Datin Ros membuka pintu setelah loceng rumahnya ditekan. Mencuka wajahnya melihat orang di hadapannya.
"Ma,siapa tu?" Daniel mendekati Datin Ros yang tercegat di pintu. Terus mekar senyuman Daniel melihat gerangan itu.
"Maira,masuklah. Ma,kenapa biarkan Maira berdiri dekat luar? Kesian dia panas dekat luar." Maira senyum manis kepada Datin Ros lalu tangan tua itu diambil lalu dikucup.
Maira menolak Daniel ke arah sofa di ruang tamu. Datin Ros sudah hilang entah ke mana,benci melihat muka perempuan yang telah mencemarkan nama keluarganya.
"Daniel, penat tau I pergi hospital dekat sana. I ingatkan you belum keluar lagi." Manja Maira mengadu pada Daniel.
"Sorry..I lupa nak minta nombor you hari tu. Ni macam mana you tahu I ada dekat sini?" Maira mengangkat keningnya berkali-kali. Kemudian,dia ketawa apabila Daniel menyebut namanya dengan nada geram.
"Okey,okey.. I tanya papa you la. I terjumpa papa you masa meeting hari tu." Daniel hanya ouhh.
"Mana isteri you? Takkan tak ikut sekali datang sini? Mentang-mentang you sakit terus tak nak jaga you." Maira cuba menyimbahkan kebencian Daniel kepada Eby.
"Dia ada je. I malas tahu pasal dia. Suka hati dia la nak pergi mana pun." Maira tersenyum. Kesian kau budak. Orang dah benci tu masih lagi terhegeh-hegeh.
Kemudian,Eby datang dengan membawa sedulang jag air. Air oren dituangkan ke dalam dua gelas lalu diletakkan di atas meja. Daniel hanya menjeling melihat Eby dihadapannya.
Ketika Eby hendak beredar, Maira menghalang jalan Eby dengan kakinya sehingga tersadung jatuh ke lantai bersama dulang.
"Kau ni dah kenapa?! Memang saja je kan nak menagih simpati dekat sini?!" Datin Ros yang mendengar Daniel terpekik memarahi Eby terus keluar untuk melihat apa yang terjadi. Tangan Eby berdarah sedikit terkena dulang yang patah.
"Daniel! Jaga sikit bahasa tu. Jangan nak malukan Eby depan orang lain." Datin Ros sudah mula naik angin.
"Malukan apa? Dia yang cuai sangat. Padan la muka tu. Manjakan sangat budak ni." Daniel membalas kata-kata mamanya.
"You..jangan cakap macam tu dekat mama you. Tak baik sayang." Maira berpura-pura baik di hadapan Daniel.
Datin Ros ingin memarahi Maira tetapi dihalang oleh Eby. "Mama..dah la. Jom kita pergi sana." Tangan Datin Ros dipegang lalu ditarik mengikutnya ke dapur.
"Pergilah. Kau ada dekat sini pun menyemak je." Maira tersenyum kemenangan. Nampaknya mudah kerjanya untuk memikat semula hati Daniel.
💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗
Eby terpaksa menemani Daniel ke hospital untuk menjalani terapi. Puas Eby memujuk mertuanya untuk mengikut sekali tetapi dia tetap tidak boleh sertai Daniel dan Eby kerana terpaksa menghadiri persatuannya.
Suasana di dalam kereta sangat sunyi,hanya kedengaran suara Dj di radio yang membuat lawak hambar. Pak Mat menggeleng melihat perangai anak dan menantu majikannya, tiada langsung usaha untuk bertegur.
Pak Mat membantu Daniel untuk duduk di kerusi roda setelah sampai di hospital. Eby ingin menolak Daniel masuk namun tiba-tiba ada suara sumbang menjerit nama Daniel sehingga menjadi tumpuan orang di sekeliling.
"Maira,apa you buat dekat sini?" Asalkan dengan perempuan gedik ni je terus senyum sampai ke telinga,kalau dengan Eby masam seperti mangga belum masak.
"Kan I ada cakap yang I nak teman you datang hospital. You lupa la tu." Maira berpura-pura merajuk. Eby yang berada di situ seperti jasad tidak bernyawa menonton drama mereka.
"I ingat la. Tapi tak tahu pula yang you betul-betul nak teman I. " Maira menolak sedikit tubuh Eby ke tepi lalu menolak Daniel masuk ke ruang menunggu.
"Of course la I nak teman you. I kan sayangkan you." Manja Maira berkata kepada Daniel. Eby menguatkan hatinya dan masuk mendekati mereka berdua. Daniel tidak mempedulikan Eby dan terus melayan Maira di sebelahnya.
Setelah nama Daniel dipanggil,Eby bangun untuk menolaknya ke bilik doktor. Perbuatannya ditegah oleh Daniel dan menyuruh Maira yang melakukan perkara tersebut.
"Kau tak payah masuk. Biar Maira yang teman aku." Eby menghantar mereka berdua masuk ke dalam bilik doktor dengan pandangan sayu. Sedih bila diperlakukan seperti orang bodoh oleh suami sendiri.
Setengah jam menunggu Daniel di ruang menunggu, dia mengambil keputusan untuk ke tandas. Telefonnya dicari untuk melihat jam,namun telefonnya tidak dijumpai,mungkin tertinggal di rumah.
Wajahnya ditilik pada cermin sebelum mengorak langkah keluar dari tandas. Eby masih lagi menunggu setelah bayang Daniel dan Maira masih belum kelihatan. Bilik yang dimasuki oleh Daniel tadi dipandang apabila dibuka tetapi orang lain yang keluar dari bilik itu.
Eby mula rasa tidak sedap hati. Ruang farmasi ditujunya. Mungkin Daniel mengambil ubat. Namun Daniel tiada juga ruang itu. Dia terus keluar dari hospital. Kereta Maira telah tiada di parking begitu juga dengan kereta yang dipandu oleh Pak Mat.
Takkan la diorang tinggalkan aku? Begnya diselongkar untuk mencari telefon tetapi dia baru teringat yang telefonnya tertinggal.
Eby mula berasa takut. Dia tak tahu jalan Kuala Lumpur. Alamat rumah mama dan papa dia tak pernah hafal. Dia berjalan mencari telefon awam. Langkah kakinya terhenti,telefon awam ada pun tiada guna. Dia tak ingat nombor mama dan papa. Nombor Daniel yang lama sahaja yang dia ingat.
Eby mula berjalan tanpa hala tuju keluar dari perkarangan hospital. Macam mana ni? Mama,papa.. Eby takut. Kenapa abang tinggalkan Eby seorang diri?
Kalau Daniel ada depan sis la kan, sis nak bunuh jantan tk guna ni. Erghhhh😡 sakit hati la dengan perangai mamat ni. Dia patut brsyukur Eby tolong temankan dia, ni tak ikut si Maira yg gila tu😤
Please vote and comment💕
YOU ARE READING
Daniel's Girl
Teen FictionPenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...