah. Eby memang dah bangun masa abang balik lagi. Saja je nak abang dukung letak dalam bilik." Eby tersengih tidak bersalah.
Daniel tergelak dengan pengakuan Eby. "Pandai ya berlakon tidur. Cubit kang." Hidung Eby dicuit perlahan. Tangan Daniel dihidungnya dipegang lalu diletakkan pada pipinya. Kemudian ruang di sebelahnya ditepuk perlahan, menyuruh Daniel untuk berbaring di sebelahnya.
Daniel hanya menurut kemahuan Eby. Tubuhnya direbahkan sebelah Eby,mengiring menghadap perempuan kesayangannya. "Nak peluk,abang." Pinta Eby dengan manja.
Tubuh kecil Eby dipeluk tanpa sebarang bantahan. Budak kecil ni dah masuk mood nak bermanja. "Abang.." Meleret Eby memanggil Daniel.
"Hmm.." Mata Daniel sudah terpejam. Penat bekerja seharian.
"Bagitahu la Eby bila abang mula sayangkan Eby?" Penuh berhati-hati Eby menuturkan katanya. Daniel tergelak mendengar soalan Eby. Alahaii..baby aku ni.
"Sebelum kita kahwin lagi." Ringkas Daniel menjawab. Tangannya di pinggang Eby diketatkan.
"Sebelum kahwin? Bukan ke abang dengan Kak Maira?" Daniel membuka matanya memandang Eby dengan wajah tertanya-tanya.
"Secara fizikalnya memang abang dengan dia cuma perasaan abang pada Eby. Abang tak cintakan dia tapi abang cintakan sayang." Dahi Eby dicium sebentar kemudian dia menyambung kembali. "Abang pun tak tahu bila abang mula cintakan sayang."
Wajah tampan Daniel diperhati. Dulu wajah inilah yang selalu buat dia menangis apabila diusik,tapi sekarang dia tidak boleh hidup tanpa lelaki ini.
"Kenapa abang tak jadi lahwin dengan Kak Maira?"
"Dia dah kahwin lain. Dia tak bagitahu abang pun. Nasib baik sayang ada masa tu. Kalau ikutkan papa dah nak batalkan majlis tu tapi abang sempat halang. Abang nak kahwin dengan sayang." Daniel tersenyum ikhlas. Rambut Eby dielus dengan sayang.
"And now..sayang dah jadi isteri abang yang sah. Abang bersyukur sangat. Mungkin ada hikmah Maira kahwin dengan orang lain." Eby tersenyum bahagia. Rasa syukur tidak terhingga kepada sang pencipta mempertemukan seorang lelaki yang ikhlas menyayanginya.
💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗
Nombor yang sama berulang kali di dail. Kali ni dah masuk 15 kali nombor Amran ditekan. Tak guna punya jantan. Tak reti nak angkat ke aku telefon ni.
Kali ke-19 nombor itu di dail akhirnya panggilan itu bersambung jua dengan pemanggil di hujung sana. "Hahh! Kau nak apa?" Amran menjawab kasar. Kurang ajar punya jantan.
"Dah seminggu aku suruh kau buat kerja,mana hasilnya!? Aku tengok dua ekor tu lagi bahagia. Aku bayar kau mahal-mahal tapi kau tak buat kerja!" Azyanie mula membentak marah. Buat rugi duit upah orang macam ni.
"Kau ingat senang ke hah nak buat kerja? Bayar tak seberapa nak hasil cepat? Bayar la lebih lagi!" Azyanie mendengus geram. Jantan ni memang sengaja menguji kesabaran aku!
"Okey! Fine! Aku tambah lagi RM4000. Aku akan bayar kau RM7000 bila kau dah siap kerja kau! Kau ingat ehh aku buat kerja kau!" Panggilan terus diputuskan tanpa mendengar balasan Amran.
Amran tersenyum puas. Lebih baik aku buat kerja cepat. Siap tak nak duit RM7000 tu. Lagi cepat aku buat kerja lagi cepat aku dapat duit tu.
Gambar Daniel dan Eby dikeluarkan dari poket seluarnya. Ditatap gambar itu dengan riak yang kosong. Rasa kesian pada Eby memang ada tapi itu kerja dia. Dia perlukan duit dengan segera. "Maafkan aku budak. Walaupun aku tak kenal kau, aku terpaksa buat juga." Gambar itu disimpan kembali ke dalam poket seluar jeansnya yang lusuh.
Please vote and comment💕
YOU ARE READING
Daniel's Girl
Fiksi RemajaPenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...