Daniel dan Eby bergegas masuk ke dalam kereta apabila hujan mula turun dengan lebat. Mereka bernasib baik hujan mula turun setelah selesai mengemas segala barang.
Eby menghadap Daniel yang duduk di tpat duduk pemandu sambil tersenyum. "Terima kasih abang untuk malam no." Pipi Daniel dicium sekilas. Dia cuba beriak biasa walaupun perasaan malu membelengu dirinya.
"Everything for you." Enjin kereta dihidupkan untuk beberapa minit lalu kereta dipandu meninggalkan kawasan tasik. 10 minit memandu,terdengar dengkuran kecil di tempat duduk penumpang. Daniel tersenyum kecil melihat isterinya tidur dengan mulut sedikit terbuka.
Letih agaknya,kuat sangat dia menangis tadi.
Apabila lampu isyarat menunjukkan warna merah, Daniel cuba untuk memberhentikan keretanya tetapi brek gagal berfungsi. Dia cuba untuk bertenang,wajah Eby yang lena dipandang. Ya Allah kenapa tiba-tiba brek tak berfungsi ni?
Daniel tidak risaukan dirinya,dia hanya risaukan Eby. Dia takut kalau mereka..
"Tak Daniel! Kau jangan sebut perkataan tu." Eby terpisat bangun dari lenanya apabila terdengar Daniel bercakap seorang diri.
"Kenapa abang?" Perlahan Eby bertanya. Daniel hanya menggeleng. Eby mula berasa pelik melihat Daniel meneruskan pemanduannya walaupun lampu isyarat berwarna merah. Nasib baik sudah malam,kereta tak banyak sangat.
"Abang bahaya abang tak berhenti tadi. Kalau ada kereta nanti kemalangan.Nanti kalau.."Daniel merengus. Dia mula rasa berserabut dengan memikirkan penyelesaian ditambah lagi dengan bebelan Eby.
"Eby tolong diam boleh tak!" Daniel menjerkah Eby. Eby menikus. Dia mula terasa hati dengan Daniel. Salah ke kalau dia nak tegur? Daniel memandang Eby sekilas. Dia tidak sengaja meninggikan suara pada Eby. Dia tahu Eby menangis.
"Sayang..abang minta maaf." Tangan Eby cuba diraih namun ditepis. Dia mencuba sekali lagi sehingga dia tumpuannya terganggu untuk memandu. Daniel tidak perasan keretanya sudah masuk ke lorong jalan bertentangan. Sebuah lori membunyikan hon sebagai amaran menyebabkan Daniel dan Eby terkejut. Brek ditekan beberapa kali tetapi tidak berjaya. Daniel ingin mengelak dari lori,malangnya dia tidak sempat untuk berbuat demikian.
"Abanggggggggggg!!!"
'Ya Allah,selamatkanlah isteri aku.' Sempat Daniel berdoa untuk keselamatan Eby dalam hatinya.
BUUUMMMMMMM!!!
💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗
Azyanie mendengus apabila tidurnya diganggu pada pagi hujung minggu. Dia mengangkat pangilan tersebut tanpa melihat pemanggilnya.
"Helo.." serak suaranya menyapa orang di hujung talian.
"Aku nak upah aku. Kerja aku dah selesai. Kau buka TV sekarang." Azyanie hanya menurut. Siapa lagi yang nak minta upah kalau bukan Amran.
Dia mula gelisah melihat berita yang dipaparkan. Mampuslah kalau perkara ni menjadi kes polis. Dia tak nak meringkup dalam penjara.
"Kau gila ke apa! Aku suruh kau pisahkan diorang bukan bunuh diorang. Kalau jadi apa-apa aku yang susah." Azyanie mula melenting. Dia cuma nak Daniel bukan sampai diorang mati.
"Diorang tak mati cuma cedera je. Tapi itu bukan urusan aku,aku cuma nak duit aku. Kalau kau tak nak bagi aku bagitahu polis ini semua ramcangan kau." Amran mula mengugut. Malas nak bercakap panjang dengan Azyanie.
"Oey fine! Aku masukkan duit untuk kau. Kau ingat tutup mulut pasal ni!" Amaran keras diberi kepada Amran. Amran hanya membalas sambil lewa lalu panggilan diputuskan.
"Tak! Diorang takkan mati. Diorang cuma cedera ringan je. Ya! Diorang cedera je." Azyanie mula ketawa seorang diri.
"Sabar ya Daniel sayang,nanti bila awak dah sembuh kita dah boleh kahwin. Awak akan tinggalkan budak tu kan?" Gambar Daniel diusap. Dia menangis teresak-esak kemudian ketawa kuat.
💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗
Sudah tiga hari Daniel dan Eby tidak sedarkan diri. Sudah tiga hari juga keluarga besar mereka berkampung di rumah emak dan ayah Eby. Setiap malam akan dilakukan solat sunat untuk mereka supaya cepat sembuh.
Eby cedera tidak seteruk Daniel. Hanya kaki kanan yang patah dan perlu dimasukkan besi sebagai sokongan. Manakala Daniel kedua kakinya dan tangan kirinya patah. Mukanya bercalar dengan kaca cermin kereta hadapan.
"Mak..."Lemah suara Eby memanggil Puan Wardi. Datin Ros yang berada di katil Daniel meluru ke arah Eby. Atas permintaan Dato' Kamal,Eby dn Daniel ditempatkan satu bilik VIP.
"Ya Allah sayang dah sedar." Pipi Eby dicium silih berganti. Eby memandang Datin Ros dengan pandangan keliru.
"Kejap sayang,mama panggil doktor." Doktor bernama Zakuan memberi senyuman kepada pesakitnya setelah masuk ke dalam bilik itu.Eby diperiksa dengan berhati-hati. Kemudian, Datin Ros digamit untuk bercakap di luar.
"Doktor,menantu saya tak apa-apa kan?" Begitu prihatin dia bertanya tentang kesihatan Eby. Doktor Zakuan agak terkejut. Menantu? Biar betul? Muda lagi kot.
"Alhamdulillah, keadaan err..Puan Yuya baik. Cuma kaki dia mungkin mengambil masa yang lama untuk sembuh." Agak kekok Doktor Zakuan untuk menyebut 'puan'.
Datin Ros mengeluh. Eby ada beberapa minggu lagi sebelum SPM. "Tapi dia boleh pergi ke sekolah kan? Sebab dia dah nak SPM."
"Untuk beberapa hari, dia perlu berehat. Selepas itu,dia dah boleh pergi sekolah seperti biasa." Datin Ros senyap mendengar setiap butir kata Doktor Zakuan.
Melihat kebisuan Datin Ros, dia menyambung kembali. "Datin jangan risau. In Sha Allah Puan Yuya cepat sembuh. Saya doakan juga Encik Daniel cepat sedar." Ikhlas doktor muda itu berkata. Lalu dia meminta diri untuk beredar.
Datin Ros masuk semula ke dalam bilik tersebut. Wajah bingung Eby menyapa matanya.
"Mama..mana Abang Daniel?" Polos wajah Eby memandangnya. Apa yang aku perlu cakap. Ya Allah kuatkanlah diri menantuku. Tabahkanlah hatinya untuk menghadapi segala ujian dari-Mu.
Oh yeahhhh!!! Sis xsabar wtk antagonis kedua nk keluar. Tpi sis kena selesaikan si Azyanie dlu 😈 selagi dia xpergi,wtk antagonis satu lagi takkan keluar hikhok🙈
ANDA SEDANG MEMBACA
Daniel's Girl
Fiksyen RemajaPenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...
