Bab 55

4.6K 267 36
                                    

Tajam Adrar memandang Daniel dan Maira di hadapannya. Nazrin dan Mikael dapat merasakan suasana sangat janggal dengan kehadiran Maira. Eby yang berseorangan di meja sebelah dipandang simpati. Dia masih budak dan tidak patut diperlakukan sebegitu.

"Macam mana kaki kau? Dah okey ke?" Nazrin memecahkan kesunyian antara mereka.

"You ni Naz.. Kalau kaki Daniel tak okey, dia tak adalah dekat sini." Maira tergelak halus. Adrar yang mendengar merasa terlalu jengkel. Dia mendengus kuat.

"Kau kenapa Adrar? Macam ada masalah je?" Daniel bertanya apabila melihat wajah rakannya yang masam. Jelas raut wajah itu tidak selesa.

Adrar menggeleng. "Tak ada apa-apa. Aku okey." Eby berpaling apabila terasa dirinya diperhatikan. Cikgu Adrar..keadaan ni kembali berulang.

Daniel perasan Adrar kerap memandang Eby. Dia tidak tahu apa yang dia rasa tetapi yang penting dia tidak suka. Kemudian, Maira meminta diri untuk ke tandas. Nak belek muka dia yang macam tongkang pecah la tu. Sempat Mikael mengutuk Maira.

"Apa yang kau dah buat ni Daniel?" Terus Nazrin menerjah persoalan yang bermain di benak fikirannya setelah Maira berlalu ke tandas.

"Aku buat apa?" Keliru dengan soalan Nazrin.

"Bukan ke kau bahagia yang Maira dah kahwin dengan orang lain? Tu, kenapa kau halau Yuya duduk tempat lain? Selalunya kau tak boleh berenggang dengan dia." Daniel mendengus apabila nama Eby disebut. Di rumah budak ni, dekat sini pun budak ni. Tak ada orang lain ke?

"Korang dengan keluarga aku sama je la. Asyik bela budak tak guna tu je." Keras suara Daniel berkata. Mereka bertiga terkejut dengan perangai Daniel.

"Huh, budak tak guna. Budak tak guna tu la yang kau sayang, yang kau manjakan. Mana diri kau yang dulu Daniel. Kau tak pernah panggil budak tu dengan perkataan kesat." Adrar mula naik angin dengan perangai Daniel. Dari hari dia terjumpa Eby berjalan seorang pada waktu malam lagi dia mengesyaki ada sesuatu yang berlaku.

"Aku tak ingat siapa budak tu pada aku. Dan aku hanya tahu dia sepupu aku. Mana aku tak angin, aku sedar je dia datang mengaku aku ni suami dia. Tak ke gila namanya tu?"

"Memang tak gila sebab kau yang hilang ingatan. Macam ni la Daniel, aku dah malas nak berkias bagai. Kalau aku tahu kau sakitkan Yuya memang pecah muka kau! Aku takkan senang-senang lepaskan kau, sampai lubang cacing aku akan cari kau, Daniel!" Adrar memberi amaran keras kepada Daniel lalu pergi ke meja yang diduduki oleh Eby.

Panas hati Daniel apabila Adrar menyebelahi Eby. Lagi panas hatinya melihat Eby tersenyum mesra bersama Adrar. Boleh dia bermesra dengan jantan lain depan aku? Memang siap aku kerjakan kau balik nanti.

💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗

"Cakap dekat aku, apa hubungan kau dengan Adrar?!" Pipi Eby ditampar kuat. Rahang Eby dicengkam dengan kuat. Muka Eby dipandang dengan perasaan benci.

"Dia cuma cikgu Eby je abang.. Dia kawan abang.."

"Kau jangan nak bohong aku perempuan! Aku nampak cara dia pandang kau!" Pipi Eby ditampar sekali lagi. Lebih kuat dari tadi. Darah mula keluar ditepi bibir.

"Abang..sakit.." Terasa pijar kedua pipinya. Lebat air matanya mengalir jatuh menitis ke cadar.

"Kau bangun. Aku cakap bangun!" Eby hanya menurut perintah Daniel. Perlahan dia bangun dari katil.

"Pandang aku." Rambut Eby dicengkam lalu didongakkan ke arahnya dengan kasar. Eby takut untuk memandang mata suaminya yang kian gelap dengan api kebencian.

"Kau jumpa dengan jantan tu belakang aku memang aku bunuh kau! Faham?!" Eby mengangguk perlahan. Terus ditolak kepala Eby ke katil.

Eby menangis tertahan-tahan selepas Daniel meninggalkannya di dalam bilik. Dia tidak tahan dengan perangai Daniel. Setiap hari dia akan di maki, diherdik dan di hina oleh suami sendiri. Sampai bila dia boleh bersabar dengan Daniel?





























Ok sis thu chapter ni pendek. Hahahahahahaha😂 kakak sis menyibuk nk tgk apa yg sis buat habis terbang melayang idea sis😆















Please vote amd comment💕

Daniel's GirlWhere stories live. Discover now