Azyanie menghempaskan beg tangannya di atas meja. Lelaki di hadapannya hanya beriak biasa. Sudah masak dengan perangai perempuan bernama Azyanie. Adalah tu benda yang dia nak tapi tidak dapat.
"Kau nak apa jumpa aku sampai sanggup datang dari jauh?" Amran,lelaki yang selalu diupah untuk melakukan perkara diluar jangkaan, bertanya terus. Malas mahu membuang masa.
"Aku nak kau pisahkan diorang." Gambar Eby dan Daniel dikeluarkan lalu diletakkan di atas meja. "Aku tak kisah apa yang kau nak buat,apa yang penting diorang berpisah. Dan aku tak nak salah satu sari diorang mati. Cukup setakat diorang berpisah." Panjang dia menerangkan kepada Amran. Jangan fikir aku terus senyap je budak,aku akan pastikan Daniel akan tinggalkan kau.
Gambar Eby diperhati oleh Amran. Kesian kau budak,kecil-kecil dah jadi mangsa Azyanie. "Hermm..nanti aku pergi ke sana. Upah aku?" Asap rokok dihembus sesuka hati. Dia tidak menghiraukan kesan kepada kanak-kanak kecil yang berada di sekitarnya.
"RM3000?" Azyanie menduga.
"Up sikit lagi."
Azyanie menggulingkan mata ke atas. Mengada-ngada. "RM6000."
"Okey." Amran menjawab sepatah setelah dia berpuas hati. Azyanie mengeluarkan sampul berisi wang.
"Untuk pendahuluan ni aku bayar kau RM3000 dahulu. Lepas kau selesai buat kerja aku bayar lagi RM3000." Sampul berwarna coklat diambil oleh Amran lalu bingkas bangun keluar dari restoran. Azyanie tersenyum puas. Kau tunggu la budak. Lepas ni kau dah tak boleh menempel dengan Daniel lagi.
💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗
Daniel terpaksa membawa Eby sekali ke rumah sewanya selepas pulang dari sekolah. Takkan nak tinggal budak kecil ni seorang diri.
Eby memandang sekeliling rumah sewa suaminya. Hmm..boleh tahan bersih sekeliling rumah ni. Mesti cikgu-cikgu dekat rumah ni pembersih orangnya.
"Eby tunggu dekat luar. Semua lelaki dekat dalam tu." Eby hanya mengangguk. Daniel memberi salam lalu masuk ke dalam rumah. Ada orang kot sebab pintu tidak tertutup rapat.
Eby duduk di atas buaian dan dibuai perlahan-lahan. Terus Eby berdiri apabila seseorang memberi salam dari belakangnya. Orang itu hanya ketawa melihat keletah Eby.
"Hee..cikgu Adrar. Terkejut saya." Dadanya dipegang. Ingatkan siapalah tadi. Salam yang diberi tadi dijawab perlahan.
"Kenapa tak masuk dalam? Tak panas ke duduk dekat luar ni." Lembut tutur kata Adrar. Wajah Eby yang kemerahan tidak lepas dipandang. Dia mengalihkan matanya setelah Eby berdehem untuk menghilangkan gugup. Mungkin tidak selesa dipandang sebegitu.
"Abang Daniel suruh tunggu dekat luar. Semua lelaki dalam rumah tu." Adrar hanya mengangguk. Suami mana tak risau kalau isteri dia ada dalam satu rumah lelaki bujang.
Beberapa minit kemudian, Daniel keluar dari rumah diikuti oleh Nazrin dan Mikael. Adrar menyalami Daniel seperti tiada yang berlaku antara mereka berdua.
"Kau ni Daniel,kalau ya pun suruh Yuya tunggu dekat luar suruhlah dia duduk dekat anjung tu. Kesian budak ni duduk bawah pokok panas macam ni." Mereka bertiga agak terperanjat dengan perangai Adrar. Dia berleter pada Daniel?
"Err..sorry Eby. Balik nanti abang belanja aiskrim,okey." Kepala Eby yang berlapik tudung sekolah diusap. Cepat je budak pendek di sebelah mengangguk. Adrar memerhati ragam pasangan di hadapannya. Biarlah asalkan rakannya bahagia.
"Daniel." Daniel berpaling apabila namanya disebut. "Aku bukan nak halau kau ke apa tapi aku rasa baik kau tinggal terus je dekat rumah mertua kau." Dahi Daniel berkerut seribu. Kenapa tiba-tiba?
"Betul tu Neil. Kesian dekat kau nak ulang-alik datang sini ambil barang kau." Tambah Nazrin,menyokong cadangan Adrar.
"Kitorang pernah berbincang pasal ni sebab kitorang nampak muka kau letih gila masa kau balik hari tu." Walaupun Mikael orang terakhir yang mengetahui perkara sebenar,dia tidak berkecil hati dengan rakannya. Mungkin ada sebab Daniel buat macam tu.
"Ermm..betul. Lagipun orang sebelah kau tu kena menempel dengan kau 24 jam tau." Gurau Adrar. Eby terkebil-kebil melihat Adrar dan Daniel. Pipinya mula bertukar merah dengan gurauan Adrar.
"Kau dah tak.."
"Tak Daniel. Itu hak kau. Aku tak nak bergaduh dengan kau. Lagipun semua ni dah berlaku dan kau kawan baik aku dari kecik lagi." Adrar menghadiahkan senyuman ikhlas.
Daniel memeluk Adrar dan ditepuk kasar di atas belakang Adrar. "Woii!! Sakitlah gila!" Nazrin dan Mikael tergelak melihat perangai dua orang rakan merela. Syukurlah mereka bergaduh tidak lama.
"Tapi kalau aku tahu kau mainkan perasaan dia sampai lubamg cacing aku cari kau." Perlahan Adrar berbisik. Hanya didengari mereka berdua sahaja.
"Aku takkan buat macam tu." Daniel membalas. Adrar mengangguk. Dia percaya Daniel tidak akan berbuat demikian.
"Kalau korang dah kata macam tu,nanti-nanti la aku ambik barang aku. Sekarang ni dah lewat,budak kecik ni tak boleh dengar perkataan belanja nanti dia tuntut." Eby mula menarik muncung. Suka hati je cakap pada cikgu.
"Yelah. Bila-bila masa kau boleh datang sini. Tapi jangan tangan kosong sudah. Macam kau tak tahu dua orang tu. Kalau dah dapat makan macam bela saka." Pedas ayat Mikael ditujukan pada Adrar dan Nazrin. Eby dah tergelak tak ingat dunia sehingga berair matanya.
"Eby..kawal sikit ketawa tu." Eby cuba untuk mengawal ketawanya setelah ditegur Daniel. Apakan daya perutnya bagai digeletek untuk terus ketawa. Boleh tahan pedas mulut cikgu Mikael.
Daniel meminta diri setelah tiada sebarang urusan. Alhamdulillah, tiada lagi persengketaan antaranya dengan Adrar. Dia yakin Adrar tidak merampas Eby darinya dan semua ini sudah terbukti yang Adrar sudah memaafkannya.
Please vote and comment💕
YOU ARE READING
Daniel's Girl
Teen FictionPenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...