Bab 65

6.7K 268 49
                                    

Puan Wardi masuk ke dalam untuk melihat keadaan Eby. Anak kesayangannya termenung jauh dengan wajah pucatnya.

"Eby."

Eby berpaling ke arah emaknya. Senyuman nipis terukir di bibir pucatnya lalu menggamit emaknya untuk mendekati. Terus dipeluk tubuh orang tuanya.

"Mak.. Eby rindu." Kepala Eby dielus lembut. Dia pun rindukan anaknya. Terlalu rindu. Dia tidak menyangka Daniel sanggup melakukan anak manjanya sebegini selepas menerima berita dari adiknya. Patutlah setiap kali dia bertanya tentang Daniel Eby seperti mengelat dan menukar topik lain.

"Mak pun rindu baby mak ni. Sayang dah makan?" Eby menggeleng perlahan. Beg kertas di tangan emaknya diperhati.

"Apa dalam beg tu?" Puan Wardi meletakkan beg kertas ke atas meja sebelah katil Eby sambil tersenyum melihat gelagat anaknya yang teruja. Dah nak jadi ibu pun masih perangai kebudak-budakan.

"Mama bawa nasi dengan ayam masak merah untuk sayang. Nak makan?"

"Nak! Eby lapar. Makanan dekat hospital tak sedap. Tawar." Muncung mulutnya mengadu sambil mengosok-gosok perutnya. Puan Wardi tertawa halus. Perut Eby yang membonjol disentuh. Lagi empat bulan cucunya akan dilahirkan.

"Kesiannya dekat cucu nenek.. Makanan dekat sini tak sedap ya. Ni nenek bawa makanan kesukaan mama. Mama kenalah makan banyak-banyak, baru cucu mama ni sihat." Eby tersenyum dengan kata-kata Puan Wardi.

Nasi di dalam bekas dikeluarkan dan diletakkan di dalam pinggan. Ayam masak merah dicedok ke dalam pinggan. Tangannya dibasuh dan menggaul nasi dengan kuah. Daging ayam diambil lalu disuap ke mulut Eby.

"Bismillahirrahmanirrahim."

💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗

Pandangan dibuang ke arah taman bunga. Bunga-bunga yang segar diperhati. Betapa indahnya hidup dia jika tiada sebarang masalah seperti bunga-bunga tersebut.

"Sayang, you tak pergi kerja ke?" Maira disebelahnya dipandang. Entah bila dia berada di situ. Keluhan berat dilepaskan.

"You pun tahukan papa dah bencikan I. Buat apa I nak jejakkan kaki ke office tu lagi? Dah sah-sah dia akan halau I." Dingin saja suaranya membalas.

"Kalau macam tu you kerja la dengan daddy. Nanti I bagitahu daddy. Nak?" Tangan Daniel dipegang sambil tersenyum. Berkerut dahi Daniel mendengar kata-kata Maira.

"Boleh ke?" Teragak-agak untuk menerima pelawaan Maira.

"Ya.. I pun tak suka sangat pasal bisnes ni. You je la ambil alih kerja I. You pun tahu kan I lebih suka dalam modeling." Bahu Maira dipaut lalu kucupan dijatuhkan pada dahi licin itu.

"Thank you baby. I hargai sangat semua ni." Maira tersenyum manja. Lepas ni bolehlah dia fokus dalam bidang yang dia suka. Tak perlu lagi ke hulu ke hilir untuk uruskan projek di syarikat daddynya.

.

Maira memaut lengan Daniel sambil berjalan masuk ke dalam syarikat. Pandangan dari pekerja di sekelilingnya tidak dipedulikan.

Setelah memujuk Dato' Hisyam, Daniel dibenarkan berkhidmat di syarikatnya. Demi anak kesayangannya, dia rela mengikut segala kemahuan Maira.

