"Daniel mana Eby?" Daniel mengangkat bahu membalas pertanyaan mamanya lalu menuju ke biliknya. Siapa suruh gedik pergi tandas? Memang patut la kena tinggal, aku tengah sakit kepala ni sibuk nak berjalan ke tempat lain.
Daniel cuba untuk bangun sendiri naik ke atas katil. Nasib baik katil tak berapa tinggi, dapat dia panjat ke atas katil.
Datin Ros mula risau tentang keberadaan Eby. Dia dah la jarang datang ke Kuala Lumpur, mana nak ingat jalan balik ke rumah. Cuaca hari ni pula mendung seperti hendak hujan.
"Pak Mat, mana Eby? Takkan dia tak balik sekali?" Wajah Pak Mat menjadi serba salah untuk memberitahu majikannya.
"Sebenarnya, Datin.. Daniel tengah sakit kepala tapi masa tu Eby tiada. Pak Mat nampak tadi Eby pergi ke tandas. Pak Mat dah bagitahu Daniel untuk tunggu Eby tapi dia tetap juga berkeras nak balik berehat dekat rumah. Dan satu lagi Datin.. Pak Mat nampak cik Maira ada sekali dengan Daniel tadi." Pak Mat rasa sangat bersalah. Walaupun Eby dah berkahwin, dia masih kecil dengan dunia luar. Dia tidak seperti remaja lain yang bersosial.
Datin Ros tidak menyangka sampai ke tahap itu Daniel membenci Eby sampai sanggup tinggalkan Eby seorang diri. Apa yang aku dah buat ni? Sepatutnya aku ikut mereka tadi, aku tak sepatutnya tinggalkan mereka berdua.
"Pak Mat, kita pergi cari Eby? Saya risau terjadi perkara buruk pada dia." Datin Ros sudah menangis. Ya Allah, selamatkanlah menantuku.
💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗
Jam menunjukkan pukul 9.00 malam, terdengar pintu utama dibuka dari luar. Bergegas Dato' Kamal menuju ke arah isterinya.
"Ros, awak pergi ke mana, malam baru balik ni?" Datin Ros terus memeluk suaminya sambil menangis teresak.
"Abang,Ros tak jumpa Eby.. Tadi Eby teman Daniel pergi hospital.. Tapi dia kena tinggal. Ros risau abang.. Apa yang Ros nak cakap pada Kak Wardi kalau terjadi apa-apa pada Eby?" Dato' Kamal tidak terkata apa. Dia perlu menenangkan keadaan isterinya dahulu.
"Pa..kenapa?" Datin Ros yang tidur di sofa dipandang. Selalunya,waktu macam ni mama dan papanya dah masuk ke dalam bilik.
"Kamu tanya papa kenapa? Sepatutnya papa yang tanya Daniel kenapa buat Eby macam ni? Kenapa Daniel tinggalkan Eby? Sekarang dah malam Daniel, kalau jadi apa-apa pada Eby, kamu tak menyesal ke?" Sedih hati tuanya mengenangkan nasib menantunya. Dia telah mengupah orang lain untuk mencari Eby, namun tiada lagi berita tentangnya.
"Masalahnya pa, dia yang gatal berjalan ke tempat lain. Dah tahu diri tu tak pandai berdikari,tak reti duduk setempat ke?" Senang Daniel bercakap. Tiada sekelumit pun rasa risau dalam dirinya pada isterinya.
"Kamu dah tahu Daniel,dia pergi ke tandas. Yang kamu tak boleh tunggu dia kenapa? Dia tu isteri kamu,tanggungjawab kamu! Setiap dosa pahala dia kamu yang tanggung." Dato' Kamal tidak boleh menahan sabar dengan perangai anaknya.
"Kalau macam tu pa, Daniel ceraikan dia terus. Senang! Tak payah risau pasal dia lagi. Berkurang sikit dosa yang Niel tanggung." Tidak semena-semena pipinya ditampar oleh Dato' Kamal.
"Kau jangan bercakap macam orang tak ada iman Daniel. Kau tak padan dengan sakit, tak reti bersyukur langsung yang Eby masih nak jaga diri kau tu!" Merah muka Dato' Kamal menahan perasaan marah yang menggunung.
Daniel terus masuk ke dalam bilik lalu menghempaskan pintu biliknya. Sakit hati dengan papanya. "Aku tak fahamlah kenapa semua orang sibuk pasal budak bangang tu!?"
Dato' Kamal memandang isterinya yang lena dibuai mimpi. Dia tahu betapa sayangnya isterinya pada Eby. Dari kecil, Eby dimanjakan. Isterinya terlalu menginginkan anak perempuan namun tiada rezeki untuk mereke sekeluarga untuk menimang seorang puteri.
💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗
Eby tidak tahu di mana dia berada. Air matanya sudah kering, dari petang dia menangis. Dia perlu mencari jalan untuk pulang ke rumah.
Tiba-tiba tiga buah motorsikal mendekatinya sambil menekan hon. "Seorang je ke dik? Nak abang tolong hantarkan tak?" Eby tidak melayan perangai mereka.
Eby jangan takut. Nanti diorang pergi jugak. "Sombongnya dia. Ni buat abang rasa nak cubit ni. Jomlah ikut abang balik,nak?" Eby menggeleng laju dan mempercepatkan lagi langkahnya.
Laluannya dihalang oleh mereka bertiga. Eby mengundur perlahan, takut dengan bakal terjadi. Tangan Eby dipegang salah seorang dari mereka namun direntap kasar. Eby mula menangis ketakutan. Kenapa semua ni berlaku?
Lelaki yang memakai helmet berwarna biru memegang tubuh Eby dengan kasar. Kemudian, Eby diheret ke dalam semak-samun. Eby meronta-ronta untuk melepaskan diri daripada lelaki durjana tetapi dia hanya seorang perempuan yang lemah, tidak mampu melawan kudrat lelaki.
Tudung yang menutup kepala Eby direntap kasar. "Tak sangka cantik juga kau budak." Jelas suara lelaki itu tidak sabar. Leher Eby digigit,meninggalkan kesan merah.
Baju Eby cuba dikoyakkan namun tidak sempat apabila bahunya ditarik dengan kasar. Lalu satu tumbukan kuat hinggap di muka lelaki itu. Lelaki itu cuba untuk membalas, tetapi tangannya dipegang dan dipulas kuat sehingga mengerang kesakitan. Dua orang rakannya sudah menyembah bumi dibelasah oleh lelaki tadi. Lelaki yang telah menolong Eby membiarkan sahaja tiga orang lelaki itu pergi meninggalkannya dengan Eby.
Eby yang masih di berbaring menutup matanya rapat. Dia takut dan malu untuk melihat keadaan dirinya. Dirinya seakan-akan terasa kotor. Terlalu kotor.
"Awak okey?"
Fuhhhh..semakin smpai kmuncak smkin sakit hati dibuatnya. Knapa la Daniel tk ada belas kasihan kat Eby😤
Please vote and comment💕
YOU ARE READING
Daniel's Girl
Novela JuvenilPenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...