Tidak lepas Eby melayan karenah anaknya. Dicium perut Darwish sehingga mengekek ketawa kerana tidak tahan geli. Kemudian,tangan kecil itu ditepuk-tepuk sambil menyanyi tepuk amai-amai. Bising satu kereta dengan suara budak kecil tu tidak berhenti ketawa. Suka sangat bermain dengan mamanya.
Puan Wardi mengambil Darwish di dukungan Eby setelah sampai di KLIA 2. Lagi sejam penerbangan ke London akan berlepas dan dia akan meninggalkan tanah airnya selama empat tahun. Dia juga akan meninggalkan satu-satunya anak kesayangan di sini. Maafkan mama,sayang. Mama buat semua ni untuk Darwish juga.
Beberapa minit kemudian, Dato' Kamal dan Datin Ros sampai. Tidak lupa juga Hariz, Rifqie, Nek Yam dan Pak Hisham juga datang untuk menghantar pemergiannya ke London. Sebak rasanya dengan kesungguhan keluarganya untuk melihat dia berjaya.
"Eby,bila dah sampai dekat sana call mama secepat mungkin. Selagi Eby tak call mama selagi tu mama tak senang duduk." Pesan Datin Ros dengan riak yang risau.
Dato' Kamal menggeleng dengan perangai isterinya. Menantunya pergi belajar bukannya pergi melancong. Risau tak bertempat.
"Mama janganlah risau. Eby akan call mama bila dah sampai." Tubuh mertuanya dipeluk sayang. Kalau bukan sebab pertolongan mereka, dia takkan mampu untuk menyambung belajar sampai ke London.
"Atuk, nenek..terima kasih sebab datang sini untuk hantar Eby. Mesti atuk dengan nenek penat kan datang jauh-jauh. Eby akan pastikan kepenatan atuk dengan nenek berbayar bila Eby dah berjaya nanti." Pak Hisham tergelak dengan kata-kata cucunya. Dari kecil sampailah besar, manja dia tidak pernah berkurang.
"Atuk tak penat pun. Mestilah atuk dengan nenek datang nak hantar pemergian cucu manja kitorang ni. Nanti menangis pula dia.." Pak Hisham memeluk Eby dengan sayang. Dah makin matang cucu aku ni.
"Belajar rajin-rajin. Buktikan yang Eby pun boleh berjaya." Eby mengangguk lalu dicium pipi Nek Yam. Mesti dia rindukan neneknya ini.
"Untuk Rifqie tak ada ke?" Sempat Rifqie menunjuk-nunjukkan pipinya. Mengusik je tahu kerja dia. Kan dah dapat penampar dari Eby.
"Kejamnya! Orang penat-penat cuti kerja hari ni, ini je aku dapat. Lain kali malaslah cuti untuk budak pendek ni." Tubuhnya dipeluk tanda tidak puas hati. Aku lenyek juga mak budak ni biar makin pendek.
"Padan muka kau! Eby dah nak pergi, sempat dia mengusik orang. Kan dah kena." Kuat Hariz ketawakan Rifqie. Makin panjang muncung Rifqie dengan kata Hariz. Menyampah aku dengan mamat ni bukannya nak sokong aku.
"Eby,kalau ada orang ganggu call Hariz. Biar Hariz pecahkan muka dia."
"Perasan. Macamlah Hariz berani sangat." Kali ini Rifqie tertawakan Hariz dengan kuat. Seperti memerli cara dia ketawakan Hariz.
"Dahlah korang. Eby dah nak pergi pun masih buat perangai tak senonoh. Korang dah besar panjang sepatutnya dah boleh jadi bapak budak dah ni." Tak pasal-pasal mereka berdua mendapat bebelan dari Nek Yam. Suka sangat menyakat orang.
"Mak,ayah..jaga diri baik-baik tau. Eby sayang mak dengan ayah." Puan Wardi menepuk-nepuk perlahan belakang Eby. Tahu sangat anaknya tidak boleh berenggang dengan mereka. Semasa dia kecil dulu, langsung tidak boleh ditinggalkan. Ke mana mereka pergi pasti dibawa Eby sekali.
