Daniel memerhati Datin Ros mengemas pakaian ke dalam bagasi. Dia hanya senyap tanpa bertanya sepatah pun ke mana mamanya ingin pergi kerana dia sudah tahu mama dan papa serta Darwish akan melawat Eby di London. Lebih baik dia tidak bertanya daripada mendengar penipuan daripada mereka. Lagi pula mereka langsung tidak menyentuh perihal Eby semasa bersamanya.
"Tok Ma! Mana Tok Pa? Tok Pa kata nak bawa Darwish pergi taman." Panjang sedepa muncung Darwish. Terkedek-kedek dia berjalan ke arah Daniel. Dipanjat ke atas riba Daniel yang duduk di sofa.
"Tok Pa pergi jumpa kawan dia. Ada kerja katanya."
"Alahhh.." Meleret suaranya. Merajuklah tu. Konfem bila Tok Pa balik kena membebel.
"Sekarang baru pukul 3,sayang. Panas main dekat taman masa ni. Pukul 5 papa bawa Darwish pergi taman. Nak?" Bersinar mata Darwish memandang Daniel. Laju dia mengangguk dengan pelawaan papanya.
"Nak,nak. Darwish nak aiskrim juga. Boleh tak,papa?"
"Boleh. Semua untuk anak papa mestilah boleh." Terus tubuh Daniel dipeluk dan dicium. Tergelak Daniel dengan ciuman tiba-tiba dari Darwish.
"Sayang,papa."
"Tok Ma? Tak sayang?" Datin Ros mencelah. Darwish buat-buat berfikir. Datin Ros membuat muka garang baru dia menjawab sambil tersengih comel. "Tok Ma pun Darwish sayang juga." Kaki pendeknya menuju ke arah Tok Manya dan dicium kedua pipi. Datin Ros tersenyum dengan perangai manja cucunya. Makin sayang dekat budak comel ni.
"Papa..papa tak ikut ke?" Daniel menaikkan keningnya.
"Pergi mana?" Datin Ros mula gelisah dengan soalan yang bakal keluar dari mulut Darwish. Tak senang duduk dibuatnya.
"Jumpa mamalah. Darwish,Tok Ma dengan Tok Pa nak pergi jumpa mama dekat.." Katanya tergantung kerana tidak tahu nama tempat mamanya berada.
"Tok Ma. Mama duduk dekat mana?" Sudah..apa nak jawab ni. Dahlah Daniel ada dekat sini. Daniel hanya menanti jawapan dari Datin Ros walaupun dia sudab tahu.
"Tok Ma! Darwish tanya ni." Datin Ros mengeluh. Terpaksa dia memberitahu Darwish. Baru sahaja dia ingin memberitahu, Dato' Kamal memberi salam. Terus Darwish menerpa ke arah Tok Panya.
"Tok Pa! Tok Pa pergi mana? Puas tau Darwish cari Tok Pa tapi tak jumpa. Papa cakap, papa nak bawa Darwish pergi taman petang nanti." Dibebelnya Dato' Kamal sambil menuju ke arah Daniel dan Datin Ros.
"Aip! Mulut ni tak boleh duduk diam ke? Pot pet pot pet dari tadi mulut dia." Ditarik bibir kecil milik Darwish. Darwish membuka mulutnya lalu digigit jari Daniel.
Daniel menjegilkan matanya. Terkekek Darwish melihat muka garang Daniel dan terus berlari ke arah Tok Panya sambil menjerit nyaring. Habis disepak pakaian yang dilipat oleh Datin Ros. Terpaksalah dia bersabar dengan keletah satu-satunya cucunya itu. Darwish hanya tersengih tidak bersalah kepada Tok Ma.
"Tok Pa,kenapa papa tak ikut jumpa mama? Papa tak rindu mama ke?" Wajah Darwish dipandang. Nak je dia jawab yang dia rindu sangat pada Eby. Terlalu rindu sehingga menyeksa hidupnya.
"Papa kerja. Kalau papa pergi, Tok Pa pun pergi, siapa yang uruskan kerja dekat pejabat. Kesian Tok Pa nanti lepas balik dari jumpa mama." Itu sahaja alasan yang Daniel mampu beri untuk menyedapkan hati anaknya. Dia takkan sesekali beritahu anaknya tentang perselisihan antara mereka.
Darwish menarik muncung. Dato' Kamal dan Datin Ros berpandangan sesama mereka. Rasa bersalah kerana merahsiakan keberadaan Eby pada Daniel.
Daniel tersenyum melihat rajuk Darwish. Tangan kecil Darwish ditarik untuk duduk di atas ribanya. Digomol pipi bulat anaknya sehingga mengekek. Tahu sangat anaknya senang dipujuk.
"Kalau ada masa,papa pergi jumpa mama. Tak nak sedih-sedih."
"Okeylah. Papa janji tau." Daniel mengangguk dan dipeluk tubuh berisi Darwish.
💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗
Laju Eby melangkah ke pintu apabila loceng rumah ditekan berkali-kali. Mesti keluarga mertuanya sudah sampai. Terjengah wajah ketiga orang kesayangannya sambil tersenyum manis.
"Mama!" Kakinya dipeluk erat oleh seorang budak kecil. Siapa lagi kalau bukan anaknya yang makin membesar?
"Hai,baby mama. Kenapa makin bulat ni?" Tubuh Darwish di dukung lalu dicium lembut. Darwish hanya merelakan pipinya menjadi mangsa Eby. Dah biasa dengan situasi seperti ini.
Tangan kedua mertuanya disalam dengan penuh sopan. Datin Ros merangkul tubuh Eby ke dalam pelukannya. Terhapus segala rindu terhadap menantunya selama ini.
"Masuklah mama,papa." Dato' Kamal dan Datin Ros melangkah masuk. Darwish hanya menempel dengan mamanya. Langsung tidak mahu dengan Tok Pa dan Tok Manya. Cuma mahu berdukung dengan Eby sahaja. Terpaksa Eby menurut kemahuan anak lelakinya walaupun naik lenguh tangannya.
"Eby,macam mana? Sihat?" Eby menumpukan perhatian pada ibu mertuanya.
"Sihat je, ma. Biasalah dekat nak habis banyak pula kerja yang nak kena buat. Kadang-kadang balik sampai lewat petang." Minuman dituang ke dalam cawan dengan berhati-hati. Kek coklat yang dibuatnya dipotong lalu diletakkan di atas pinggan.
"Mama,nak kek." Jari kecilnya ditunding ke arah kek. Tidak lepas dia memandang ke kek itu. Jelas reaksi wajahnya tidak sabar untuk memakan kek coklat yang dibuat oleh Eby. Eby mengambilnya lalu disuap ke mulutnya. Suka sangat dia dapat makan kek kegemarannya.
"Sedap?" Bersungguh dia mengangguk tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Gembira hati Eby melihat anaknya makan dengan berselera. Datin Ros dan Dato' Kamal tersenyum melihat keletah Darwish. Habis comot mulutnya dengan coklat.
"Nak lagi,mama." Eby ketawa mendengar permintaan Darwish. Patutlah anaknya berisi. Makan banyak rupanya.
"Darwish,kan Tok Ma dah cakap tak boleh makan benda manis banyak sangat. Nanti gigi Darwish rosak." Darwish mula menarik muncung. Mamanya dipandang dengan muka kesian.
"Yalah. Ini yang terakhir. Lepas ni,dah tak boleh." Terlompat gembira si anak kecil itu. Pinggan diambil dari tangan Eby. Terkial-kial dia menggunakan sudu untuk mengambil kek.
"Berapa hari mama dan papa duduk sini?"
"Tak lama pun Eby. Hanya 4 hari je. Tak naklah mengganggu Eby lama-lama. Ada budak montel dekat sini lagi tak terbuat kerja Eby nak melayan dia." Darwish di sebelah dipandang. Terlepas ketawanya melihat Darwish makan kek menggunakan tangannya.
"Tak apa. Lagi lama lagi Eby suka. Darwish ni kan anak mama,mestilah mama tak kisah Darwish tinggal lama-lama dekat sini." Tisu diambil di atas meja lalu dilap tangan dan mulut Darwish. Mulutnya masih bergerak mengunyah kek.
"Bila Eby habis belajar?" Soal Dato' Kamal sedari tadi dia berdiam diri.
"Dalam bulan 8. Hari graduasi pula bulan 10. Jadi, sempatlah Eby nak balik Malaysia dulu." Dato' Kamal hanya mengangguk. Sejuk hati tuanya melihat Eby tidak jemu melayan perangai anaknya yang manja. Kadang-kadang,risau juga jika Darwish terlepas cakap tentang Daniel dengan Eby. Dia tak naklah menambahkan lagi bebanan pada Eby. Walaupun dia kelihatan seperti tiada apa-apa berlaku tetapi hatinya kuat mengatakan Eby sebenarnya sedih dengan nasibnya sendiri.
Dato' Kamal mengeluh halus. Dia berharap suatu hari nanti Eby dan Daniel akan bersatu kembali seperti dulu. Dia selalu mendoakan kebahagian untuk mereka dan cucunya. Papa nak sangat tengok Eby dan Daniel tersenyum bahagia. Papa tahu, Eby rindukan Daniel. Cuma Eby tidak tunjukkan perasaan tu.
Sorry sbb ternanti-nanti story sis. Jgn pula kata sis lama tk updte sbb sedih dgn result😂 result sis okey la🙈 tpi ada satu C hahahahahaha😂😂 jdi memang dh tahu la subjek apa yg C tu klau aliran sains tulen.
Please vote and comment💕
YOU ARE READING
Daniel's Girl
Fiksi RemajaPenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...