"Sayang ni bilik you. You jangan gatal dengan perempuan lain tau. Nanti I pancung you." Daniel tersengih dengan amaran Maira. Tangan Maira dipegang lalu dicium lembut.

"I dah ada you. Buat apa lagi perempuan lain? Thank you sebab you pujuk daddy bagi I kerja dekat sini." Nasib baik ada keluarga Maira yang boleh menolongnya untuk bekerja. Eby? Lantak dialah nak pergi. Entah masih hidup ke mati budak tak guna tu. Tahu menyusahkan orang.

"Anything for you sayang. You kerja baik-baik tau. Kalau ada apa-apa, you boleh jumpa daddy terus kat bilik dia." Daniel mengangguk faham.

Punggung dilabuhkan di atas kerusi empuk setelah Maira meminta diri untuk pulang. Fail yang banyak di atas meja dibelek. Pintu biliknya diketuk perlahan. Wajah Wawa, PA isterinya dulu menjengah pemandangannya.

"Yes? Ada apa?"

"Encik Daniel, Dato' Hisyam nak jumpa dengan encik di bilik dia." Daniel mengangguk lalu bangun ke menuju ke bilik mertuanya.

"Yes daddy?ľKenapa nak jumpa dengan Niel?" Dato' Hisyam tersenyum. Daniel dipelawa untuk duduk di sofa berwarna hitam.

"Eby macam mana? Sihat?" Maira selalu memberitahunya tentang Eby. Cuma dia belum berkesempatan untuk menemui tuannya dengan mata sendiri.

Berkerut dahi Daniel mendengar soalan mertuanya. Mimpi apa semalam siap bertanya khabar tentang Eby. Mesti ada apa-apa ni. Dia sudah masak dengan perangai Dato' Hisyam. Sanggup melakukan apa sahaja untuk Maira.

"Entah. Niel tak ambil tahu pun pasal dia." Balas Daniel bersahaja. Ingatkan nak berbincang pasal kerja. Ni bercakap pasal budak tu pulak.

"Daddy dengar dia mengandung?" Dato' Hisyam memandang Daniel. Daniel mengeluh berat. Malas nak berbincang pasal. Dia tahu dia salah. Kalau dia tidak terlalu mengikut nafsu, keadaan tidak akan menjadi sulit sebegini.

"Ermm.."

"Daniel, daddy tahu Daniel sayangkan Maira. Daddy pun nak cucu sendiri. But please, daddy tak nak cucu daddy ada abang atau kakak yang dilahirkan dari rahim lain." Melengkung kening Daniel menandakan dia tidak faham dengan kata Dato' Hisyam.

"Daddy tak nak budak dalam kandungan Eby dilahirkan sebab daddy tak nak cucu daddy ada apa-apa kaitan dengan dia. Lagipun, itu anak kandung Niel. Diorang akan menjadi adik-beradik sebapa. Itu yang daddy tak nak." Daniel diam tidak membalas. Cuba menghadam setiap patah perkataan Dato' Hisyam.

"Habis tu daddy nak Niel buat apa?" Dato' Hisyam tersenyum sinis.

"Suruh dia gugurkan kandungan dia dan kita bayar berapa yang dia nak." Daniel menggeleng. Eby takkan melakukan perkara itu. Dia terlalu sayangkan anak dia.

"Tak daddy. Dia takkan buat macam tu. Niel pernah suruh dia buat macam tu. Tapi dia lawan Niel balik." Sakit hatinya teringat Eby yang meninggikan suara padanya di hospital tempoh hari.

Dato' Hisyam berfikir sejenak. Kemudian, dia mendekati Daniel. "Kita guna cara baik, dia tak nak. Jadi, kita gunakan cara kasar." Senyuman sinis terhias di bibirnya.

"Kita nak buat apa daddy?"






















Hahahaha😂 sorry ya korang sbb sis terpublish chapter ni. Kesian kat korang. Ni sis dh publish dah😘











Please vote and comment💕

Daniel's GirlWhere stories live. Discover now