"Tak payah risaukan kitorang. Risaukan diri Eby dekat sana. Eby kena jaga batas dekat sana sebab mereka tak sama macam orang dekat sini. Jangan mudah terpengaruh dengan mereka. Kalau diorang ajak pergi kelab atau diorang tawarkan minuman keras, Eby jangan terima. Eby betulkan niat Eby pergi ke sana sebab nak belajar untuk masa depan Eby dan juga Darwish." Panjang lebar ayahnya menasihatinya. Sungguh dia takut jika anaknya terjebak dengan perkara begitu.
Darwish di dukungan Dato' Kamal dipandang sebak. Pasti dia rindukan gelak ketawa dan tangisan anaknya. "Darwish, sini mama dukung." Tangannya dihulur pada Darwish. Terus Darwish merengek ingin didukung oleh Eby. Digomol pipi montel anaknya sepuas hatinya. Kalau boleh,nak je dia bawa Darwish sekali.
"Mam..ma." Bulat mata Eby memandang Darwish memanggilnya mama. Betul ke ni?
"Sayang sebut mama?" Terkebil-kebil mata Darwish memandang Eby. Dia tersengih comel sambil menepuk-nepuk tangan kecilnya.
"Mamm..ma." Terus Eby memeluk anaknya erat. Ya Allah,kenapa waktu ini anak aku mula pandai memanggil mama? Waktu dimana aku sedih untuk berpisah dengan dia.
"Mak! Darwish dah pandai sebut mama." Teruja suaranya memberitahu berita gembira itu. Semua mengelilingi Eby dan Darwish untuk mendengar apa yang dikatakan Eby. Darwish mula menyorokkan mukanya di leher mamanya apabila semua memberi perhatian kepadanya.
"Elehh..malu pula dia ni." Hariz menarik pipi bulat milik Darwish. Kasihan anak kecil ini,selalu pipi dia yang menjadi mangsa orang dewasa.
Eby terus menghulurkan Darwish kepada Datin Ros apabila terdengar pengumuman untuk pergi ke balai perlepasan. Tiket dan passport diperiksa supaya tiada yang tertinggal.
Eby bersalaman dengan semua ahli keluarganya dan dikucup lembut pipi anaknya. Darwish mula menangis apabila melihat Eby meninggalkannya. Eby tidak boleh berbuat apa-apa selain melambai ke arah anaknya yang semakin tenggelam dalam esakan.
Selamat tinggal Darwish. Nanti Darwish datang melawat mama ya..
Dari jauh Daniel memerhatikan gerak-geri Eby dan Darwish. Sudah lama dia menyorok kerana dia tidak mahu menimbulkan kemarahan Eby. Lagipun, dia senyap-senyap mengikut Datin Ros dan Dato' Kamal pergi ke KLIA 2.
Eby..abang harap Eby takkan gantikan sesiapa pun di hati Eby. Abang berjanji abang akan dapatkan semula hati Eby walau apapun berlaku. Abang sanggup menggadaikan nyawa abang demi Eby dan anak kita.
Selamat tinggal,sayang. Belajar elok-elok. Eby dan juga Darwish sentiasa di dalam doa abang. Abang redha dengan semua yang berlaku.
Sis tk tahu kenapa semakin hari semakin hambar😅 tapi nk buat mcm mana sbb itu jalan cerita dia. Sabar je lahh..
Please vote and comment💕
Promote time🔥
Hahh..ni sis nk bagitahu bacalah story themiralee_
❤ Kau Milikku
&❤ Kau Aku Punya La Wei
Bagilah support pada dia dgn tekan butang bintang spya dia terus rasa brsemangat nk terus update story. Mcm sis korang vote byk2 sis pun rasa semangat nk updte untk korang. Tpi yg dh baca saja tnpa vote pun sis hargai sgt💖
P/s: Korang nk sis promote story korang DM je sis.Dengan hati yg trbuka sis promote untk korang. #jgnkecamsis. HAHAHAHAHAA😂
YOU ARE READING
Daniel's Girl
Teen FictionPenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...