Mulai hari ini, Daniel sudah mula bekerja dengan Dato' Kamal. Alhamdulillah, kakinya sudah sembuh dan tidak perlu lagi menggunakan tongkat ketiak.
Eby pula semakin hari semakin memendam perasaan. Disabarkan hatinya untuk menghadapi segala kebencian Daniel yang semakin menggunung. Kini, dia tidak tidur sebilik dengan Daniel lagi. Dia masih berada di bilik bawah manakala Daniel tidur di biliknya di tingkat atas. Dato' Kamal dan Datin Ros tidak tahu lagi cara untuk menasihati anak tunggalnya itu untuk menerima Eby.
Ketika Daniel ingin keluar melangkah ke keretanya yang baru dibeli, namanya diseru oleh Eby. Dingin dia memandang gadis di hadapannya.
"Salam abang.." Tangannya dihulur untuk menyalami suaminya. Tangan kecil itu dipandang dengan penuh jijik. Ada hati nak pegang tangan aku.
Dia tidak menghiraukan huluran Eby lalu meninggalkan Eby terkulat-kulat di hadapan pintu. Eby tersenyum pahit. Mungkin tangan aku kotor sebab tu abang tak nak salam. Eby menyedapkan hatinya yang kian sedih. Sayu dia memandang kereta suaminya yang kian menghilang dari pandangannya.
.
"Wow! Hensemnya buah hati I." Puji Maira setelah dia melabuhkan punggungnya di kerusi restoran yang mewah.
"You nak apa puji I melambung ni?" Hidung Maira dicuit. Tidak dihiraukan dengan pandangan asing yang curi-curi memandang mereka.
"Mana ada. I cakap benda yang betul la. You look very handsome. Cemburu tau perempuan lain pandang you. Tengok tu, perempuan meja sebelah selalu pandang you." Bibir dijuihkan tidak puas hati. Daniel tergelak dengan keletah Maira.
"Sayang.. Perempuan dekat rumah I tu pun I tak pandang, ni diorang sebelah mata pun I tak nak pandang tau. Cuma you je I nak tatap puas-puas." Maira tersenyum bahagia. Dia tahu Daniel begitu sayangkan dia. Tak pernah dia meraguinya.
"Mengada-ngada la you ni. You.. Jom kahwin. I nak ada keluarga dengan you. I want to spend my life with you." Daniel mengeluh halus. Bukan dia tak nak cuma serabut dengan budak dekat rumah tu. Keluarganya tidak putus membela Eby.
Maira menepuk sedikit tangan Daniel yang termenung. Orang bercakap ni dia termenung pula. "You.. I bercakap dengan you ni. You tak nak kahwin dengan I ke?"
"Maira, look.. I bukannya tak nak kahwin dengan you. You tahu kan keadaan I macam mana. Selagi budak yang I tak cinta tu masih bergelar isteri I, I tak boleh kahwin dengan you." Begitu tertekan Daniel apabila soal kahwin dibincangkan.
"You ceraikan je perempuan tu. Kuasa di tangan you, you ada hak untuk ceraikan dia sebab you pun tak bahagia dengan dia." Maira memprovok Daniel.
"No Maira. Budak tu ramai yang akan sebelahkan dia. Bukan setakat keluarga I, kawan I pun akan menyebelah Eby. It's okay. I akan berbincang dengan keluarga I pasal ni. You jangan risau sayang." Kepala Maira digosok perlahan. Lembutnya rambut dia.
Maira tersenyum manja. Mereka mula menikmati makanan apabila makanan yang dipesan sampai ke meja mereka.
💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗
Datin Ros memandang tajam ke arah Daniel. Tidak berkenan betul bila perkara ini dibincangkan. Mesti perempuan gila tu dah menghasut macam-macam anaknya.
"Daniel dah fikir masak-masak ke? Benda ni tak boleh main-main. Niel dah bersedia untuk memikul tanggungjawab seorang isteri lagi?" Dato' Kamal seakan-akan memberi lampu hijau kepada Daniel. Datin Ros membulatkan matanya kepada sebagai amaran.
Daniel hanya mengangguk. "Tapi Niel tak kata yang Niel akan terus bersama dengan Eby. Niel akan ceraikan dia."
Eby mencuri dengar perbualan tiga beranak dari dapur. Dia sudah mengagak perkara yang dia paling takutkan akan berlaku. Dia akan diceraikan oleh Daniel juga.
"No! Perkara tu yang Niel akan menyesal seumur hidup Niel. Sekarang Niel tak ingat siapa Eby, bila ingatan Niel dah pulih Niel akan tercari-cari Eby juga." Datin Ros menentang sehabis mungkin. Dia takkan benarkan Daniel menceraikan Eby. Sesekali takkan!.
"Ma, kenapa mama sayang sangat budak tu? Apa yang dia dah bagi pada mama? Niel tak bahagia dengan dia ma. Mama kena faham perasaan Niel. Niel cintakan Maira." Sudah berbuih dia memberitahu keluarganya yang dia cintakan Maira.
Mak Timah hanya memerhati Eby yang menangis. Kuatlah nak. Allah sedang menguji Eby sekarang ni.
"Apa-apa pun berlaku Niel akan kahwin dengan Maira jugak dan Eby, Niel akan lepaskan dia." Daniel segera bangun dan menuju ke kolam tanpa mengendahkan reaksi kedua ibu bapanya. Punggungnya dilabuhkan di bangku yang tersedia. Kocokan air di dalam kolam di perhati. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia begitu membenci Eby sedangkan gadis itu tidak melakukan sebarang kesalahan pun.
"Abang.." Dia menoleh ke arah suara tersebut. Wajah yang merah dan sembab itu dipandang. Kenapa gadis ini tidak pernah berputus asa?
Sambungan next chapter ye.. Sambungan lps ni lbih sakit hati sbb...
Esok la korang baca😆 Memang kesian gila dekat Eby. Daniel lebih jahat dari sebelum ni. Jangan la smpai pecah skrin telefon/laptop korang sebab sakit hati sgt hahahahah😂😂
Please vote and comment💕
YOU ARE READING
Daniel's Girl
Ficção AdolescentePenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...